Sunday, November 13, 2011

LARI TOPIK BLOG AKU.. Keputusan AIM 18 (Anugerah Industri Muzik 2011) Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 2011..



Anugerah Industri Muzik AIM 2011 telah pun melabuhkan tirainya malam ini. Ternyata malam ini ada juga beberapa kejutan di AIM. Apapun AIM tahun ini adalah yang terbaik yang kiteorang  pernah saksikan.Ac Mizal dan Zizan juga memang mengacarakan majlis AIM dengan baik dan kelakar..hehe..Persembahan pun semua best2…


Tahniah buat semua pemenang  AIM 18 (Anugerah Industri Muzik 2011)


ARTIS BARU TERBAIK AIM 18

-Najwa


LAGU POP TERBAIK AIM 18

-Sedetik Lebih – Anuar Zain


LAGU NASYID TERBAIK AIM 18

-Nora feat VOU – Pedoman


LAGU POP ETNIK TERBAIK  AIM 18

-Adibah Nor (Joget tak Senang Hati)


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) AIM 18

-Anuar Zain (Sedetik Lebih)


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) AIM 18

-Yuna (Penakut)


PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU AIM 18

-Tiga Suara (beribu sesalan)


KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka AIM 18

-Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)


RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam AIM 18

-

VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah AIM 18

-Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)


LAGU ROCK TERBAIK AIM 18

-API  (Pelita)


LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK AIM 18

-Najwa (Got To GO)


LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA AIM 18

- Ku Menunggu (Rossa)


SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah AIM 18

-Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)


LAGU  TERBAIK AIM 18

-Yuna (Penakut)


ALBUM TERBAIK AIM 18

-The Malaysian Philharmonic Orchestra (Sheila Majid)


Artis Kembara AIM 18

Yuna


Artis Mobile Celcom Terbaik AIM 18

6ixth Sense


Anugerah Sri Wirama AIM 18

Puan Beh Suat Peng


Info AIM 2011

Isu boikot dan beberapa isu lain menjadi isu pertama kepada seluruh karyawan seni sejak pengumuman penganjurannya AIM 2011 baru-baru ini. Rasa tidak puas hati dan rasa tersisih diterjemahkan secara terus kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menjadi tulang belakang.


Paling terkesan apabila jumlah kategori  Anugerah AIM 2011 yang dipertandingkan sudah semakin mengecil jika mahu dibandingkan dengan tahun lalu. Kali ini, hanya 18 kategori berbanding 28 kategori pada tahun sebelumnya dan ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada seluruh karyawan muzik.


Isu artis tempatan sendiri tidak layak dan isu artis luar tercalon tidak mencacatkan majlis yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini. Sebabnya fokus yang lebih besar  AIM 18adalah mencari mereka yang benar-benar terbaik yang mampu memacu industri muzik ke pasaran yang lebih luas.


Di tambah dengan keupayaan anugerah AIM 2011  itu sendiri yang diadili oleh barisan juri-juri yang cukup arif dan bijaksana sudah pasti keputusan untuk setiap kategori itu nanti bakal menjawab siapakah yang benar-benar terbaik di antara yang terbaik.


Penguasaan beberapa penyanyi tempatan dalam beberapa kategori  AIM 2011 sedikit sebanyak mencerminkan yang industri muzik tempatan masih belum ketandusan bakat-bakat baru. Aizat dan Yuna misalnya dilihat mampu memberikan cabaran kepada karyawan yang lain dengan hasil kerja mereka.


Bagi Rosmin Hashim yang bertindak sebagai Pengerusi Penganjur bersama AIM18, isu boikot dan beberapa isu panas yang lain bukan satu perkara yang besar memandangkan masih banyak agenda yang perlu dicapai dalam penganjuran kali.“Ramai yang masih tidak faham dengan kriteria yang ditetapkan pihak kami berkenaan dengan pencalonan.


Anugerah ini adalah anugerah untuk karyawan tempatan dan tidak ada siapa yang dapat mempertikaikannya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 11, 2011

Jamil Khir Perjelas Salah Faham Mengenai Twitter Najib “Selesai Haji”.. Sial Blogger PR Putar Belit..

SEPANG, 10 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.


Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.


Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.


“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.


“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.


“Jadi pada petang itu mungkin…barangkali soalan itu ditanya petang itu…selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.


“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau.


sumber : http://umno-online.com/ 


Panglima dapat lihat bagaimana terdesaknya Pakatan Haram apabila ibadat haji yang merupakan rukun kelima Islam telah dipolitikkan pembangkang.


Bermula isu pengawal PM sehingga isu tweet beliau ‘selesai tunai haji’, semua dijadikan modal oleh mereka.


Sebagai seorang rakyat biasa dan juga blogger, Panglima melihat politik yang diamalkan Pakatan Haram sudah tidak sihat dan tidak diterima oleh mana mana rakyat yang sihat akal fikirannya.


Jika mahu menyerang Perdana Menteri sekalipun janganlah sehingga ibadat haji juga dipolitikkan dan anak isteri juga diserang. Ia dikira sudah melampaui batasan berpolitik.

Bukankah dalam peperangan kanak-kanak dan perempuan selain orang tua perlu dielak dari menjadi mangsa peperangan mengikut ajaran Islam ?


Jika mereka ahli politik, seranglah semahu-mahunya tetapi jika serangan anda kosong dari fakta, tentu serangan akan berbalik kepada penyerangnya samada dalam bentuk penolakan rakyat dalam PRU akan datang atau dihujani surat saman jutaan ringgit atas serangan jahat yang terancang dan  penuh unsur fitnah.


Mari kita berpolitik dan berblog dengan cara sihat jauh dari sebarang  fitnah atau fakta palsu tanpa meninggalkan adab sopan sebagai Melayu beragama Islam yang menjadi pakaian kita sejak dulu, kini dan selamanya.

Sekian, mohon disebarkan.


Sumber artikel dari :


Panglima Perang Siber


Published with Blogger-droid v2.0