Friday, February 5, 2010
BUBAR DUN DI PERAK.. cehh buang duit jerr...
Keadaan di Perak semakin menjadi haru biru. Memburukkan keadaan bila ada pihak yang cuba menjadi hero dengan berselindung di sebalik suara rakyat dan hak asasi manusia, kononnya rakyat Perak mahukan pilihanraya semula.
Yang peliknya suara-suara sumbang ini datangnya dari mereka yang mempunyai pengalaman luas dalam selok belok politik. Maybe bak kata omputih golongan ini masih mengharapkan sisa-sisa untuk bersaing dalam persada polotik tanahair setelah beberapa kali kecewa.
Dari maklumat dan sumber yang bolehlah dikatakan ada benarnya, TC merasakan majoriti rakyat Perak lebih bersikap berkecuali. Rakyat juga naik perasaan meluat dan menyampah melihat lakonan dan perilaku polotik yang tak berkeudahan dari golongan PR ini. Lepaih satu, satu perkara yang agak menjelekkan yang didrama swastakan bagi meraih simpati kononnya mereka ini di tindas.
PR ini rela memperbodohkan diri sendiri demi melindungi pemimpin mereka. TC rasa sikap taksub dan jumud bagi golongan yang terlalu mementingkan diri dari mentadbir negeri harus ditolak dengan mentah. Tengok sahajalah ketika penyokong yang tidak tahu malu sanggup berbaring diatas jalan, padahalo baru jer lepaih sembahyang jumaat memohon keampunan dari Allah SWT.
Suasana sebaliknya berlaku dikalangan penyokong BN dimana lebih suka memilih bersikap berdiam diri. BN merasakan jika dikerah penyokong untuk sama memberontak, pasti yang buruk lebih berlaku..
Walaupun diadakan pilihanraya semula dan DUN dibubarkan, TC yakin PR pada kali ini tidak akan mendapat 2/3 sokongan rakyat Perak. Perkara-perkara yang menjelekkan pasti dijadikan kayu pengukur para pengundi untuk memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi.
Untuk mengadakan suatu pilihanraya di Perak, tidak kurang 30 juta terpaksa dibelanjakan. Adakah wang sebanyak ini patut dibelanjakan demi memenuhi impian para ADUN pembangkang untuk kembali berkuasa di Perak. Adakah Nizar mempunyai sesuatu kebolehan yang terlalu istimewa sehingga rakyat Perak tidak dapat menunggu sehingga pilihanraya ke-13 untuk kembali meletakkan beliau sebagai MB Perak.
Aduhhhaaaiii...
bodo punya komen..
ReplyDelete