Pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri dipercayai cubaan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk melenyapkan pengaruh orang Melayu secara halus dan perlahan-lahan di negeri ini.
Setiausaha Kelab Warisan Malaysia Pulau Pinang (Keris), Azman Hassan berkata, sambutan program keagamaan di kawasan tertutup jika dijadikan amalan biasa lama-kelamaan akan melemahkan syiar Islam tanpa disedari.
"Guan Eng secara halus dan perlahan-lahan cuba untuk menafikan Islam di Pulau Pinang.
"Dia (Guan Eng) mahu program agama Islam dibuat secara tertutup. Dia cuba tiru seperti Singapura," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Jumaat lalu, Utusan Malaysia melaporkan pendedahan Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang mengenai pembatalan perarakan sempena Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri tetapi diteruskan dengan perhimpunan ummah di Dewan Sri Pinang.
Bagaimanapun, akibat dikritik hebat dan bimbang kehilangan sokongan orang Melayu, kerajaan negeri membuat keputusan untuk mengadakan perarakan tersebut yang mengikut program asal sebelum ini dibatalkan.
Malah, Guan Eng menafikan perarakan itu dibatalkan dan menuduh Utusan Malaysia berbohong dan membuat fitnah untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri.
Menurut Azman, terdapat beberapa lagi perancangan yang dibuat oleh Guan Eng yang tidak begitu disedari orang Melayu.
Sebagai contoh, jelas beliau, cadangan pelantikan Pengerusi Pusat Urus Zakat (PUZ) kepada Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman yang secara tradisi jawatan tersebut disandang oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).
"Sebenarnya Guan Eng mahu melihat respons orang Melayu terhadap cadangan yang dibuatnya.
"Perancangan dia tetap berjalan, kalau orang Melayu bantah, dia akan buat cara lain," katanya.
ihsan utusan online......
No comments:
Post a Comment