Program Bulan Kebajikan Umno Juara Rakyat anjuran Parlimen Permatang Pauh di Sekolah Kebangsaan Bukit Indera Muda di sini, semalam, terganggu seketika apabila kira-kira 100 penyokong pakatan pembangkang berkumpul membantah program berkenaan.
Mereka berkumpul di depan sekolah seawal jam 2 petang dengan membawa pelbagai sepanduk dan kain rentang mempunyai tulisan 'Jangan Jadikan sekolah tempat politik' dan 'Umno cakap tak serupa bikin'.
Penyokong pakatan pembangkang yang terdiri daripada penduduk sekitar kawasan itu mendakwa Umno menyalahgunakan sekolah untuk kepentingan politik.
Peserta perhimpunan itu bersurai secara aman kira-kira jam 5.30 petang dan tiada tangkapan dilakukan.
Sementara itu, Abdul Jalil pula berkata, bantahan yang dilakukan penyokong pakatan pembangkang tidak berasas kerana ia bukan berunsurkan politik sebaliknya program pendidikan dan kebajikan.
"Ini program untuk masyarakat bukannya politik. Kita tidak melakukan pendaftaran ahli baru sebaliknya hanya memberi bantuan. Janganlah asyik bersikap buruk sangka," katanya sambil menambah seramai 360 orang kurang upaya di Parlimen Permatang Pauh menerima beras dan hamper termasuk 10 kerusi roda di majlis itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) Asisten Komisioner Azman Abdullah, berkata keadaan terkawal selepas pihaknya menempatkan anggota LSF dan tiada tangkapan dibuat.
TC : baring baring je kerja dia... pijak nanti baru tau... ekekeke...

No comments:
Post a Comment