Sunday, March 14, 2010
EDISI GEMPAQ... SEKURANG2NYER 10 ADUN PAKATAN KELUAR PARTI TEMPOH TERDEKAT...
Sekurang-kurangnya 10 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.
Adun Lunas (Bebas), Mohd Radzhi Salleh, berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.
Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada ahli, penyokong parti dan orang ramai.
Sekurang-kurangnya 10 lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah dan lain-lain negeri didakwa akan keluar parti itu dalam tempoh terdekat ini.
Adun Lunas (Bebas), Mohd Radzhi Salleh, berkata beliau begitu optimistik dengan perkembangan itu memandangkan apa yang berlaku dengan PKR kebelakangan ini.
Beliau berkata, pucuk pimpinan parti itu kini semakin jelas menampakkan tembelang mereka yang lebih mementingkan diri sendiri daripada ahli, penyokong parti dan orang ramai.
Bercakap kepada pemberita selepas berceramah di majlis penerangan isu-isu semasa bersama lebih 300 Pengerusi dan Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP)Parlimen Kulim/Bandar Baharu di sini, hari ini.
Beliau mendakwa akan menyertai Umno dalam tempoh terdekat ini. Mengulas dakwaan kalangan pemimpin pembangkang bahawa tindakan beliau itu adalah kerana sudah dibeli Umno, beliau menafikannya dan menegaskan wang ringgit bukanlah menjadi ukuran beliau keluar parti. Mohd Radzhi juga menggesa pemimpin pembangkang di Kedah supaya menghentikan kempen "Bajet PR Kedah 2010" yang kini sedang rancak diadakan di seluruh negeri, yang cuba mengaburi pemikiran dan mata rakyat dengan kisah-kisah retorik dan angan-angan yang mustahil itu.
Hadir sama, Pengerusi dan Setiausaha JKKKP itu ialah Ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Penyelaras Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.
Terdahulu Abdul Aziz dalam ucapannya mengulangi pelawaan beliau kepada Adun dan Ahli Parlimen PKR yang telah mengisytiharkan diri mereka sebagai ahli Bebas supaya menganggotai Umno sebagai platform yang lebih berkesan untuk mereka berkhidmat kepada rakyat. - Bernama
TC : Elok la sangat tuu.. Daripada dok kena kencing sampai hancin jer, baik blah.. Apa lagi mau tunggu beb....
biasa la lompat melompat ni, setahu saya si radzi lunas mempunyai rekod buruk semasa menjadi pegawai pos di Sg Petani dulu yang mengakibatkan ketua pos Sg Petani membunuh diri.Benar @ tidak maklumat ni saya tak pasti,tapi informernya adalah orang yg boleh dipercayai.Suatu ketika dulu apa yang saya tau YB radzi dan kawan2nya ni telah guna duit pejabat pos sebagai modal pernigaan peribadinya dan dikembalikan semula bila mndapat untung tapi satu hari dia dan kenkawannya tak sempat nak pulangkan balik duit yang digunakan apabila pihak audit datang secara mengejut sehingga ketua pos kelam kabut dan bunuh diri,berapa jumlahnya saya tak pasti sebab cerita ni saya dapat dari org2 lama di pej pos sg petani.Inilah ceritanya,jadi kalau dah latarbelakang tak amanah tak heran la kalau orang2 sebegini boleh dibeli dengan RM sebab memang dia ni jenis kebuloq duit.Orang Sg Petani dan UUM kenai sangat si pengkhianat ni.
ReplyDeleteSalam bro..
ReplyDeleteyang menjadi persoalan nyer daripada statement hang.. kenapa dia tak dikaitkan ke mahkamah.. kenapa selepas audit datang dan setelah terbukti, tiada tindakan.. musykil, hairan dan ajaib daripada kenyataan hang bro..
Kalau benar dia dah dikaitkan, mengapa dia bleh bertanding plak bagi pihak pakatan..
bukan nak membela, bukan nak mengcover.. So hang cari bukti atau mana2 transkrip yang bleh kita kaitkan salahlaku dia.. TC pun tak nak orang yang pecah amanah memimpin rakyat dan menipu rakyat..
Ok bro, aku tunggu hang.. kalau betul syabas pada hang bro, tapi kalau tak, hmmmmmm lu pikiaq la sendiri kay..
Orait bro, see u soon...
sedara cuba faham apa yang nak saya katakan disini tentang fakta yang saya nukilankan.saya tidak menuduh sesiapa pun tapi saya mendapat maklumat itulah ceritanya.YB Radzi sejarahnya seminggu sebelum Election ke12 dulu dia ni asyik berkepit dgn Yb Pedu Mahathir Khalid kalau2 nama dia tersangkut sebagai calon bagi pru 12 tapi nama dia tersingkir 3 hari sblum plhanraya maka bermulalah episod dia berpaling tadah dari umno dan terus masuk PKR dan ketika itu PKR memang kekurangan calon utk diketengahkan tak seperti PAS @ DAP yang dah lama mengenali calon pilihan mereka.memandangkan Yb Radzi ni adalah dari kelompok elit umno sebelumnya, maka pemimpin PKR tanpa merisik dan siasat profil dia maka terus PKR calonkan beliau di DUN Lunas.Anwar telah meminta maaf kepada ahli2 PR kerana terburu2 memilih calon, inilah sikap yang patut kita contohi minta maaf bila buat salah.dan yang salahnya anwar tanpa usul periksa calon yang diketengahkan oleh bahagian diterima bulat2 dgn masa yang terhad.Memang apa yang saya dapat maklumat mengenai Yb Radzi dia mengalami masalah keluarga(poligami) dan masalah kewangan yang kronik(sumber dr kaum kerabatnya) dan inilah punca dia melompat parti,mgkin semua akan melihat dia melompat adalah disebabkan oleh dibeli @ sebaliknya(allahua'lam).lagi satu apa yang kami dapat respon dari penggundi kawasannya Yb ni kurang beri perhatian kepada kawasannya dan inilah yang menyebabkan dia ditekan oleh pemimpin PKR agar ubah sikapnya @ tindakan akan diambil tapi umno datang sebagai penyelamat kariernya utk tamatkan tempoh sehingga PRU 13.Saya sbgai pemerhati tidak dipihak yang mana2 pun tapi inilah yang saya perolehi dari kedua2 sumber yang sahih.Wallahua'lam.
ReplyDeleteMengapa apabila ada ADUN yang melompat ke BN, semua di tuduh dengan pelbagai tomohan?. Meminta maaf tu bagus tetapi betoi ka salah pilih calon?. Yb Zahrain, YB Zulkifli pun termasuk dalam kategori tersalah pilih jugak kaa?
ReplyDeleteSemua tu mainan Anwar ja utk tutup malu dan kelemahan PKR.