Thursday, May 13, 2010
SERUAN DS ZAMBRY MB PERAK
Cuma anda perlu mengisi borang permohonan beserta RM 2 untuk seumur hidup..
Jangan tunggu lagi, marilah beramai-ramai menyertai pertubuhan yang satu-satunya membela nasib orang Melayu..
AYUH KITA, MOH KITA YOEP...
UMNO TERUS MARA..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, May 11, 2010
SYABAS UMNO.. SELAMAT HARI UMNO KE 64..
Menurut YAB PM berkata, Malaysia berjaya disebabkan dasar yang didokong oleh UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyebabkan tranformasi yang besar kepada negara Malaysia.
Bagi TC, UMNO masih tetap relevan pada hari ini walaupun keadaan politik dan keinginan rakyat telah berubah sejak PRU yang lalu. Sekarang tiba masanya UMNO perlu berubah menjadi pertubuhan yang benar2 memperjuangkan nasib rakyat tak kira agama dan kaum..
Bak kata Dato Seri Khir Toyo, UMNO seharusnya sudah bergerak kearah bukan hanya menjadi parti politik semata-mata, tetapi menjadi parti yang benar2 diperlukan rakyat. Selama lebih 60 tahun UMNO memimpin, sudah tiba masa parti tertua di Malaysia ini merakyatkan UMNO, selain membawa ahli2nya ke satu tahap yang baru dan kekal relevan mengikut peredaran zaman..
Syabas TC ucapkan, semoga UMNO terus memartabatkan Bangsa Malaysia dan Umat Melayu..
TC: UMNO akan terus relevan dan bergerak dengan penglibatan golongan berpengalaman dan baru sebagai kunci kematangan..
HIDUP UMNO.. HIDUP UMNO..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
SELINGAN HARI INI
Tiba-tiba, jeng jeng jeng (ewahh macam trill plak).. Satu lori yang memang bapak besaq potong kereta TC.. Pebenda dia bawak tuuu, rupa2nyer kontena yang diubahsuai jadi office..
Apa yang menarik nyer, tak dak pa pa pun.. Cuma yang tak syoknya, TC kena ikutlah punggung lori ni sampai ke destini TC.. Mana tak 2 lorong dia sapu habis.. Berduyun duyun kereta mengekor lori nie..
TC : NAK BUAT CAMNE, I FOLLOW JE LAH..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Monday, May 10, 2010
TRAGEDI AMINULRASHID..Semua dok diam2, jangan banyak bunyi..
Hukuman itulah yang kini dipertikaikan keluarga mangsa, juga pihak2 lain termasuk orang2 politik. Disatu pihak ada kesedihan kerana kematian tidak diduga itu. Disatu pihak lain pula ada publisiti yang boleh diraih dari peristiwa tersebut..
Sesiapa saja boleh buat andaian atau tuduhan mengenai perkara ini. Masing2 ada fakta untuk menyokong andaian. Tetapi, ini masih kes polis dan biarlah siasatan dilakukan dengan rapi mengikut peruntukan yang ada. TC nak ingatkan tidak ada siapa yang perlu tonjol kat sini nak jadi hero.
Lagi banyak kenyataan dibuat, termasuk lah kenyataan kawan baik arwah iaitu Azamuddin yang menjadi saksi utama, ia hanya akan sulitkan siasatan. Kenyataan2 terbuka juga boleh bangkitkan persepsi yang mungkin berat sebelah pada pihak2 tertentu.
Ada baiknya semua dok diam2. Biarlah siasatan dilakukan tanpa gangguan mana2 pihak. Pasukan panel khas telah ditubuhkan untuk memantau insiden ini. Bagi mereka peluang untuk jalankan tugas, jangan lah ada yang awal2 dah tuduh mereka ini tidak ada komited atau tidak layak.
Ada cadangan supaya ditubukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini. TC rasa tak payah ler, adakah dengan suruhanjaya seperti ini dapat memuaskan hati semua pihak. Semua pun tahu, berapa banyak kes yang dikendalikan Suruhanjaya sebelum ini, hasil siasatan pada akhirnya juga mereka2 pertikaikan.
Sementara kes dalam tindakan pemprosesan, TC harapkan kita memainkan peranan masing2 supaya tragedi adik Aminulrasyid tidak berulang lagi. Salah satu cara ialah dengan ketegasan untuk tak bagi anak2 memandu tanpa lesen waima motor sekalipun. Rasa TC lah, sampailah masa tindakan undang2 harus dikenakan pada ibu bapa yang sengaja merelakan anak2 mereka memandu tanpa lesen...
TC : KEPADA KELUARGA MANGSA, BERSABAR MENEMPUH DUGAAN INI..
AL-FATIHAH..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Tuesday, May 4, 2010
KENAPA NIZAR BELUM DITANGKAP... POLIS TAK BUAT KERJA KE..
ZULKARNAIN Abu Hamid (dua dari kanan) bersama Ketua Kampung Dengkil, Sepang, Chan Meeng Poh (tiga dari kiri), M. Ramesh (dua dari kiri) dan Abdul Halim Samat (kanan) membuat laporan polis di IPD Shah Alam, semalam.
Laporan telah dibuat oleh tiga individu yang mewakili kaum utama di negara ini dan membuat laporan polis mendakwa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyampaikan ucapan berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor..
"Nizar dalam ucapan menyebut, 'sana Stadium Kampung Baru dia (Najib) bagi tahu Pemuda UMNO, dia angkat UMNO punya keris sudah banyak karat, kita mesti basahkan ini keris dengan darah Cina. Dia cakap kita mesti banjirkan pekan Kuala Lumpur dengan darah Cina," kata mereka..
Apa yang dikesalkan adalah sehingga hari ini masih tiada tindakan oleh pihak polis samada ditangkap ataupun dimasukkan ke ISA.. Yang jelas ucapan NIJAR ini dah sah sah berbaur hasutan dan perkauman serta bertujuan memecahbelahkan perpaduan antara orang Melayu, Cina dan India di negara ini..
Mana perginya perjuangan Pakatan Reban neh yang melaungkan perjuangan untuk mempertahankan perpaduan kaum di Malaysia.. MANGKUK HAYUN BERDENGUNG BETULLAH,,,,,
Kebal sangat ke dia neh, tak lut ke dari undang2.. ADUHAI.... PDRM buatlah sesuatu.... Takkan nak jadi aper2 baru nak kelam kabut nak perbetui...
Apa yang TC harapkan, kemungkinan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, adalah buatlah sesuatu demi KESEJAHTERAAN NEGARA....
Kita imbas kembali video mamat mangkuk hayun nie berucap......
SEPINTAS LALU.. Dokumen Bukti Rasuah PKR di Hulu Selangor..
PUTRAJAYA 3 Mei - Pemuda UMNO Hulu Selangor menerima dokumen misteri yang mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dengan salah laku membeli undi ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.
Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mohd. Jefrin Mat Tu berkata, beliau menerima dokumen mengenai salah laku itu pada Jumaat lalu dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.
''Saya menemui dokumen dua halaman ini pada Jumaat lalu dan saya tidak tahu siapa yang meletakkannya di depan rumah saya.
''Dokumen ini bagaimanapun telah menyenaraikan secara teliti kira-kira 20 salah laku PKR termasuk nama individu yang terlibat, ia meliputi pemberian wang dan barang serta ugut gertak kepada penduduk Hulu Selangor.
''Penghantarnya mungkin mahu saya dedahkan kandungan dokumen ini dalam blog, saya bagaimanapun berasa lebih sesuai untuk diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.
Beliau diiringi kira-kira 10 ahli UMNO dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Hulu Selangor.
Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Penguasa SPRM, Aini Awang Muda untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.
Mohd. Jefrin berkata, dokumen yang diterimanya turut melampirkan gambar yang menunjukkan pemimpin PKR memberi beg sekolah kepada penduduk Hulu Selangor walaupun kandungan dalam beg itu tidak dapat dipastikan.
''Saya meminta SPRM melakukan siasatan berhubung dakwaan dalam dokumen ini," katanya.
Monday, May 3, 2010
Ezam Dan Palanivel Angkat sumpah Sebagai Senator
Mereka melafazkan sumpah dihadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang..
Apa yang ditunggu2 oleh TC dan ahli2 politik tanahair ialah kemunculan Ezam nanti di Parlimen. Apa yang akan dibongkar, apa yang akan diuar2kan, apa yang akan diceritakan oleh bekas ketua AMK ini. Pasti ramai yang tidak sabar akan kemunculan Ezam alias bekas s/u politik an war ini nanti..
Bagi TC, Ezam yang dahulu adalah penggerak utama kumpulan reformasi pasti sudah masak dengan perjuangan PKR yang lebih menumpukan pendirian peribadi dari keperluan Rakyat..
TC: Apapun syabas Ezam, inilah masanya untuk anda bersuara demi keadilan sebenar..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, May 2, 2010
PETUA KENALI WAKTU BILA AN WAR BERBOHONG
Video yang paling TC syok tengok bab2 politik ler..
layan punya layan youtube, last2 jumpa yang paling best skali..
saksikan........................ish ish ish.......