Sunday, March 3, 2013

Murid di Perkosa dibawah Meja Sekolah Di Kala Guru Mengajar Di Depan Kelas.

Seorang siswi sebuah sekolah diperkosa kawan-kawannya di kolong meja sekolah di kelasnya. Padahal saat peristiwa biadab itu berlangsung, ada guru yang tengah mengajar.

Diberitakan Daily Mail, Ahad 13 Januari 2013, peristiwa ini berlaku di sekolah Martin De Porres Academy, Elmont, New York, sekitar bulan lalu. Keluarga mangsa memfailkan saman ke polis pada Jumaat minggu lalu terhadap para pelaku dan pihak sekolah yang dinilai lalai dan acuh tak acuh.

Menurut laporan tuntutan, mangsa adalah gadis ber-IQ rendah yang terpaksa bersekolah di sekolah yang penuh dengan anak-anak bermasalah. Gadis 15 tahun ini adalah satu-satunya wanita dalam kelasnya yang mengandungi 13 murid lelaki.

Sejak masuk ke sekolah itu, gadis malang berinisial KJ ini selalu di-bully oleh rakan-rakannya. Kemuncaknya, dia dimasukkan ke kolong meja dan dipaksa melakukan oral seks. Murid ke tiga memukul kepalanya setiap cuba melarikan diri.

Dalam laporan, dikatakan bahawa para pelaku bahkan cuba meliwatnya. Semua tindakan ini dilakukan apabila guru tengah mengajar di kelas, terletak hanya beberapa meter dari para pelaku.

Gangguan tersebut berlaku selama 10 minit, seorang pelaku bahkan menari di atas meja. Semua ini berlaku tanpa pengetahuan guru. Para pelaku diketahui berasal dari wilayah Casa De La Salle, kompleks yang terkenal akan kenakalan remaja dan kekerasannya.

Keesokan harinya, K.J. mengadu kepada guru pembimbing, namun aduannya tidak dipedulikan. Para guru di sekolah malah memasukkan K.J. dengan para penyerangnya dalam satu bilik untuk "introspeksi dan berbincang." K.J. malah kembali diserang, bahagian atas mata kanannya cedera.

Pihak sekolah mengatakan telah melakukan penyelidikan dalaman atas peristiwa tersebut. Guru yang ketika itu mengajar telah dipecat. "Kami ingin masyarakat tahu bahawa kami menerapkan standard tinggi bagi guru-guru kami. Keutamaan utama kami adalah keselamatan dan kesihatan anak-anak," kata Pengetua sekolah Ed Dana.

* Sumber VIVAnews.com


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC