Wednesday, February 20, 2013

WOW!!! Anak dara Kelantan KANTOI beromen dalam kereta..

Sepasang kekasih yang sedang memadu asmara di dalam sebuah kereta berhampiran lapangan terbang di bandar ini, antara yang dikompaun dalam Ops Valentine Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini pagi kelmarin.

Pasangan terbabit ditangkap melakukan perlakuan tidak sopan dan berada dalam keadaan yang mencurigakan, ketika memberhentikan kereta di kawasan berkenaan.

Operasi yang bermula sekitar jam 11 malam itu dan tamat kira-kira jam 5 pagi, diketuai Penolong Pengarah Bahagian Pencegahan JAEHIK, Osman Ibrahim bersama lebih 10 anggota penguat kuasa, diadakan bersempena sambutan Hari Kekasih bagi membenteras perlakuan maksiat dalam kalangan umat islam di negeri ini.

Osman berkata, operasi yang bermula di kawasan lapangan terbang di sekitar Pengkalan Chepa itu turut diteruskan di sekitar 17 hotel bajet di sekitar Kota Bharu.

"Setakat operasi semalam, pasangan yang ditangkap melakukan perlakuan tidak senonoh terbabit dikompaun mengikut kesalahan di bawah Enakmen Undang-Undang Jenayah Syariah Negeri Kelantan.

"Untuk kesalahan mereka itu boleh dikenakan kompaun sehingga RM 1,000 mengikut Akta Undang-Undang Syariah Negeri Kelantan," katanya.

Osman berkata operasi seumpama itu diadakan dari masa ke semasa di lokasi yang dikenal pasti hasil risikan dan maklumat awam.

"Kita harap dengan operasi ini, dapat memberi kesedaran bahawa JAHEAIK amat serius dalam menangani isu sosial melibatkan perlakuan tidak bermoral umat Islam di negeri ini," katanya.


p/s: Cai2 Pas mesti akan kata ni semua salah Umno... huhuhu. ..


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. Saya sarankan, proses kahwin dipermudahkan. Qadi Kot. Bharu yg nama Anuar bin Hashim perlu lebih toleran dlm memberi kebenaran kahwin. Ini tidak, dia sebolehnya menyusahkan urusan kahwin dgn meminta pelbagai borang, sijil dan surat yg tidak wujud. Jika kahwin dipermudahkan, kuranglah zina. Utk makluman, saya pernag Denga. anuar cakap yg "urusan kahwin perlu disusahkan kerana mereka akan ke Thailand utk kahwin jika tak boleh kahwin di Kelantan. Lepas tu kita denda ikut undang2 sini, macam ni baru dapat banyak income pada JAHEIK.

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC