TC : Selingan buat sahabat sahabat....
KOLKATA: Seorang lelaki berusia 55 tahun hampir maut selepas kemaluannya terangsang selama tiga minggu dan hanya selamat selepas dibedah. 'Ketegangan' itu berlaku tanpa pengambilan Viagra berpunca daripada masalah 'priapism' yang menyebabkan darah beku di kemaluannya. Ahli perniagaan itu terselamat pada saat akhir selepas dibedah, menurut laporan. 'Priapism' merujuk kepada kegagalan aliran darah keluar dari kemaluan selepas hubungan seks menyebabkan lelaki itu 'sentiasa tegang.' Selain menyebabkan darah beku, keadaan juga boleh mengakibatkan anggota tubuh reput sekali gus memaksa kemaluan dipotong. Difahamkan keadaan itu juga mungkin berpunca daripada masalah saraf. Bagaimanapun, lelaki terbabit kini mati pucuk akibat perkara berkenaan... BERITA HARIAN.
TC : BERJAGA JAGALAH KETIKA ANDA MENEGANG... ekekeke...
No comments:
Post a Comment