Sunday, March 31, 2013

DATO SERI INIKAH YANG POLIS CARI BERHUBUNG CEROBOH #LahadDatu.!!!

Polis kini mencari seorang individu dikenali sebagai Datuk Seri Ridzwan Sulaiman bagi membantu siasatan berhubung pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, baru-baru ini. 

Individu terbabit yang juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al Ehsan Islamiah Malaysia berasal dari Georgetown, Pulau Pinang dipercayai mempunyai maklumat penting mengenai percerobohan itu. 
Justeru, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta individu terbabit menyerah diri atau orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Ridzwan supaya tampil membantu polis di mana-mana balai polis berhampiran. 


Beliau berkata demikian pada sidang media di sini, sebentar tadi.

Foto : Apakah itu yang d cari..kalau salah..aakj mohon maaf...harap datuk seri bantu polis..


SUMBER TERUS DARI: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/03/lahad-datu-terkini-datuk-seri-ridzwan.html?m=1



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC