Tc terima mesej, terus ke lokasi untuk merakamkan aksi aksi di IPD Taiping...
Ekoran pendedahan Yb Zahrin di Dewan Rakyat, kali ini giliran Pemuda UMNO Bahagian Taiping pula mengambil tindakan membuat laporan Polis terhadap An War Brahim diatas penjajaan nama YDPA berikut kes 16 Sept untuk merampas kuasa memerintah Malaysia.
Delegasi diketuai oleh Setiausaha Pemuda UMNO Bahagian Taiping Saudara Ahmad Zailani B Abd Aziz ini disertai lebih kurang 80 orang yang terdiri dari ahli2 Pemuda dan ahli2 Puteri UMNO Taiping.
Di mulai dengan berkumpul di hadapan Pejabat UMNO Bhg Taiping sambil melaungkan kata keramat 'DAULAT TUANKU' menaikkan semangat para hadirin yang menyertai perarakan ini.
Juga kelihatan wakil dari Pemuda MIC yang diketuai oleh Ketua Pemuda nya Saudara Veeran yang begitu bersemangat dan penuh komited dalam acara ini.
Pada mulanya hanya satu laporan sahaja dibuat iaitu dari Pemuda UMNO Taiping, atas rasa bertanggungjawab dan penuh iltizam satu lagi laporan Polis di buat atas nama Puteri UMNO Taiping yang di ketuai oleh Naib Ketua Puterinya Puan Zainiah.
Syabas TC ucapkan atas keprihatinan menjaga nama baik Yang Dipertuan Agong dan institusi Beraja Negara kita..
Berikut TC lampirkan snap photo yang sempat TC rakamkan.. Selamat Menjamu Mata....
No comments:
Post a Comment