Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, February 28, 2010

SELAMAT DATANG KE PARTI PEMBELA BANGSA... 77 ahli PKR, Pas masuk UMNO...


PERMATANG PAUH 27 Feb. - Seramai 77 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti menyertai UMNO selepas mengisytiharkan keluar daripada kedua-dua parti berkenaan.

Borang keahlian UMNO diserahkan oleh ketua kumpulan itu, Saiful Hassan kepada Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang.

Hadir sama menyaksikan majlis itu ialah Naib Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman; Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid dan Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan.

Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda PKR cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dalam ucapannya berkata, keputusan itu dibuat kerana tidak lagi yakin dengan kepimpinan PKR.

''Kami sudah bosan dengan pertelingkahan dan percanggahan dalam PKR," katanya pada majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Guar Jering, di sini hari ini.

Bekas Bendahari PKR cawangan Gaur Jering, Hesabudin Md. Isa pula berkata, kepincangan dalam parti pembangkang disebabkan sikap pemimpinnya yang hanya pandai berjanji.


TC : Alhamdulillah, terbuka juga hati mereka mereka ini... Syukur...

Wednesday, February 24, 2010

Jemputan Perdebatan Yang Bangang PAKATAN RANJANG di Penang

ihsan gambar dari facebook Pemuda Pulau Pinang

TAHNIAH... kepada pemuda penang kerana menolak jemputan ini.... keberanian pemuda penang harus dipuji ..... bukan balaci LGE lawan kita , tapi LGE perlu berdebat ngan kita...

TC : Itulah kata kata keramat dari pemuda pemuda Pulau Pinang yang menolak debat antara balaci2 LGE.. Kalau betullah mahukan perdebatan LGE sepatutnya turun sendiri menyelesaikan masalahnyer sendiri.. Kenapa mesti nak wakilkan mamat2 berhingus ni.. Bukan boleh selesai masalah pun.....

Dari Facebook Pemuda Pulau Pinang.........

Tuesday, February 23, 2010

TAK DAK KERJA LAIN KA WEI.. tak abeh abeh susahkan rakyat...

mari berbaring..

Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat anjuran Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda di sini, semalam, terganggu seketika apabila kira-kira 100 penyokong pakatan pembangkang berkumpul membantah program berkenaan.

Mereka berkumpul di depan sekolah seawal jam 2 petang dengan membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang mempunyai tulisan 'Jangan Jadikan sekolah tempat politik' dan 'Umno cakap tak serupa bikin'.

Penyokong pakatan pembangkang yang terdiri daripada penduduk sekitar kawasan itu mendakwa Umno menyalahgunakan sekolah untuk kepentingan politik.


baring lagi


Peserta perhimpunan itu bersurai secara aman kira-kira jam 5.30 petang dan tiada tangkapan dilakukan.

Sementara itu, Abdul Jalil pula berkata, bantahan yang dilakukan penyokong pakatan pembangkang tidak berasas kerana ia bukan berunsurkan politik sebaliknya program pendidikan dan kebajikan.

"Ini program untuk masyarakat bukannya politik. Kita tidak melakukan pendaftaran ahli baru sebaliknya hanya memberi bantuan. Janganlah asyik bersikap buruk sangka," katanya sambil menambah seramai 360 orang kurang upaya di Parlimen Permatang Pauh menerima beras dan hamper termasuk 10 kerusi roda di majlis itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Azman Abdullah, berkata keadaan terkawal selepas pihaknya menempatkan anggota LSF dan tiada tangkapan dibuat.

TC : baring baring je kerja dia... pijak nanti baru tau... ekekeke...


Masyarakat Jakun gesa Nik Aziz mohon maaf... apalaaa yang dah ngko merepek ni n ajis oiii


Masyarakat Orang Asli Suku Jakun mahu Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat memohon maaf secara terbuka kepada mereka berhubung kenyataannya di Kota Bharu, Rabu lalu, menyamakan pemimpin pembangkang yang lompat parti seperti jakun.

Wakil Orang Asli suku Jakun Rompin, Othman Gudei, mendakwa masyarakatnya amat sedih dan terguris hati dengan kenyataan Nik Aziz yang juga seorang ulama.

"Kami (Orang Asli suku Jakun) amat tersinggung dengan kenyataan Menteri Besar Kelantan itu. Beliau tidak seharusnya menyamakan tindakan pemimpin politik yang keluar parti seperti jakun.

"Jangan kaitkan soal politik dengan kaum. Ia benar-benar mengguris hati Orang Asli suku Jakun.

"Oleh demikian, kami amat berharap Nik Aziz memohon maaf secara terbuka atas kenyataan beliau itu," katanya menghubungi Berita Harian, semalam.

Masyarakat suku Jakun kebanyakannya berada di Pahang dan Johor dengan bilangannya melebihi 20,000 orang.

Rabu lalu, Nik Aziz pada sidang media di pejabatnya, membidas wakil rakyat (keluar parti) kerana mereka bukan setakat keluar parti, malah mengeruhkan keadaan dalam pembangkang dengan menghebohkan masalah kepada media.

"Ini perangai orang kita, masih jakun, masih baru dengan politik," kata Nik Aziz pada sidang media itu.

Othman berkata, beliau juga akan membuat laporan polis terhadap pemimpin tertinggi Pas itu di Rompin hari ini kerana kenyataan Nik Aziz juga dilihat seolah-olah menyindir Orang Asli suku Jakun.

"Kita mahu tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan Nik Aziz sebagai jakun, mengapa beliau menggunakan perkataan itu?

"Apabila saya melihat perkataan Jakun dalam kamus ia membawa maksud penduduk Asli Semenanjung Malaysia daripada suku kaum Melayu-Proto yang tinggal di selatan Semenanjung (hutan Pahang, Johor dan Negeri Sembilan)," katanya.... BERITA HARIAN ONLINE

TC : Tuk Guru kaa macam ni... suka suka ati dia jerr....

Wednesday, February 17, 2010

YBK: Tujuh laporan polis berhubung salah guna kuasa MB Selangor diterima... aduhaiiii khalid..


17/02/2010 3:23pm

KUALA LUMPUR 17 Feb. – Polis menerima tujuh laporan berhubung dakwaan salah guna kuasa oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tanah milik Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK).

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, bagaimanapun dua dari tujuh laporan itu telah diklasifikasi sebagai memfitnah.

"Dari tujuh report itu, dua telah diklasifikasikan sebagai fitnah dan disiasat bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana fitnah,” katanya.

Pada 7 Februari lepas, satu laporan dibuat oleh salah seorang Pengarah YBK, Mohamed Tamin di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang turut disertai Pengerusi YBK Datuk Zainal Abidin Sakom.

Aduan tersebut dibuat selepas Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor memulangkan kepada YBK cukai tanah yang telah dibayar oleh syarikat itu pada Ogos 2009 dengan cek bernilai RM1.28 juta pada 4 Februari lalu.

Zainal Abidin berkata, para pegawai Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Selangor tidak ada bidang kuasa untuk menyerahkan kembali wang pembayaran cukai tanah itu. – Bernama


TC : 5 laporan ditolak ada lagi 2 beb... siasat jgn tak siasat........................

Usaha lenyapkan pengaruh Melayu Oleh Diktator Cina Penang

ihsan gambar dari blog cucu tok selampit

Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.

Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.

"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.

"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.

Bagaimanapun, akibat dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut yang mengikut program asal sebelum ini dibatalkan.

Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.

Menurut Azman, terdapat beberapa lagi perancangan yang dibuat oleh Guan Eng yang tidak begitu disedari orang Melayu.

Sebagai contoh, jelas beliau, cadangan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang secara tradisi jawatan tersebut disandang oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

"Sebenarnya Guan Eng mahu melihat respons orang Melayu terhadap cadangan yang dibuatnya.

"Perancangan dia tetap berjalan, kalau orang Melayu bantah, dia akan buat cara lain," katanya.

ihsan utusan online......

INIKAH FIRAUN KECIL YANG DINYATAKAN YB ZUL... wah muka ganasnyer, ekekeke...

GAMBAR fail menunjukkan wajah Firaun Tut yang dipamerkan di makamnya di Lembah Raja-Raja dekat Luxor, Mesir.. ihsan kosmo

Pakatan pembangkang kini dikatakan telah ditawan oleh sekumpulan ‘firaun kecil’ yang mempunyai agenda berbahaya untuk membawa Malaysia keluar daripada kerangka Perlembagaan Persekutuan.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang membuat dakwaan itu berkata, dalam menjayakan agenda tersebut, ‘firaun kecil’ daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dianggotainya, Pas dan DAP turut bersekongkol dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tertentu.

Beliau mendedahkan, usaha terancang tersebut dimulakan sejurus pilihan raya umum lalu dan keadaan semasa amat membimbangkan kerana ia hampir berjaya sepenuhnya.

Dakwanya, antara petunjuk kejayaan kumpulan terbabit ialah pengenalan agenda Middle Malaysia dan pembatalan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang.

“Agenda mereka ialah untuk memisahkan negara daripada kerangka Perlembagaan yang kita miliki sekarang.

“(Antara) kerangka Perlembagaan kita ialah menghormati agama Islam (sebagai agama rasmi) dan kedudukan istimewanya, kedaulatan Raja-Raja Melayu dan bahasa Melayu.

“Tetapi mereka cuba memisahkannya dengan slogan baru, pendekatan baru dan anda boleh melihat sendiri apa yang mereka sedang lakukan,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Yakin, di sini hari ini.

Justeru, Zulkifli mendesak kepimpinan partinya supaya menjelaskan adakah dasar pakatan pembangkang yang diumumkan pada 19 Disember lalu yang mengandungi komitmen untuk menghormati perlembagaan dan mempertahankan Islam diambil serius atau sekadar retorik politik.

“Kalau daripada apa yang berlaku sekarang seperti isu kalimah Allah, isu di Pulau Pinang dan terbaru (membatalkan) perarakan Maulidur Rasul, saya nampak ini semua mainan politik sahaja yang mereka tidak bermaksud untuk laksanakan,” katanya.

Zulkifli mendakwa, maklumat daripada penyokong akar umbi PKR khususnya orang Islam mendapati mereka amat resah dengan agenda kumpulan yang digelarnya ‘firaun kecil’ itu.

Perkara itu, dakwanya, juga menyebabkan perpecahan di kalangan ahli Parlimen PKR yang berpunca daripada perasaan tidak puas hati.

“Jika dibiarkan akan lebih ramai ahli dan pemimpin PKR yang keluar parti, yang tinggal ialah mereka yang kita kata sebagai ‘najis-najis politik’,” katanya.




Tuesday, February 16, 2010

MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.. apa tuuu tok guru, ruang iklan pun kena sewa.. asyukkk...



Menjelajah dalam dunia siber sungguh seronok skali.. Dalam dok melayan TC terpandang satu image yang dipostkan dalam fb members TC.. Nak tergelak pun ada.. ekekekek..

Ruang Iklan Di Blog Tok guru pun nak kena sewa... dasar nak cekik duit rakyat... apa salahnya pemimpin macam tok guru tak memikirkan lagi soal kewangan... dah kaya pun... wang ringgit tidak dibawa kedalam kubur tok guru....

TC : DUNIA DUNIA... AKHIRAT NANTI NTAH LER...

YB Zul Balun Guan Eng Lagi.. Balun lagi Balun Lagi eyah eyah eyah....


YB Zul tak leh tahan lagi, lepas satu satu Guan Eng ni memporak-perandakan keadaan.. Ikuti petikan yang TC catatkan ni, adeih...........






Zulkifli Noordin menyifatkan slogan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan rakyat.

Bukan itu sahaja, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut mengaitkan perbuatan Guan Eng yang cuba menutup kebenaran pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri itu sebagai sangat mengaibkan.

Beliau yang mengecam keras tindakan itu berkata, cubaan membatalkan perarakan membuktikan apa yang disebutkannya sebelum ini bahawa kepimpinan Guan Eng adalah bersikap cauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

''Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas?

''Benarlah kata Rasulullah SAW, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja.

''Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa, kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka dan mereka takut kematian dan hilang semua nikmat duniawi ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Musang Berbulu Ayam! dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Dalam sesi Soal Jawab TV3 pada 8 Februari lalu, Zulkifli juga telah menyerang Guan Eng dengan menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin sebagai contoh tindak-tanduk DAP yang menjadi 'duri dalam daging' bagi pakatan pembangkang.

Kelmarin, Guan Eng berkata, perarakan Maulidur Rasul akan terus diadakan dan dakwaan beberapa pihak bahawa program itu telah dibatalkan adalah satu pembohongan dan sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri berkenaan.

Namun kenyataan Setiausaha Agung DAP itu berbeza dengan pekeliling yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir bertarikh 5 Februari lalu yang menyebut mengenai pembatalan majlis perarakan berkenaan pada tahun ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, adalah sesuatu yang paling malang, apabila terdapat segelintir orang Melayu yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan oleh Guan Eng.

Malah katanya, golongan Melayu tersebut turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri.

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri itu seharusnya sedar bahawa bukan semua masyarakat Islam akan tunduk diam dengan perbuatannya.

''Yakin dan percayalah di luar sana masih ada umat yang tegas dan berani yang akan tetap mempertahankan akidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda.

''Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim cauvinis ini.

''Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa ini maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan,'' ujarnya.... Petikan Utusan...

Lu Letak Jawatan Gua Letak Jawatan.. Ada Berani Ka Apek..

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertindak sama.

Beliau menegaskan, individu yang perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng dan bukan dirinya atau pun orang lain kerana masalah sebenar berpunca daripada Setiausaha Agung DAP itu.

‘‘Saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan wakil rakyat dengan syarat Guan Eng sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana Pulau Pinang perlu diselamatkan daripada orang sepertinya.

‘‘Dialah punca sebenar segala permasalahan yang sedang berlaku sekarang ini, jadi adalah wajar dia tidak lagi jadi Ketua Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Zahrain keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru kerana Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu berkata, Nik Aziz boleh berkata apa sahaja kerana tidak merasa tempias pentadbiran Guan Eng memandangkan beliau menetap di Kelantan... Utusan....

Friday, February 12, 2010

Perarakan Maulidul Rasul Dihapuskan diktator Guan Eng


Tema Maulidur Rasul pada tahun ini ialah ‘Menjana Ummah Gemilang‘. Berikutan dengan itu, diharapkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini dapat memberi cetusan penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah dalam membentuk peribadi dan diri sahabat-sahabat baginda seterusnya memberi petunjuk serta tauladan buat sekalian umat Islam hingga ke hari ini. Penjanaan kegemilangan ummah hanya dapat dicapai dengan berpegang teguh pada al-Quran dan as-Sunnah serta mengamalkan segala isinya.

Sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun diharapkan dapat menanam satu kerangka asas jiwa umat Islam terhadap aqidah yang sahih. Sandaran penghayatan terhadap sirah nabawi serta faham dalam gerak kerja Rasulullah s.a.w. dalam membawa masyarakat mentauhidkan Allah s.w.t. perlu diterapkan secara berterusan sebelum, semasa dan selepas sambutan Maulidur Rasul.



Utusan Malaysia difahamkan, mesyuarat jawatankuasa induk majlis sambutan Maulidur Rasul 1431 Hijrah/2010 Masehi peringkat negeri pada 3 Februari lalu memutuskan perarakan tersebut dibatalkan tetapi majlis perhimpunan ummah diteruskan di Dewan Sri Pinang.

Pembatalan perarakan Maulidul Rasul ini menunjukkan kerajaan negeri jelas cukup berkira dalam bab duit untuk program umat Islam . Mereka nampak nasi sebungkus dengan air mineral sebotol untuk peserta perarakan cukup banyak budget .Walau apapun alasan yang diberikan oleh Exco Agama , Malik Itik mengenai pembatalan , umat Islam di PP tidak dapat menerima keputusan ini dan cukup kecewa dengan pembatalan perarakan setahun sekali ini .

TC merasakan pasti ramai yang akan mengeluh mengenangkan nasib Umat Islam Dibumi Penang....

Thursday, February 11, 2010

3 ADUN PKR DIJANGKA KELUAR PARTI MINGGU DEPAN


Mengikut maklumat dalaman yang TC dapat, 3 orang wakil rakyat PKR yang bermasaalah akan keluar parti minggu depan. Mereka adalah YB Zahrain (yang ditolak PKR Penang), YB Wee Chee Keong ( yang dituduh menyebabkan kematian Tee Beng Hock dengan tuduhan ada exco Selangor terlibat dalam triad) dan YB Zulkifli Nordin yang terkenal lebih UMNO dari UMNO sehingga membuat laporan polis kepada YB Khalid Samad.

Keluar la bro, apa lagi yang nak diperjuangkan dalam parti2 yang bermasaalah tuuu. Kembalilah pada jalan yang benar yakni menolong dan menjadi suara rakyat dan seterusnya memartabatkan rakyat Malaysia. Tidak ada yang perlu dalam parti tersebut melainkan berkepentingan sendiri sahaja. Berubahlah..

Apa pun TC harap mereka2 ini sedar dan kembali kepangkal jalan........

Tuesday, February 9, 2010

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Kekal MB Perak





Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Keputusan 5-0 berpihak pada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

APALAH YANG BUDAK TAHU PASAL PAS

















Berehat-rehat bersama keluarga di Taman Tasik Taiping sambil menghidup udara segar amat dinantikan oleh TC setiap minggu. Sambil melihat ragam keluarga2 bagi mengisi masa lapang cuti hujung minggu amat TC terhibur sekali.

Sedang enak diulit angin segar Bukit Larut, TC terpandang seorang budak yang amat seronok dan ligat sekali bermain permainan2 di taman permainan Taman Tasik Taiping. Terloncat loncat, bermain gelongsor malah buaian pun tidak dia lupakan. Amat aktif sekali budak nie.

TC dapat melihat budak nie memakai baju kami sokong tok guru, terpampang dibajunya ilustrasi gambar POK NIK dan TOK ADI. Bukanlah TC nak mempertikai baju yang dia pakai, hak mak bapak dia la nak sarung apa pun kat baju anak dia. Suka hati mak bapak dia la. Hanya yang bermain di kepala otak TC tahukah budak ni sapa tu POK NIK dengan TOK ADI. Tahukah Apakah yang menjadi perjuangan mak bapak dia dok bergelumang dalam politik. Tahukah budak ni perkembangan politik tanahair. Tahukah budak ni apa itu PAS..

TC mendoakan budak ini memperolehi petunjuk dari Allah SWT... AMIN............


Sunday, February 7, 2010

AIYOO NYONYA DAPIG SUDAH LAMA HIDUP KAA...

video

TEMPAT : TEKSI STAND BANDAR TAIPING
MASA : 4.30 PETANG
JUMLAH HADIR : SEKITAR 50 ORANG JER..

TC mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berjalan2 kat bandar Taiping. Tengok gelagat orang ramai syok jugak sambil release tennsion kerja seharian. Tapi hari ni pelik sikit, ramai plak orang kat bandar ni. Laa sekali Nizar dan konco2nya buat roadshow rupanya. Abis disekatnya jalan raya nak bagi puak2 depa ni lalu...

TC tunggu, mesti punyalah ni nak buat ceramah haram lee ni. Tuu dia, kat taxi stand rupanya. Nak pi ke tak mau, hati kecil bertanya sambil memegang dagu ni. Ahhh boleh la, ada janggut sikit nih (lupa nak cukur pagi td). Mula2 takpa la, ceramah kononnya kalau mahkamah umum dia MB, dia akan bubarkan DUN. Diapi-apikan orang ramai (ramai tak le jugak, tu pun bawak penyokong naik bas mari sini) ntah mana2 orang pun tak tau lee. Katanya UMNO parti perampas, parti racist, parti korup ( kepala bapak hang, suka2 je buat ayat macam tu)...

Abis jer ceramah, dilepaskan belon hitam tanda kebebasan kononnyer (piiraaah). Masa ni TC dengar ada satu nyonya tua dah nak mampuih menjerit2 UMNO mati, UMNO Mampuih (barua punya nyonya dapig tua). Hang dah tua nak mampos hang tak tau. Penyokong yang rata2 melayu menghoreykan dia. Depa tak tau yang nyonya ni nak api-apikan melayu dan laga2kan orang Islam, punyalah bodoh depa neh..

TC tengok orang2 Taiping mencebik bibir, menjuih bibir tanda tak berapa berkenan dengan depa ni. Ye lah orang2 Taiping ni sukakan keharmonian sejagat sesuai dengan slogan Bandar Kedamaian. Yang depa ni tak reti bahasa menghuru-harakan bandar Taiping. Cehh bikin kacau saja, terdengar TC ungkapan dari seorang Cina Taiping ni...

Setakat ni je buat masa sekarang, TC akan terus melaporkan dari masa kesemasa nanti. OK, lepas ni nak Rumah Kebajikan jap. Kot2 ada laporan penghuni cina tua yang lari pakai baju T-Shirt buruk, seluaq pendek dengan selipar jepun yang tapak dia dah haus. Dah le makan kerajaan tanggung, lagi mau kecoh2.. Aparaaaaaa........

APA YANG DIJUANGKAN MAKCIK WOI.. jaga ler cucu kt rumah tuuu


video

Sedang dok berlegar-legar di bandar Taiping, TC terserempak dengan makcik sorang neh.. Cukup bersemangat mengedarkan risalah-risalah diletakkan di atas2 motor. TC teruja apa yang dijuangkan makcik ni.

Tengok punya tengok, laaa edar risalah politik rupanya. Allah Hu Akbar. Makcik-makcik, kan lebih elok makcik edarkan risalah2 yang berunsurkan agama. Tua tua macam ni tak payah le buat keja-keja macam ni. Menambahkan dosa je, sekurang2nyer dapat gak pahala kalau beribadah edar risalah agama makcik woi. Ditambah pulak lilitan kepala BUBAR DUN, menampakkan kedangkalan makcik dalam bidang perundangan..

Kan lebih elok kalau makcik jaga cucu ka, tuuu laki kat rumah dah makan ke belum tu.. Aduhai, TC merasakan makcik memperjuangkan satu tindakan yang sia2 laa. Perjuangkan kedudukan Nizar dan buka juangkan kedudukan rakyat. Makcik-makcik, buta ka atau juling neh..

TC tak salahkan makcik, mungkin makcik tak diuar-uarkan akan berita yang sebenar.. TC mendoakan makcik mendapat petunjuk dari Allah supaya terus tidak tersesat.....

Friday, February 5, 2010

BUBAR DUN DI PERAK.. cehh buang duit jerr...


Keadaan di Perak semakin menjadi haru biru. Memburukkan keadaan bila ada pihak yang cuba menjadi hero dengan berselindung di sebalik suara rakyat dan hak asasi manusia, kononnya rakyat Perak mahukan pilihanraya semula.

Yang peliknya suara-suara sumbang ini datangnya dari mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam selok belok politik. Maybe bak kata omputih golongan ini masih mengharapkan sisa-sisa untuk bersaing dalam persada polotik tanahair setelah beberapa kali kecewa.

Dari maklumat dan sumber yang bolehlah dikatakan ada benarnya, TC merasakan majoriti rakyat Perak lebih bersikap berkecuali. Rakyat juga naik perasaan meluat dan menyampah melihat lakonan dan perilaku polotik yang tak berkeudahan dari golongan PR ini. Lepaih satu, satu perkara yang agak menjelekkan yang didrama swastakan bagi meraih simpati kononnya mereka ini di tindas.


PR ini rela memperbodohkan diri sendiri demi melindungi pemimpin mereka. TC rasa sikap taksub dan jumud bagi golongan yang terlalu mementingkan diri dari mentadbir negeri harus ditolak dengan mentah. Tengok sahajalah ketika penyokong yang tidak tahu malu sanggup berbaring diatas jalan, padahalo baru jer lepaih sembahyang jumaat memohon keampunan dari Allah SWT.

Suasana sebaliknya berlaku dikalangan penyokong BN dimana lebih suka memilih bersikap berdiam diri. BN merasakan jika dikerah penyokong untuk sama memberontak, pasti yang buruk lebih berlaku..

Walaupun diadakan pilihanraya semula dan DUN dibubarkan, TC yakin PR pada kali ini tidak akan mendapat 2/3 sokongan rakyat Perak. Perkara-perkara yang menjelekkan pasti dijadikan kayu pengukur para pengundi untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.


Untuk mengadakan suatu pilihanraya di Perak, tidak kurang 30 juta terpaksa dibelanjakan. Adakah wang sebanyak ini patut dibelanjakan demi memenuhi impian para ADUN pembangkang untuk kembali berkuasa di Perak. Adakah Nizar mempunyai sesuatu kebolehan yang terlalu istimewa sehingga rakyat Perak tidak dapat menunggu sehingga pilihanraya ke-13 untuk kembali meletakkan beliau sebagai MB Perak.

Aduhhhaaaiii...



Thursday, February 4, 2010

"CAN I FUCK YOU TODAY?" mampuih la aku


Perbicaraan hari pertama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, 63, semalam mendedahkan bahawa Mohd. Saiful Bukhari Azlan, 25, berhenti kerja kerana tidak mahu diliwat lagi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Sebagai sukarelawan sekitar 1 Mac 2008 dengan tugas antaranya mengatur jadual ceramah pilihan raya sebelum dilantik pembantu peribadi pada akhir April.

Dibayar gaji RM1,000 dan elaun AS$1,000 (RM3,400) serta 10,000 dolar Hong Kong (RM4,300) bergantung kepada perjalanan ke luar negara.

Pada hari kejadian: 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.




Saiful: Saya lalu pos pengawal, saya berhenti dan tidak beritahu nak ke mana tapi cuma katakan 'Mokhtar'. Saya telah pergi beberapa kali ke sana dan saya hanya perlu kata demikian.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Saya letak kereta di tempat pelawat di B4 dan terus masuk lif ke tingkat atas sebelum terserempak dengan seorang lelaki tapi tidak berapa cam lelaki itu. Saya kemudian naik ke unit 11-5-1.

Yusof: Apa yang kamu nampak?

Saiful: Saya melihat Anwar duduk di meja makan. Saya masuk dan duduk di hadapannya sebelum serahkan dokumen.

Yusof: Kemudian?

Saiful: Kami bincang tentang jadual kerja tapi tak lama selepas itu Anwar tanya satu soalan dalam Bahasa Inggeris: "Can I **** you today?"

Yusof: Apa reaksi kamu?

Saiful: Saya marah dan takut, saya menolak pelawaan Anwar dan saya kata tidak mahu.

Yusof: Apa Anwar kata?

Saiful: Dia dengan nada marah berkata: "Why?" Saya kata perkara sama, saya tak sanggup melakukan tapi dia marah lagi. Saya yang takut kemudian diarahkan masuk ke bilik tidur utama.

Saya mengikut permintaan Anwar masuk ke bilik tidur. Anwar pergi ke hujung bilik dan tutup langsir sebelum datang balik untuk tutup lampu bilik.


TC berdoa agar kebenaran dapat dibuktikan dan yang salah pastinya akan dikenakan tindakan undang-undang.. Semoga 17 hari mendatang bersempena dengan hari perbicaraan ini beroleh kemenangan bagi insan yang yang bernama SAIFUL BUKHARI AZLAN...

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC