Wednesday, October 31, 2012
PANAZ BERGAMBAR - ANWAR MENGAKU GAY DALAM TWITTER?
Terkejut TC melihat screen capture yg di dedahkan oleh bloggers sorang ni.. Fuhhh, biaq betul anuwar ni..
Klik sini..
http://networkedblogs.com/E7ETS
Dan sini..
http://harapan-esok.blogspot.com/?m=1
TC: apapun tuan punya badan je yang tahu, TC xnak kata apa2..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Tuesday, October 30, 2012
Hebat Giler – Debat Ustaz VS Gadis Seksi Cukur Kening.. MESTI BACA
"Salam ustaz. sorry for disturbing you.I just want to ask something from you..!!"
Ustaz :
"Ok silakan. what you want to know…"
Gadis Liberal :
"Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?
Ustaz :
"Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!
Gadis Liberal :
"No no no ustaz you 're really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz….."
Ustaz :
"Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina"
Gadis Liberal :
"Ha ha ha ha ……I don't think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!!"
"Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…"
Ustaz :
"Hai….macam perli saya aje ni….?"
Gadis Liberal :
"Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!"
Ustaz :
"Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka"
Gadis Liberal :
"Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?"
Ustaz :
"Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakana ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual."….
"Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan?" Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!"
Gadis Liberal :
"Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki"
Ustaz :
"Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah"
"Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah."
Gadis Liberal :
"Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?"
Ustaz :
"Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!!"
"Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!"
Gadis Liberal :
"Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?"
Ustaz :
"Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka."
"Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat."
Gadis Liberal :
"Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka " the liberal gurlz"……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat….."
Ustaz :
"Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….?"
"Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……"please don't make your life as a gambling game"jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti….." Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana?"
"Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya"
Gadis Liberal :
"Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakn oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya "The liberal gurlz" pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti….."
Ustaz :
"Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah"
Gadis Liberal :
"Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat.terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya….."
Ustaz :
"Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!"
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
HANGAT BERAPI KAW - SEAT MB KELANTAN MULA DI REBUT..
KOTA BHARU 29 Okt. - Tidak ada individu lain layak menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai pemimpin tertinggi Pas kerana Mursyidul Am Pas itu mempunyai pengalaman dan ketokohan memimpin parti tersebut menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya 3 Pas negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah memberi bayangan, kepimpinan Nik Abdul Aziz mungkin hanya diperlukan khusus untuk pilihan raya sahaja dan soal lain selepas itu seperti siapa akan menjadi Menteri Besar akan diuruskan kemudian.
"Soal sekarang ini ialah orang yang akan memimpin Pas dalam pilihan raya di Kelantan, kita bukan bercakap soal Menteri Besar, jadi setakat ini orang yang paling layak memimpin Pas dalam pilihan raya adalah Tok Guru (Nik Abdul Aziz) disebabkan pengalaman, ketokohan, kepimpinan dan penghormatan masyarakat kepada beliau.
Utusan Malaysia, 30 Oktober, 2012
p/s: Sememangnya aku bersetuju dengan artikel di atas. Nampaknya Nik Aziz sudah mula diberikan tugas2 khas khususnya untuk menghadapi PRU13 dan selepas ini kerusi MB Kelantan akan mula menjadi kerusi panas..Sudah pasti ada yang sudah mula melobi untuk jawatan itu..Biarlah Kelantan diterajui oleh seorang pemimpin yang benar2 memainkan peranannya sebagai seorang Menteri Besar dan bukannya menyerahkan tugas memerintah negeri kepada pihak lain..Eloklah TG Nik Aziz menunmpukan kepada kesihatan dan kuliah agama sahaja
Kredit to - Bung Mukther FB
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
SEMARAKKAN ILMU - Tasbih Khas Buat Melayu UMNO dan PAS..
ALHAMDULILLAH.. masih mampu kita menjalankan tanggungjawab dan kewajipan Lillahi Taala
ALLAH'HUAKBAR.. semoga tercatat amalan yang baik sahaja pada hari ini.. dan hari2 yang mendatang :)
INSYAALLAH.. Amin
TC: Sayangi Rakyat, Yakini UMNO, BN Pilihan Hebat.. Hehehe
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 29, 2012
Kelebihan Janggut Pada Lelaki, Bukan Hanya Sekadar Ikutan Pas..
Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih 'macho'
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu
Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.
Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
"Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu." (Hadith Riwayat Bukhari)
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu." (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
"Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka." (Hadith Riwayat Muslim)
Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Thursday, October 25, 2012
Setazah Abby Si Cabut Bulu Kening Samakan Raya Korban Seperti Raya Bunuh Binatang?
Kita harap abby akan ambil iktibar dan berhenti mengeluarkan kenyataan yang memalukan orang Islam macam ini.
TC: harap abby belajar mendalami Islam sebenar..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Wednesday, October 24, 2012
ISU CSL - ULAMAK 'UMNO' BUKAN BACOL MACAM ULARMAK PAS..
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek tidak berhak untuk bercakap soal hudud kerana tiada kepakaran dalam perundangan Islam. Perkara berkaitan agama ini sudah tetap, jadi jangan caci atau hina hal yang berkaitan akidah, ia hanya menunjukkan kebiadaban kita sahaja, katanya seperti dipetik akhbar Sinar Harian hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Chua pada minggu lalu yang menjangkakan bahawa pelaksanaan hudud akan menjejaskan pekerjaan 1.2 juta rakyat negara ini – termasuk di pusat judi dan rumah urut.
Isu pelaksanaan hudud juga dibangkitkan dalam perhimpunan agung MCA pada hujung minggu lalu.
Harussani berkata, kelemahan penguatkuasaan undang-undang membuatkan pemimpin politik lantang membuat kenyataan mengenai hudud. Inilah kelemahan kita, undang-undang sudah ada tetapi tidak dijalankan dengan baik. Sebagai rakyat yang tinggal di negara ini, kita perlu hormati perlembagaan termasuk Islam sebagai agama rasmi, katanya lagi seperti dipetik akhbar itu.
TC: Amacam Juak Pembangkang.. Selama ni hangpa cabar kan...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
JOM MENGAJI SEMARAKKAN ILMU - KEISTIMEWAAN HARI ARAFAH..
Di antara keutamaan hari Arafah disebutkan oleh Ibnu Rajab Al Hambali rahimahullahyang kami sarikan berikut ini:
Pertama: Hari Arafah adalah hari disempurnakannya agama dan nikmat. Dalamshahihain (Bukhari-Muslim), 'Umar bin Al Khottob radhiyallahu 'anhu berkata bahwa ada seorang Yahudi berkata kepada 'Umar,
"Ada ayat dalam kitab kalian yang kalian membacanya dan seandainya ayat tersebut turun di tengah-tengah orang Yahudi, tentu kami akan menjadikannya sebagai hari perayaan (hari 'ied)." "Ayat apakah itu?" tanya 'Umar. Ia berkata, "(Ayat yang artinya): Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu." 'Umar berkata, "Kami telah mengetahui hal itu yaitu hari dan tempat di mana ayat tersebut diturunkan pada Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Beliau berdiri di 'Arofah pada hari Jum'at." (HR. Bukhari no. 45 dan Muslim no. 3017). At Tirmidzi mengeluarkan dari Ibnu 'Abbas semisal itu. Di dalamnya disebutkan bahwa ayat tersebut turun pada hari 'Ied yaitu hari Jum'at dan hari 'Arofah.
Kedua: Hari Arafah adalah hari 'ied (perayaan) kaum muslimin. Sebagaimana kata 'Umar bin Al Khottob dan Ibnu 'Abbas. Karena Ibnu 'Abbas berkata, "Surat Al Maidah ayat 3 tadi turun pada dua hari 'ied: hari Jum'at dan hari Arafah." 'Umar juga berkata, "Keduanya (hari Jum'at dan hari Arafah) -alhamdulillah- hari raya bagi kami." Akan tetapi hari Arafah adalah hari 'ied bagi orang yang sedang wukuf di Arafah saja. Sedangkan bagi yang tidak wukuf dianjurkan untuk berpuasa menurut jumhur (mayoritas) ulama.
Ketiga: Hari Arafah adalah asy syaf'u (penggenap) yang Allah bersumpah dengannya sedangkan hari Idul Adha (hari Nahr) disebut al watr (ganjil). Inilah yang disebutkan dalam ayat,
"dan (demi) yang genap dan yang ganjil" (QS. Al Fajr: 3). Demikian kata Ibnu Rajab Al Hambali. Namun Ibnul Jauzi dalamZaadul Masiir menukil pendapat sebaliknya. Yang dimaksud al watr adalah hari Arafah, sedangkan asy syaf'u adalah hari Nahr (Idul Adha). Demikian pendapat Ibnu 'Abbas, 'Ikrimah dan Adh Dhohak.
Keempat: Hari Arafah adalah hari yang paling utama. Demikian pendapat sebagian ulama. Ada pula yang berpendapat bahwa hari yang paling utama adalah hari Nahr (Idul Adha).
Kelima: Diriwayatkan dari Anas bin Malik, ia berkata, "Hari 'Arafah lebih utama dari 10.000 hari."'Atho' berkata, "Barangsiapa berpuasa pada hari 'Arofah, maka ia mendapatkan pahala seperti berpuasa 2000 hari."
Keenam: Hari Arafah menurut sekelompok ulama salaf disebut hari haji akbar. Yang berpendapat seperti ini adalah 'Umar dan ulama lainnya. Sedangkan ulama lain menyelisihi hal itu, mereka mengatakan bahwa hari haji akbar adalah hari Nahr (Idul Adha).
Ketujuh: Puasa pada hari Arafah akan mengampuni dosa dua tahun. Dari Abu Qotadah, Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Puasa Arafah (9 Dzulhijjah) dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyuro (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu" (HR. Muslim no. 1162).
Kelapan: Hari Arafah adalah hari pengampunan dosa dan pembebasan dari siksa neraka. Dari 'Aisyah, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?"(HR. Muslim no. 1348).
Allah pun begitu bangga dengan orang yang wukuf di Arafah. Dari 'Abdullah bin 'Amr bin Al 'Ash, ia berkata bahwa Nabishallallahu 'alaihi wa sallam bersabda,
"Sesungguhnya Allah berbangga kepada para malaikat-Nya pada sore Arafah dengan orang-orang di Arafah, dan berkata: "Lihatlah keadaan hambaku, mereka mendatangiku dalam keadaan kusut dan berdebu" (HR. Ahmad 2: 224. Syaikh Syu'aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya tidaklah mengapa).
Wallahu waliyyut taufiq.
Referen:
Lathoif Al Ma'arif, Ibnu Rajab Al Hambali, terbitan Dar Ibnu Katsir, cetakan kelima, 1420 H, hal. 487-489.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Monday, October 22, 2012
EDISI GEGAR - Jawapan kepada Soalan Bangang Dari Juak Pakatan..
Tokeh2 lori yg hampir kesemuanya adalah org cina. Mereka ada 10 lori yg ada 12 tayar gunakan 'Hi Way' setiap hari. Kita cuma ada sebuah kereta yg kekadang lalu 'Hi Way'... Sapa yg untung bila takde tol? Tak perlu lupus tol, cukup sekadar kawal harganya. fikir2kan.
Jika kerajaan menurunkan harga Minyak kepada RM1.50 seliter, maka ramai ler yg membazirkan nikmat Allah ni tanpa perancangan perjalanan yg berjimat cermat. Tak perlu turun, cukup sekadar kawal harganya agar tidak membebankan. fikir2kan.
Jika harga Ikan Kembong dapat diturunkan kepada RM4,00 sekilo, maka nelayan tak mau turun ke laut. Penat lelah nelayan menyabung nyawa dilaut juga perlu diambil kira. Kalau nak Ikan murah, pergi tangkap sendiri. Baru tahu situasi sebenar, jgn minta yg bukan2... Jadi, tak perlu turun harga, cukup sekadar kawal harganya. fikir2kan...
Jika harga Kereta diturunkan, pinjaman untuk 100k dikurangkan kepada 60k, maka bertambah sesak le jalan raya. hehehe.. cinta dunia byk sgt... ada ke minta harga kereta turun.. kalau turun pun, kena buat loan yg berunsurkan riba juga... Allah Taala larang. fikir2kan...
PTPTN free? = makin ramai le remaja berfoya2... duit free, kantoi tak payah byr.
tak perlu free, cuma mudahkan cara bayaran balik. Siapa yg 'perform' tak payah byr.
Tarif air, letrik, internet... kita senang2 jer minta turun... sebab kita tak kerja bahagian air, letrik dan internet... kalau kita kena panjat tiang, tarik kabel, maintenance dll.... baru kita SEDAR yg tarif skrg berbaloi dgn penat jerih mereka bekerja.
Kalau x mampu byr internet yg laju dan mahal, amik yg murah. Kalau dua2 TAK MAMPU, jgn langgan.
Kalau x mampu byr bil air & letrik byk, jimatkan kegunaan air & letrik... lampu pasang smpi ke siang, home theater branded, tapi minta bil murah... kalau mampu beli perkakas elektrik, guna tanpa had... maka bersedialah utk byr. mana2 GOV dlm dunia pun tak beri muka org mcm ni...
rumah mampu milik mmg dah ada, tapi kena apply ler... nak murah tak leh ler... tanah makin takde skrg... singapore pun tambak laut sbb org makin ramai... takde tempat nak buat rumah.
Brg turun? gula kat Thailand pun rm3.00 lebih... kat Bagladesh lagi mahal gula... Rm4.50 /kg.
Org makin ramai dlm dunia, tanah makin kurang. Harga tanah dan rumah makin naik. Tak perlu turun, cukup sekadar kawal harganya agar tidak membebankan. fikir2kan.
Org muda byk ke bdr kerja, kerja kilang jadi operator pun takpe. Tanah dikampung terbiar, tanaman makanan semakin berkurangan. Orang makin ramai dlm dunia, permintaan terhadap tanaman makanan makin bertambah. Tak perlu turun, cukup sekadar kawal harganya agar tidak membebankan. fikir2kan.
Mcm mana Pakatan Rakyat nak laksanakan janji2 mereka? Sesuatu yg TIDAK MASUK AKAL mereka dapat lakukannya. Ini semua Janji Munafiq, janji dapat undi.
TC: kredit to Laa Tahzan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Taipingcentral Kini Kembali. Kini Perjuangan Di Sambung Semula. PERANG!!!
Dengan urusan kerja di tambah pula dengan urusan keluarga ( maklumlah benih tengah dok elok ni, hehehe ). Haaaaa, siap le lepaih ni. TC tak nak kasi chance lagi. Campoq pula blog TC udah jadi tak keruan dek di hack baghal-baghal yang tak dak teloq main kotoq. Siap la hangpa.
Selama ni, TC dok mendiamkan diri. Tengok je gelagat juak-juak Fuckatan dengan jelek bermain api dengan segala pembohongan dan fitnah yang melampaui batas. Bukan sekadar bangsa sahaja korang cerca sehingga agama pun korang sanggup sentuh.
Siap le kali ni, sepertimana asas perjuangan TC yang TC laungkan selama ini, kali ini TC sambut dengan peperangan yang hebat. Tak kira le, besaq mana lu orang geng fuckatan.
TC: Buat warga Perak Cyber Troopers dan pelayar setia taipingcentral, tunggu amukan TC ye..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone