Sunday, December 16, 2012

LIVE @hmetromy Wanita Pergi Screen Test Jadi Pelakon, Alih-Alih Kena TEST. @rozaidijamil

"Mana-mana wanita yang ingin hadir ke sesi uji bakat menjadi pelakon, perlu datang bersama teman dan tentukan lokasinya dibuat di pejabat dan bukannya di rumah," kata pelakon berpengalaman, Sharifah Shahora Syed Akil.

Menurutnya, masalah wanita ditipu sering berlaku apabila maklumat mengenai sesi uji bakat tidak jelas. Malah, sikap bakat baru yang ambil mudah dan terlalu ghairah mahu menjadi pelakon mengundang risiko ditipu.

"Ramai yang teringin menjadi artis, tetapi tidak tahu apa yang harus mereka lakukan sebelum pergi sesi uji bakat. Industri hiburan tempatan menjadi kotor apabila adanya individu yang mengambil kesempatan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Shahora, 38, berkata, wanita yang ingin hadir sesi uji bakat juga perlu mengenakan pakaian bersesuaian agar tidak mendorong situasi tidak diingini berlaku.

"Jika mahu ditawarkan watak seksi sekalipun, ia bukan terletak pada pakaian ketika hadir sesi uji bakat. Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka perlu pastikan uji bakat yang dijalankan mendapat surat kebenaran pihak berwajib," katanya.

Shahora mengulas laporan muka depan akhbar ini semalam mengenai seorang gadis berusia 21 tahun dicabul seorang pelakon tambahan ketika menjalani sesi uji bakat di sebuah rumah.

Dalam laporan itu, mangsa tertarik menyertai sesi uji bakat itu selepas terbaca iklan dibuat lelaki terbabit dalam laman sosial facebook (fb) untuk mencari pelakon wanita baru memegang watak heroin dalam sebuah filem yang akan diterbitkan.

Sementara itu pelakon popular, Rosyam Nor berkata, apa yang berlaku menunjukkan salah satu cara penipuan mudah menerusi laman sesawang untuk memerangkap orang ramai, khususnya golongan wanita.

"Individu itu boleh merujuk kesahihan produksi terbabit dengan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)," katanya.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC