Sunday, February 24, 2013

Ini Baru 'Nate' Nik Aziz Oii. Kantoi Beli Dadah Guna Duit BR1M

Kedua-dua lelaki berkenaan didapati positif dadah melalui ujian saringan air kencing.KULIM - Dua lelaki ditahan polis di sebuah pasaraya di sini kerana dilihat dalam keadaan mencurigakan, semalam.

Penahanan itu dilakukan Polis Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) di ketuai Pemangku Ketua Balai Polis Kulim, Sub Inspektor Mohd Najib Abd Aziz kira-kira jam empat petang.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua mereka baru sahaja mengambil wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM250.

Menurutnya, polis turut menemui beberapa tiub berisi hablur dipercayai dadah jenis methamphetamine di dalam beg pinggang salah seorang suspek, selain sebotol air gas yang sudah dicampur dengan air daun ketum dan ubat batuk.

"Bagaimanapun suspek enggan mengaku terlibat dalam penyalahgunaan dadah."Kedua-dua mereka dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim sebelum diserahkan kepada Bahagia Siasatan Jenayah Nakotik IPD untuk menjalani ujian saringan air kencing.

Mereka didapati positif dadah," katanya. Kata beliau, hasil siasatan, kedua-dua lelaki berkenaan menggunakan wang bantuan BR1M untuk membeli dadah, ubat batuk dan air ketum.SH


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC