Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, March 31, 2010

KEKECOHAN SIDANG DUN MEMANG DIRANCANG

DARI PENGAMATAN TC SEMASA SIDANG DEWAN INI BERLANGSUNG SEMEMANGNYER KEKECOHAN PAKATAN KENCING RAKYAT NEH DAH MEMANG DI RANCANG.. MANA IDAKNYER SEPANDUK, BANNERS DAN FLYERS2 DAH READY..

DEPA NI MAI SIDANG BUKAN NYER NAK BERBAHAS KE, DEBAT KER.. TAPI SAH MENJADI BERUK DAN UNGKA DALAM DEWAN MENGALAHKAN PERTUNJUKKAN SARKIS DI ZOO.

MACAMMANER NAK BANGUN KAN RAKYAT.. MACAM MANER NAK BAWAK PERMASAALAHAN RAKYAT KALAU BENDA2 NI YANG DI HAVOC2 KAN.. MENATE BEGHUK BETUL LA DEME NIE..

BIADAPNYER KUALA SEPETANG DI SIDANG DUN..



TC : SEMALAM SEMASA MEMBACAKAN DOA, KUALA SEPETANG EKSYEN MACAM MAK BAPAK DIA DIA PUNYER DEWAN. TAK HORMAT LANGSUNG SENSITIVITI TAK DI HORMATNYER.. HARI KURANG AJARNYER DIA NIE, MAMAT MELINGKUP NEH TELAH MENERPA PERGI KE MEJA MB PERAK. NASIB BAIK LER PETUGAS DAN BENTARA DEWAN SEMPAT MENGCOVER MB TATKALA NYER TANGAN MAMAT MELINGKUP NEH NAK NAIK.

BIADAP, KURANG AJAQ DAN BADIGOL SOOD. INGAT NEGARA NEH TAKDE UNDANG2 KER.

SEWAKTU PAKATAN KENCING RAKYAT NEH KELUAQ DEWAN, TC NGIKUT DEPA NI.. RUPA2 NYER ADA PC DENGAN WARTAWAN. MENYELIT LA TC SKALI..

BERMULA LAH KEBIADAPAN MAMAT MELINGKUP NI LAGI. FLYERS NTAH APA2 DIKELUARKAN..

CILAKO SUNGGUH MAMAT MELINGKUP..



SIDANG DUN KE ATAU SARKIS DI ZOO.. PUNAH PAKATAN RANJANG NEH..




TC BERADA DI SIDANG DUN PERAK HARI. MEMANG SUDAH DIJANGKA PAKATAN KENCING RAKYAT NIE AKAN MENIMBULKAN HURU HARA. KALAU NAK BOIKOT, KALAU NAK MEMBAHAS, ATAU NAK BERDEBAT AWAL AWAL LAGI DIAORANG DAH BERAMBUS KELUAR. SAJA SAJA JER BARUA PAKATAN NIE TUNGGU NAK MENGHURU HARAKAN KEADAAN.

TENGOK PERANGAI SEKOR SEKOR NIE, NAIK MELUAT TC TENGOK..

NAK KATA ORANG, MACAM BERUK.. NAK KATA BERUK MACAM UNGKA PUN ADA..

PUKUL 10.45 BERUK BERUK NIE TURUN KELUAR DEWAN...

HANCUSS PAKATAN RANJANG NEH......

IKUTI SNAP YANG SEMPAT TC SNAP DI SIDANG DUN HARI NIE..

SIVAH SI OLANG GILA... MEMAMNG SAH DIA GILA MEROYAN..

TC : Kelakuan Olang Gila ni memang tak dapat di sangkal lagi kegilaan dia. Mencuba rampas seat ganesan ketika ganesan ingin menjemput DYMM Raja Nazrin untuk memberi titah baginda. Aduiiiii. ini olang gila apa mau bikin aaaa.. Sila tonton klip sebagai bukti....

Tuesday, March 30, 2010

PANAZZ.. LAGI ADUN PKR KELUAR PARTI DI PERAK ?

Ura-ura mengatakan seorang YB dari Pakatan Kencing Rakyat menghilangkan diri. Disebut-sebut beliau tinggal memunculkan diri agak lama dikhalayak ramai. Kemana perginyer YB Ab. Yunus Bin Jamahari dari DUN Kuala Kurau bersembunyi. Desas-desus yang TC terima beliau dicari oleh geng geng Pakatan Haprak ingin mencari kebenaran adakah beliau sudah tidak berminat dalam parti hancing itu...

Kalaulah benar angin yang bertiup kencang ini terbukti, bermakna di Perak akan bertambah lagi kuasa bebas menjadikan 4 orang kesemua nyer. TC juga terdengar cerita dari kawasan belah Bagan Serai ini, YB Ab Yunus agak rapat jugak dengan YB Mohsin ( yang dah kluar PKR tu ler )..

Haaaaa, Adakah kebarangkalian (ewah teringat plak masa belajaq math dulu) YB Ab Yunus ni mengikut jejak sahabatnyer dari kawasan yang sama..

Apapun, kita nantikan esok...

Adakah beliau bersama deretan meja pembangkang ataupun sebaris meja dengan Dato Zamry Kadir....

Kesempatan ini, TC mengucapkan selamat Bersidang kepada YB-YB Barisan Nasional.. Dan kepada YB Pakatan Kencing Rakyat, toksah dok kencing lebih-lebih dah sebab sememangnyer hangpa dah memang HANCING.........

HANCCUUUSSS PKR.... HANCUSSSSSS AL JUBRI............


Monday, March 29, 2010

SIVA SI OLANG GILA BILA LAGI MAU KENA TANGKAP...




Menjelang detik detik Sidang DUN esok, masih tiada nampak jalan untuk olang giler ni kena tangkap. Letterhead dia guna sewenang-wenangnyer, jubah speaker dia pakai ikut dan dia. Dengar citer kat umah pun sarung depan cermin sambil ambik gambar lagi. Apa ke bongok nyer ini cerita tamil punyer actor..

Yang nak tergelak tu, dia kata siap ADUN BN reply kehadiran sidang esok. Apa ke p*k! mak hero tamil neh. Deyyyy Macha, lu jangan bikin ini kartun punyer cerita maaa. Kalau lu sembang dengan itu budak kecik pakai pampers merengek2 mintak susu ok ler gak, ini sudah janggut maaaa..

Datuk Wan Hashim Wan Daud ditahan kerana menyamar. Itulah tindakan sepatutnya terhadap orang yang menyamar. Tapi olang gila di Perak ni pula kebal sangatkah? Kenapa tindakan yang sama tidak diambil terhadapnya? Sudah terang dan nyata Sivakumar telah menyamar jadi speaker DUN dengan membuat surat jemputan kepada ADUN negeri Perak untuk hadir kepersidangan DUN Perak?

Ish Ish Ish, kenapa jadi macam ni.. Harap harap polis cekup dia sebelum SIDANG DUN esok neh. Baru ler dinamakan ketelusan, tak mengenal dia tu orang besar atau pun kecik.

pernah menyamar jadi santa claus satu masa dulu, ekekeke


Berita Harian tengahhari tadi :

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar dipanggil memberi keterangan di Pejabat Siasatan Jenayah Komersial di Sungai Senam, di sini berhubung tiga laporan polis terhadapnya yang didakwa menipu dan menyamar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Adun dari DAP yang juga bekas Speaker DUN Perak itu hadir ke pejabat polis berkenaan kira-kira jam 12 tengah hari dengan ditemani Ahli Parlimen Bukit Gantang yang juga bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.


TC : Haaaa, panggil dah panggil dah, soal siasat pun dah.. Apa lagi yang mau ditunggu...

HANCUSSS DAP, HANCUSSSS OLANG GILA, HANCUSSS HERO TAMIL....



Sunday, March 28, 2010

PARTI KENCING RAKYAT MERATAPI SEPI... 700 Ahli PKR keluar parti..

jangan le kluar, tolong ler, isk isk isk.. Heee nak shushu..

IPOH 27 Mac - Kepercayaan rakyat terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin terhakis apabila terbaru, seramai 700 ahlinya di sini akan bertindak keluar parti itu beramai-ramai, esok.

Mereka berbuat demikian bukan sahaja kerana kecewa dengan sikap dan 'cakap tak serupa bikin' para pemimpin tertinggi tentang konsep keadilan yang diperjuangkan, malah kesal dengan tindakan pemimpin parti itu yang tidak menghormati agama lain.

Ketua Pemuda PKR Ipoh Barat, V. Subramaniam berkata, kesemua mereka yang terdiri daripada ahli Pemuda bahagian itu akan mengesahkan keluar parti secara rasmi dalam satu majlis yang akan diadakan di sini esok.

''Saya jangka bukan setakat 700 orang yang telah bersetuju keluar parti esok tetapi angka itu akan meningkat kerana ramai yang telah sedar dengan apa yang berlaku," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hadir sama ialah Naib Ketuanya, Sherol Aizam Mohd. Damanhuri; Ketua Penerangan, Mokhtar Kodin dan Setiausaha, S.Vikneswaran.

Pemuda PKR Ipoh Barat ketika ini mempunyai kira-kira 900 ahli.

Menurut Subramaniam, sikap tidak menghormati agama lain terserlah apabila Ketua Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda didakwa pernah melabelkan agama Hindu sebagai 'paria'... Utusan....

hu hu hu, depa sumer dah kluar parti.. Apa yang tinggal warggghhh


TC : Sebenarnyer TC dah dengar crita ni smlm yang di uar uarkan sahabat2 blogger, tapi malas ler nak tulis sebelum keluar statement yang sahih.. Hari ini keluar utusan, haaaaa kompom.. ekekekeke... Terer ler sahabat2 blogger gua neh.. Up to date wa cakap lu..

Klip video yang TC terima (http://taipingcentral.blogspot.com/2010/03/panazzz-ketua-pkr-ipoh-barat-maki-ahli.html) jadi kiranyer sahih ler.. Ketidak puahatian depa nie ke atas pemimpin yang kencingkan rakyat..

Apa lagi yang nak di katakan, hu hu hu, menangis ler meratapi sepi puak puak kencing rakyat neh..


TC : HANCUSS PAKATAN KENCING RAKYAT..

Saturday, March 27, 2010

PANAZZZ.. KETUA PKR IPOH BARAT MAKI AHLI HINDU PARIAH



TC terima satu video dari email TC yang terang terangan PKR yang mengamalkan perkauman..
Apa lagi yang nak dikata beb.. Keceluparan mamat nie ( depa kata Ketua PKR Ipoh Barat ) menyebabkan Ahli PKR sekarang memikirkan parti kencing rakyat neh tak sesuai lagi pada mereka..

Dikatakan mungkin akan ada keluar parti beramai-ramai oleh PKR yang berbangsa India..

Nasib la kome yob.. Kuang ajaq sangat..

Di katakan juga pendedahan ini di buat dari Ketua Pemuda PKR sendiri..

Pekung di buka lagi.. Mahukah lagi rakyat bersama mereka setelah satu satu keaiban dan kebangsatan mereka di dedahkan..

TC : HANCUS PKR ... HANCUS PKR ... HANCUS PARTI KENCING RAKYAT...



video

EDISI LAWAK.. 7 ADUN PAKATAN REBAN HANTAR SOALAN KAT GANESAN


DUN Perak: 7 Adun pembangkang kemuka soalan

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan menerima 114 soalan lisan termasuk soalan daripada tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pakatan pembangkang untuk persidangan pada Selasa dan Rabu ini.

Beliau berkata, Adun pembangkang lain dilaporkan menghantar soalan kepada Adun Tronoh, V Sivakumar, yang mereka masih anggap Speaker yang sah.

TC : Kih kih kih, lawak tahap gaban neh.. Apa nie bro, lu kata ganesan speaker haram, lu kata BN kerajaan haram, lagi mau submit soalan ka bro.. ekekekeke..

So makna nyer lu olang neh sudah mau percaya la yer.. Haaa, tu la TC dah kata dah, ganesan kan Speaker yang sah.. Atau lu olang puak jumud, puak jubri dan puak dapig sudah kantoi.. mau mengaku itu ganesan manyak malu, ini macam bikin laaa.. ekekekeke..


ATAU...


INI 7 ADUN PAKATAN REBAN AKAN KELUAR PARTI DISEBABKAN TAK BLEH TAHAN SAMA DIORANG PUNYA BOSS..

SAMA KITA SAKSIKAN...............

Friday, March 26, 2010

PANAZZ.. 3 KEJUTAN 30 MAC 2010.. ROMBAKAN KABINET/MODEL EKONOMI BARU/ADUN PERAK PR KELUAR PARTI..


TC : Perkabaran yang TC terima dari desas desus pelbagai info, edisi siasat, sumber-sumber yang mungkin boleh dipercayai menerujakan TC untuk mengepost 3 KEJUTAN di artikel ini.



1. ROMBAKAN KABINET MALAYSIA


TC : Kalau benar ini terjadi, apa yang diharapkan TC adalah Menteri-Menteri, Timbalan Menteri dan S/U Parlimen akan bekerja dengan lebih wibawa dan bersungguh demi memastikan visi Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan di realisasikan.. Insyaallah..



2. MODEL EKONOMI BARU

Model Ekonomi Baru (MEB) peringkat pertama akan diumumkan pada 30 Mac, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Katanya MEB peringkat kedua akan diumumkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-sepuluh (RMK10). "Kita akan umumkan (mengenai MEB itu) tetapi ia akan berdasarkan dua peringkat. Peringkat kedua akan menjadi sebahagian daripada RMK10 dan tidak lama selepas itu, yang bergantung kepada prosesnya."

MEB dijangka lebih ampuh untuk melonjakkan negara bagi mencapai status negara maju dan menjadi ekonomi berpendapatan tinggi. Selain itu, Najib berkata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kini sedang melaksanakan satu kajian mendalam mengenai kemungkinan menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPP). "Perjanjian Perdagangan Bebas dengan Amerika Syarikat telah dibatalkan. Mereka kini lebih berminat untuk mengusahakan satu inisiatif perdagangan pelbagai hala," katanya.

TPP adalah satu perkongsian yang melibatkan Brunei, Singapura, Chile, New Zealand, Amerika Syarikat, Australia, Peru dan Vietnam, dan mesyuarat seterusnya akan diadakan di Australia pada bulan ini. "Jika ia bermanfaat kepada Malaysia, kabinet akan membuat keputusan muktmad mengenainya. Tetapi, ia tidak boleh memakan masa yang lama kerana beberapa peristiwa akan berlaku," katanya.


3. ADUN PR DI PERAK KELUAR PARTI


TC : Yang TC pasti, bila pengumuman ROMBAKAN KABINET dan MODEL EKONOMI BARU ini dumumkan pastinyer tidak sehangat isu yang ketiga ini. Dari sumber yang TC dengar, ADUN ni merasakan puak2 PR ini tidak menghargai beliau dan dirinya seperti sampah yang berterbangan di tempat pelupusan. Itulah ura-ura yang TC dengar yang menyebabkan beliau akan mengumumkan keluar parti pada bila2 masa sahaja. Jika ini terjadi, maka ADUN BEBAS di Perak bertambah lagi menjadikan 4 orang kesemuanya.


TC : SAMA-SAMA KITA SAKSIKAN NANTI 3 KEJUTAN KEJUTAN INI...

Ahli Parlimen PKR meninggal dunia.. AL FATIHAH..


Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia di kediamannya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang, kira-kira 9.27 malam tadi akibat barah otak, demikian menurut adiknya Md Hambali Ahmad.

Zainal Abidin, 71, meninggalkan isteri, Datin Siti Zaharah Mohd Zin, dan empat orang anak.

Beliau yang memenangi kawasan Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum Mac 2008 di atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR), pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor ketika dalam Umno.


Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, Zainal pernah menjawat jawatan Exco negeri, antaranya Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Zainal Abidin adalah seorang ahli akademik sebelum menceburi dunia politik sepenuh masa.

Dilahirkan di Cheras pada 10 Oktober 1939, beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Tinggi Kajang (1961-1968) dan kemudiannya Pengetua, Sekolah Menengah Kuala Kubu Baru dari 1972-1973, sebelum dilantik sebagai pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1974.

Zainal yang mendapat Doktor Falsafah Sains Politik dari University of California, Los Angeles, pada 1980 pernah menjadi Dekan, Fakulti Pendidikan UKM sebelum meninggalkan dunia akademik dan menyertai politik pada 1989.

Dalam Umno, Zainal Abidin pernah menjadi Pengerusi, cawangan Umno Cheras (1987) serta pernah mengetuai Umno Bahagian Hulu Langat untuk beberapa penggal.

Zainal Abidin menyertai PKR pada 2005 dan menjawat jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi parti itu bagi penggal 2007/2010.

Zainal turut aktif dalam pelbagai pertubuhan dan pernah menjawat jawatan seperti Pengerusi Persekutuan Pelajar Melayu, Pengerusi Majlis Pemuda Hulu Langat dan Naib Presiden Persatuan Olahraga Amatur Selangor.

Semasa dalam Umno, Zainal memenangi tiga penggal berturut-turut kerusi Dewan Undangan Negeri Dusun Tua atas tiket Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum 1990, 1995 dan 1999.

Pilihan raya umum ke-11 pada 2004, Zainal digugurkan daripada menjadi calon.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Zainal membuat kejutan dengan merampas kerusi selamat BN di Hulu Selangor daripada penyandang Datuk G Palanivel yang juga Timbalan Presiden MIC, dengan majoriti tipis 198 undi.

TC : Mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham semoga roh nya dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. Amin..

AL Fatihah.....

Thursday, March 25, 2010

EDISI SIASAT : TEMPAHAN BAJU SPEAKER.. GANESAN KENA TEMPAH SEBAB SIVA KARTUN SIMPAN..

TC : Sedang berjalan-jalan sambil tengok gelagat orang semalam, TC terpandang sebuah kedai tailor di Pekan Taiping. Khusyuk sungguh TC perhatikan abang ni dok belek-belek baju, seterika baju, lepas tu siap gosok-gosok lagi baju tu.. AIIKKKK, terkejut TC dibuatnyer.. Laaaaaaaaaa JUBAH SPEAKER..

JUBAH SPEAKER YANG DI TEMPAH OLEH GANESAN

Apa lagi, TC terus pi kedai tu.. Nak tanya ler sapa dok tempah baju nie.. Maka bertemu bual lah ibarat wartawan utusan malaysia (kononnya) dengan tokey kedai ni nama dia abang piah..

TC : Assalamualaikum abg

Abg piah : Yer, Walaikumsalam.. Nak tempah baju ke dik

TC : Ish tak le abg, nak tanya ni, baju ni jubah speaker Perak kan
Abg piah : A'aa, minggu lepas depa telefon suruh pi sukat baju nie

TC : Sivakumar ke abg ( mengacah abg piah, ekekeke )

Abg piah : ish, bukan ler, Ganesan la. Dia kan speaker yang sah. (tau plak abg ni, baguih2)
TC : oooo, nak guna 30 Mac ni la yer

Abg piah : A'aa, besok nak hantar dah nie. Kan jubah lama sivakumar tak pulang balik.
TC : ish ish ish, teruk betul la sivakumar ni kan.

Abg piah : Tu la pasal, hang tau baju yang sample ni (abg piah tunjuk sample yang lama) sivakumar tempah kat Ipoh kaler dia blueblack. Mana bleh, kena hitam. Tuanku reject terus. Berapa banyak rugi hang tau.

TC : Mau dekat RM1000 kot.

Abg piah : Wooiiissshhh, Jubah ni saja harga dia RM4000 lebih hang tau.

TC : Mak aihhh, mahal nyerrrr.

Abg piah : Tu la siva tu, membazir je tempah hari tu tak ikut spec. Upah sulam saja dekat RM1500 tau. Hang sulam dia kaw kaw punya kait tenun. Original tau.

TC : tak masuk kain dan upah lagi yer bang

Abg piah : haaa, tau xpe. Kain saja dekat RM1000. Upah lagi..

TC : Emm, takpe la abg. Kena balik dah ni.

Abg piah : Hang xmau try pakai jubah ni ker. Saja jer try, bukan semua bleh pakai nie.

TC : ish, takyah le bang, segan ler.. siapa le saya nie.. ekekekeke.

Abg piah : Kalau tak nak tak pe, saja ajak2 ayam punnn.

TC : Cis abg nie. (kenakan aku plak dia)

TENGOK LER KEASLIAN BENANG EMAS YANG MEMANCAR DEK KENA MATAHARI.. FUIIYOO


TC : Apa yang dikesalkan, awat si olang gila yang tempoh tu bodoh sangat. Tak reti ka jubah tu kena hitam, tak tau tanya la bongok si olang gila. Dia ingat murah kot jubah ni. Apa yang TC harapkan Sidang DUN ni berjalan lancar hendaknya... AMIN...



Wednesday, March 24, 2010

GAMBAR PANAZZ.. PEMUDA & PUTERI UMNO TAIPING BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS AN WAR

Tc terima mesej, terus ke lokasi untuk merakamkan aksi aksi di IPD Taiping...


Ekoran pendedahan Yb Zahrin di Dewan Rakyat, kali ini giliran Pemuda UMNO Bahagian Taiping pula mengambil tindakan membuat laporan Polis terhadap An War Brahim diatas penjajaan nama YDPA berikut kes 16 Sept untuk merampas kuasa memerintah Malaysia.


Delegasi diketuai oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Taiping Saudara Ahmad Zailani B Abd Aziz ini disertai lebih kurang 80 orang yang terdiri dari ahli2 Pemuda dan ahli2 Puteri UMNO Taiping.



Di mulai dengan berkumpul di hadapan Pejabat UMNO Bhg Taiping sambil melaungkan kata keramat 'DAULAT TUANKU' menaikkan semangat para hadirin yang menyertai perarakan ini.


Juga kelihatan wakil dari Pemuda MIC yang diketuai oleh Ketua Pemuda nya Saudara Veeran yang begitu bersemangat dan penuh komited dalam acara ini.


Pada mulanya hanya satu laporan sahaja dibuat iaitu dari Pemuda UMNO Taiping, atas rasa bertanggungjawab dan penuh iltizam satu lagi laporan Polis di buat atas nama Puteri UMNO Taiping yang di ketuai oleh Naib Ketua Puterinya Puan Zainiah.

Syabas TC ucapkan atas keprihatinan menjaga nama baik Yang Dipertuan Agong dan institusi Beraja Negara kita..



Berikut TC lampirkan snap photo yang sempat TC rakamkan.. Selamat Menjamu Mata....

Monday, March 22, 2010

DOKTOR BANGANG PUAK PAS SUKA SUKA JER FITNAH ORANG

TC : SEKALI LAGI SAHABAT2 KITA BELAH KEJAP TINGGAL PERAK SEMENTARA TENGOK GELAGAT PUAK PUAK PAS NEH FITNAH. INGATKAN JANTAN JE SUKA BOHOBG2 NI, POMPUAN PUN SAMA NAIK GAK. PANGKAT DOKTOR TAPI PERANGAI DIKTATOR.. ISH ISH ISH..


PERNAH DITANGKAP SATU KETIKA DULU

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) tidak menaja mana-mana individu atau penyokong parti politik bagi tujuan menunaikan haji, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim.

Beliau berkata, TH menaja Rombongan Am (RA) yang terdiri daripada ahli Lembaga Pengarah TH dan ahli jawatankuasa di bawah Lembaga Pengarah yang menggunakan kelayakan mereka menunaikan fardu haji.


"Kemudahan yang diberi kepada RA adalah penerbangan haji pergi dan balik, kemudahan pengangkutan di Tanah Suci, penginapan di Makkah dan Madinah, perkhidmatan perubatan, sajian makanan harian dan elaun penghargaan," katanya menjawab soalan Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini. Dr Lo’ Lo’ ingin tahu tentang individu atau kumpulan RA yang pergi menunaikan haji secara ditaja sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji sedangkan mereka ini adalah daripada kalangan penyokong parti politik.

Dalam soalan tambahannya, beliau mendakwa bilangan yang mengikuti RA pada tahun ini hampir 100 individu dan beliau juga ingin tahu sama ada pendeposit-pendeposit TH dimaklumkan bahawa wang mereka digunakan untuk perbelanjaan RA yang mendapat layanan VVIP.


Mashitah berkata, tahun lalu iaitu 1430 hijrah jumlah RA yang ditaja TH hanya 11 orang dan mereka dibenarkan membawa pasangan masing-masing menjadikan jumlah keseluruhan 22 orang saja.


Beliau berkata, senarai RA itu merangkumi menteri dan isteri, Pengerusi TH dan isteri, Pengarah Urusan Kumpulan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif TH serta isteri, lima ahli Lembaga Pengarah dan tiga ahli Majlis Penasihat Haji bersama pasangan masing-masing.


"Telahan Yang Berhormat bahawa TH taja 100 orang adalah fitnah, besar kemungkinan ada antara jemaah haji yang pergi dari pakej-pakej tersendiri yang dibayar dengan harga yang agak mahal tetapi ia bukan tajaan dari TH," katanya.

Beliau berkata, pendeposit tidak perlu dimaklumkan mengenai urusan ini kerana tajaan itu termasuk dalam kos operasi yang ditanggung.


"Mereka ini perlu maklum dan dapat gambaran sebenar dalam setiap isu yang berlaku di Tanah Suci, jadi kehadiran mereka untuk bertugas dan memantau apa yang berlaku di Tanah Suci," katanya. - Bernama


TC : INGATLAH MEMFITNAH ITU SEPERTI MEMBUNUH.. NAUZUBILLAH..

TIPU TIPU DAN TIPU LAGI.. an war diberi tempoh 1minggu perjelas isu 1israel 1Malaysia


TC : Kita beralih seketika dari isu-isu Perak dan tengoklah gelagat mamat nie yang tak abih abih menipu lagi....



KUALA LUMPUR, 22 Mac. – Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi masa seminggu untuk menjelaskan kenyataannya minggu lalu bahawa gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ditiru daripada slogan 1Israel.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee, memutuskan perkara itu selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Nazri Aziz, memaklumkan bahawa kerajaan memandang serius isu itu.

“Memandangkan Yang Berhormat Permatang Pauh tidak hadir, kita beri masa seminggu untuk beliau perbetulkan,” katanya.

Kiandee berkata, tindakan lanjut berhubung perkara itu, iaitu sama ada akan merujuk Anwar kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atau tidak, akan dibuat selepas Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu memberikan penjelasannya.

Katanya, usul berhubung perkara itu juga akan dibuat kerajaan.

Isu itu yang menghangatkan suasana Dewan Rakyat dengan perang mulut antara penyokong kerajaan dan pembangkang selama sejam 10 minit, dibangkitkan Datuk Abd Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebaik sesi soal-jawab selesai pada 11.30 pagi.

Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata, terdapat percanggahan dalam kenyataan Anwar berhubung perkara itu pada 17 Mac lepas semasa membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abd Rahman berkata, berdasarkan muka surat 76 hansard Parlimen bertarikh 17 Mac, Anwar telah menyatakan bahawa pada 2009, syarikat perunding Apco Worldwide telah memberikan nasihat berhubung konsep 1Malaysia kepada Najib.

Anwar berkata, syarikat sama juga telah memberikan nasihat berhubung slogan 1Israel pada 1999 kepada Ehud Barak yang menjadi Perdana Menteri Israel ketika itu.

Abd Rahman berkata, kenyataan Anwar bercanggah apabila syarikat perunding berkenaan tampil membuat penafian sehari selepas itu.

“Saya berpendapat bahawa Anwar ternyata mengeluarkan kenyataan sebagai seorang manusia yang tidak sabar menjadi Perdana Menteri hingga sanggup mencemar nama baik Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia,” katanya.

Tindakan Kiandee yang membenarkan Abd Rahman berhujah mengenai perkara itu melalui Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat 37(1) yang dibaca bersama 36(12), turut mengundang rasa tidak puas hati pembangkang terutama Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang).

Beliau mendesak Timbalan Speaker itu membenarkannya berhujah mengguna pakai aturan yang sama berhubung kenyataan yang dikeluarkan Mohamed Nazri pada sidang lalu yang didakwa mengelirukan Dewan Rakyat.

Selepas permohonannya dibenarkan, Saifuddin mendakwa Mohamed Nazri telah mengelirukan Dewan Rakyat dengan memetik undang-undang yang telah dimansuhkan ketika menggulung perbahasan dalam isu royalti minyak kepada Negeri Kelantan.

Mohamed Nazri yang diminta menjelaskan perkara itu berkata, beliau sedia disiasat berdasarkan hansard Parlimen.

Saya anak jantan (binatang apa la jenis dia neh), tidak ada masalah (senyum)… saya rela disiasat. Apa yang saya jawab tidak berhasrat untuk mengelirukan Dewan…saya anak jantan, anak betina di sana tak taulah,” katanya.

Ungkapan “anak betina” yang digunakan beliau terus menghangatkan lagi suasana Dewan Rakyat apabila beberapa Ahli Parlimen wanita bangun membantah dan mendesak Mohamed Nazri menarik balik perkataan itu.

Kiandee kemudiannya menenangkan suasana dengan menyatakan bahawa anggota Parlimen Padang Rengas itu tidak berniat jahat dan ungkapan “betina” yang diguna beliau membawa maksud “tak berani”.

“Saya buat keputusan tidak ada niat jahat. Masalahnya, perkataan itu sekarang ini disalah guna, diolah begitu rupa oleh Yang Berhormat Ampang, jadi ahli-ahli Yang Berhormat, jangan salah erti lagi…,” katanya. – MediaUMNO/ Bernama


TC : Apalah mangkuk sekor nie cuba nak melingkup negara jer kerja dia.....

Sunday, March 21, 2010

SIVAH SI OLANG GILA AKTOR ANIMASI KARTUN DI PERAK.. kih kih kih


KUALA LUMPUR 20 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menempelak Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, V. Sivakumar kerana berkelakuan seperti watak dalam cerita kartun apabila masih menganggap dirinya sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, wakil rakyat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu umpama hidup dalam dunianya sendiri yang tidak berpijak di bumi nyata.

"Rakyat faham dan tahu keputusan mahkamah telah mengesahkan kepimpinan kerajaan negeri di bawah Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dari Barisan Nasional (BN), kedudukan Speaker (baru) juga sudah disahkan.

"Jadi nak kata apa lagi (pada Sivakumar) pun tidak tahulah, tidak berpijak di bumi nyata, berlakon atau jadi macam kartun, biarlah budak-budak tengok televisyen cerita kartun Sivakumar ini bagus juga," katanya selepas merasmikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas tindakan Sivakumar baru-baru ini yang menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua DUN Perak bagi menghantar notis Sidang DUN pada 30 Mac ini.

Mengulas lanjut Muhyiddin meminta Sivakumar menerima kenyataan dan bukannya membuang masa dengan terus berpolitik sehingga menjejaskan kerja-kerja pembangunan negeri.

"Dia seorang wakil rakyat, buatlah kerja, nanti kalau menang balik nak jadi Speaker atau Menteri Besar itu lain cerita," tegasnya.. Utusan Online...


TC : Olang gila ni, nak kata bodoh memang dah bodoh.. Nak kata pandai memang bodoh.. Nak kata cerdik, terencat plak otak dia nie..

Saturday, March 20, 2010

MELAYU MESTI PERTAHANKAN PERKARA 153.. JANGAN DAYUS..





Perkara 153 menjelaskan hak hak keistimewaan Orang Melayu


PERLUKAH sembah derhaka semata-mata kerana hasrat peribadi tercabar?

Perlukah Melayu mempertikaikan dasar yang bertujuan menjaga dan memelihara kedudukan ekonomi Bumiputera di buminya sendiri?


sanggup menyembah dehaka, ntah ler apa nak jadi depa ni.


Perlukah pihak lain mempertikaikan institusi beraja, kedaulatan undang-undang dan kontrak sosial yang dipersetujui menjelang 1957?

Hari ini, selepas 53 tahun merdeka, apakah Melayu boleh berbangga dengan pencapaian ekonomi mereka? Tidakkah mereka gusar menatap statistik pemilikan ekuiti mengikut kaum ketika ini, Melayu adalah paling rendah. Mereka juga kecundang di Pulau Pinang walaupun kerajaan bertukar tangan dan jawatan Ketua Menteri silih berganti yang membabitkan pimpinan kaum lain. Melayu terus terpinggir di Pulau Mutiara.

Pembinaan bangunan komersial mahupun kediaman, bukan jangkauan Melayu memilikinya. Harganya terlalu tinggi, dan dasar kerajaan negeri sejak 1957 sentiasa tidak memihak kepada Melayu. Akhirnya mereka terpinggir atau tercampak ke Tanah Besar. Kawasan pembangunan pesat di Pulau Mutiara bukan milik mereka lagi.

Perkembangan terkini mendorong beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Melayu mengadakan pertemuan baru-baru ini semata-mata membincangkan nasib bangsa. Mereka bersuara dan mendebatkan beberapa isu kerana merasakan Umno dan Pas masih terlalu ideal untuk berpolitik, bukannya mempertahankan hak sepatutnya. Terlalu banyak lompang yang perlu diperjuangkan untuk kepentingan bangsa.

Keadaan ini juga mendorong berlangsungnya majlis Wacana 153 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 15 Mac lalu anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Gabungan Penulis Nasional (Gapena). Mereka bersuara mengenai wujudnya golongan Melayu yang sanggup menentang undang-undang termasuk Perkara 153 iaitu hak dan keistimewaan Melayu dan Bumiputera di negara ini.


Hari ini ledakan teknologi maklumat sudah menjadi tradisi baru yang amat menggerunkan. Pelbagai isu dipaparkan menerusi pelbagai medium dalam internet. Pelbagai berita, pendedahan, maklumat dan sebaran am terdedah hanya melalui paparan skrin komputer riba. Bagi mereka yang mahu merayakan kebebasan media kerana kononnya akhbar dan majalah tempatan terkongkong, inilah masanya untuk berpesta untuk kebebasan maklumat. Keadaan ini mendorong penyebaran dakyah yang mempertikaikan institusi beraja, merendahkan martabat mufti dan menafikan hak Melayu di tanahnya sendiri.

Sepatutnya ruang media ini dimanfaatkan untuk menyampaikan maklumat yang tepat dalam mendidik generasi muda berfikir secara matang dan rasional. Semua pihak terbabit perlu bertanggungjawab dalam mengawal diri sendiri dan melengkapkan akal dengan ilmu dan fakta secukupnya sebelum melontar atau menulis pendapat di ruang siber..

Mufti Perak pun tidak terlepas dari puak Pakatan Ronggeng neh..

TC : Perlembagaan berada pada kedudukan tertinggi negara ini dan tindakan mempersoalkan apa yang termaktub tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang warga negara.

TC juga menyeru generasi muda membuang perasaan malu untuk mengakui serta mempertahankan hak yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia diwujudkan berasaskan fakta serta sejarah penubuhan negara sejak zaman kesultanan Melayu sehingga pembentukan Malaysia yang mengiktiraf Melayu sebagai penduduk asal di negara ini selain mewujudkan keharmonian kaum lain.

HIDUP 153 PERLEMBAGAAN.. HIDUP MELAYU.. HIDUP ISLAM..

Apa kena mengena Al Gore dengan One War ni.. Sumber kot...

ini olang melayu kasi hancur, warghhhh


KUALA LUMPUR 19 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja seorang pembohong malah penakut ekoran tindakannya ke London untuk bertemu rakan baiknya di sana iaitu bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, Anwar takut untuk berdepan dengan bekas-bekas wakil rakyat PKR di Dewan Rakyat yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

Menurutnya, ia ekoran tindakan bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan tembelang Ketua Pembangkang itu berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat 16 September pada sidang Dewan Rakyat semalam.

"Anwar juga takut untuk berdepan dengan wartawan yang pastinya mahu kepastian bagaimana beliau tergamak berbohong menjual nama-nama penting seperti Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

"Anwar boleh memberi alasan bahawa beliau terpaksa ke luar negara kerana ada program dengan Al Gore. Tetapi bukankah sebagai wakil rakyat, sidang Dewan Rakyat merupakan tanggungjawab asas beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan Ketua Pembangkang itu mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Mengulas lanjut, Nazmi berkata, tindakan Zahrain semalam jelas membuktikan Anwar merupakan seorang pembohong.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada Zahrain kerana meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan peribadi dengan membongkar cerita sebenar penipuan Anwar.

"Terbukti Anwar takut dan tidak berani mendepani ucapan Zahrain di mana beliau bergegas keluar tinggalkan Parlimen.

"Beliau dan wakil rakyat PKR tidak menafikan pendedahan itu sebaliknya memutarbelit isu dengan mengatakan Zahrain berkata begitu disebabkan beliau kecewa kerana gagal mendapat projek," katanya.. Utusan Online...


TC : pelik pelik.. Kelam kabut pi jumpa omputih ni buat apa.. Ada agenda di sebaliknya nie...

Satu Pembohongan Besaq Oleh Al Juburi... Bung Mokhtar

woit juburi.. suka suka hati lu kait nama aku.. cilako cilako

KOTA KINABALU 19 Mac - Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Bebas dari Sabah hari ini membidas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menggunakan nama mereka dalam meraih sokongan bagi menubuhkan kerajaan pintu belakang pada 16 September 2008.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin menyifatkan dakwaan Ketua Pembangkang itu sebagai satu pembohongan besar dan idea murahan daripada mereka yang terdesak.

''Saya tidak pernah berjumpa dengan dia (Anwar Ibrahim). Bagaimana saya boleh berbincang. Ini semua bohong," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.

Beliau mengulas pendedahan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim yang menyenaraikan beberapa nama ahli Parlimen BN yang didakwa Anwar sudah bersedia melompat menyertai pakatan pembangkang pada 16 September 2008.

Selain Bung Moktar, turut disebut sudah bersedia untuk melompat parti ialah Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh (BNKalabakan), Datuk Seri Anifah Aman (BN-Kimanis), Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan), Datuk Chua Soon Bui (Bebas-Tawau), Datuk Enchin Majimbun (Bebas-Sepanggar).

Ahli Parlimen lain ialah Dr. Mohd. Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat), Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar (BN-Jerantut) dan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang).

Bung Moktar menambah, sebagai ahli Parlimen yang dipilih rakyat, beliau mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan amanah rakyat dan bukannya menyempurnakan impian peribadi Ketua Pembangkang itu.

''Jangan senang-senang hendak mendakwa kita akan mudah untuk melompat parti," katanya.

Sementara itu, Majimbun berkata, meskipun pernah berjumpa Anwar, beliau tidak pernah berbincang mengenai usaha melompat parti menyertai pakatan pembangkang.

Katanya, dakwaan yang menyatakan ada perbincangan antara Parti Maju Sabah (SAPP) dan Anwar mengenai perkara itu hanyalah persepsi disebabkan parti itu mahu membawa usul tidak percaya terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Kita tidak ada membuat perbincangan dengan Anwar, ini jelas apabila kita keluar daripada BN dan terus menjadi parti yang bebas untuk terus menuntut hak Sabah," katanya.

Soon Bui pula berkata, beliau dan Majimbun tidak pernah bermimpi atau berbincang untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Apa yang akan kami (ahli Parlimen SAPP) dapat, lebih-lebih lagi setelah kami mengorbankan segala keistimewaan kami keluar parti kerajaan dan melompat masuk parti kerajaan baru.

''Pendirian kami tetap utuh untuk menjadi sebuah parti bebas yang dapat memperjuangkan hak rakyat Sabah," katanya.


TC : Tu dia Al Juburi, ingat senang senang ke orang nak loncat parti.. Agak2 le beb..

TAK TAHAN DENGAN ORANG GILA... GANESAN BUAT LAPORAN POLIS


IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R Ganesan semalam membuat laporan polis meminta siasatan dijalankan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, V Sivakumar kerana menyamar sebagai Speaker.

Ganesan berkata, tindakan Sivakumar menggunakan kepala surat rasmi Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bagi menghantar notis persidangan DUN pada 30 Mac ini satu bentuk jenayah penyamaran.

tangkap ini olang gila, kacau saja...

Beliau berkata, Sivakumar sudah dilucutkan jawatan sebagai Speaker pada 7 Mei 2009 melalui ketetapan DUN dan keputusan itu juga disahkan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh sebagai satu prosiding Dewan. “Mahkamah Tinggi Ipoh pada 8 September 2009 memutuskan pelucutan jawatan Sivakumar sebagai Yang Dipertua Dewan Negeri adalah sah dan mengesahkan pelantikan saya sebagai Tuan Yang Dipertua Dewan Negeri Perak baru,” katanya selepas membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh tengah hari semalam.

Surat dua muka surat bertarikh 8 Mac yang ditandatangani Sivakumar sebagai Speaker menyebut semua Adun diminta hadir ke Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Dewan Negeri Ke-12, bermula 30 Mac ini di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Surat itu turut meminta semua Adun mengemukakan soalan lisan dan bertulis, usul serta ucapan penangguhan (jika ada) kepada pejabat Sivakumar selewat-lewatnya pada 15 Mac lalu melalui surat, faks atau e-mel kepada duntronoh@gmail.com.

Ganesan berkata, tindakan Sivakumar menyamar sebagai Speakar itu juga satu tindakan menghina mahkamah.

“Saya membuat laporan ini demi menjaga integriti Dewan Undangan Negeri yang mulia di mana satu tindakan perlu diambil terhadap Ahli Yang Berhormat yang bertindak di luar batasan undang-undang negara dengan bertindak sesuka hati menyamar sebagai Tuan Yang Dipertua dan menghina keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh.

“Ini kesalahan besar menggunakan kepala surat tanpa kebenaran dan paling penting surat dihantar tidak mendapat perkenan daripada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, sedangkan surat yang dibuat oleh saya merangkumi itu semua,” katanya.
TC : Mahkamah dah tentukan sapa speaker yg sah, apa lagi mau bahalol..

Wednesday, March 17, 2010

LAGI GERAI DIROBOH OLEH DIKTATOR PENANG



GEORGE TOWN - Selepas dikejutkan dengan tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meroboh gerai Do Re Mi dan Three N Ikan Bakar pada Januari lalu, semalam tiga lagi premis perniagaan menjadi mangsa.

Premis yang dibina di kawasan seluas 28,000 kaki persegi yang terletak di Kampung Sungai Gelugor itu menempatkan sebuah gelanggang futsal, perniagaan kereta terpakai dan medan selera G-Station.


TC : Depa ni tak abis abis membangsatkan Melayu.. kuang ajaq..

Monday, March 15, 2010

50 AHLI PKR KELUAR MESYUARAT.. Khalid terkedu angkara Azmin.. ish ish, betulker tu...

awat nya depa ni keluaq dewan plak.. aduih malunye i ni..


Kira-kira 50 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan bahagian itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh, Jeram di sini petang ini.

Mereka keluar beramai-ramai ketika sesi soal jawab dengan ahli jawatan kuasa (AJK) yang diketuai Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang berjalan.

Antara perkara yang tidak memuaskan hati mereka ialah cara ahli-ahli dipanggil datang ke mesyuarat agung dan isi kandungan minit mesyuarat yang diedarkan kepada semua yang hadir kerana didakwa tidak mengikut tertib dan melanggar perlembagaan parti.

Salah seorang ahli PKR yang keluar mesyuarat, Mazli Saring, 42, ketika ditemui berkata, ahli-ahli tidak diberitahu mengenai mesyuarat seperti yang sepatutnya iaitu dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Kata beliau, cara pemberitahuan juga tidak melalui surat tetapi hanya iklan kecil di akhbar kira-kira lima hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Ujarnya, minit mesyuarat juga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tiada notis pemberitahuan mesyuarat dan penyata tahunan yang dibentang juga tidak mengikut peraturan.

"Bila saya bangun mengutarakan masalah ini, mereka mencelah seolah-olah tidak mahu saya terus bercakap dan kemudian memberikan jawapan yang memang tidak selari dengan soalan saya.

"Mikrofon untuk ahli bercakap juga dipegang oleh 'orang' AJK dan bila mahu bercakap kena minta daripada mereka dan bila mereka nak suruh saya berhenti mereka terus ambil walaupun saya belum habis bercakap.

"Oleh itu saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk keluar kerana perbuatan itu seolah-olah mahu menyekat ahli-ahli daripada terus bersuara," katanya.

Seorang lagi ahli, Khalid Wahab, 40, berkata, beliau tidak berpuas hati kerana sebelum mesyuarat diadakan, terdapat cubaan mengehadkan kehadiran ahli-ahli ke mesyuarat agung kerana mewajibkan cawangan menghantar 10 orang sahaja menghadiri mesyuarat.

"Saya ada bukti kerana di cawangan Puncak Alam kami mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyuruh menghantar 10 orang sahaja. SMS itu dihantar kepada mereka yang menyokong AJK," katanya sambil menunjukkan SMS tersebut kepada wartawan.

Sementara seorang lagi ahli, Ibrahim Mahidin yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Kuala Selangor pula berkata, sikap Abdul Khalid yang tidak mengambil tindakan terhadap 'orang kanannya' dalam AJK walaupun individu itu didapati muflis juga amat mengecewakan.

Jelasnya, Abdul Khalid menunjukkan ketegasan sebelum ini apabila memecat seorang AJK iaitu Azmi Mohamad kerana muflis.

''Tetapi bila orang yang rapat dengannya menghadapi masalah, beliau boleh tutup mata dan benarkan orang itu memegang jawatan walaupun tahu ia menyalahi perlembagaan parti.

''Inilah sikap pemimpin nombor satu Selangor," kata beliau.

Mesyuarat agung kali ini yang berjalan selama dua jam bermula pukul 2.30 petang juga menyaksikan tiada sesi pemilihan AJK baru bahagian dibuat kerana memberikan ruang kepada proses perlembagaan baru PKR dan pemilihan hanya akan dilakukan penghujung tahun ini... Utusan Online

TC : (kalau hangpa nak tahu kekecohan yang berlaku ni bukan di sebabkan UMNO tetapi inilah Game Azmin Ali dalam melenyapkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor. Azmin nak rampas kerusi MB Selangor dalam tahun ni. sama sama kita tunggu dan lihat. ni lah puak PKR... yang Cantas Mencantas bagi Kerakusan Kuasa Tamak Haloba mereka.) ....

mai mai sapa nak beli air cap BN ni.. lepas ni aku MB tak jual dah..


ITULAH TC DENGAR DARIPADA GENG2 YANG MENDAPAT MAKLUMAT DARI DALAMAN TERDEKAT YANG MUNKIN JUGA BOLEH DIPERCAYAI.. SAMADA BETUL ATAU TIDAK SAMA2 KITA SAKSIKAN NANTI..


SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC