Pendirian Pas yang sentiasa berubah-ubah mengikut keadaan dan kepentingan politik membuktikan parti yang kononnya berjuang atas dasar Islam itu adalah parti sesumpah.
Pada masa yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyifatkan Pas sebuah parti oportunis kerana sering kali memperalatkan agama Islam demi kepentingan politik.
"Pas ini parti sesumpah... Hari ini merah, esok hijau, lusa kuning... Mereka berubah-ubah mengikut keadaan, sebab itu fatwa Pas berbeza-beza mengikut kepentingan politik," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas rayuan pucuk pimpinan Pas supaya pengundi Cina memberi sokongan kepada parti itu sedangkan, dahulu UMNO dikafirkan oleh mereka kerana bekerjasama dengan MCA.
Sementara itu, Muhyiddin yakin pengundi termasuk masyarakat Cina akan memilih calon BN pada hari pengundian esok.
Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan bahasa tubuh ditunjukkan para pengundi sepanjang lapan hari jentera BN berkempen.
Tambahnya, selain itu, keyakinan tersebut berdasarkan kenyataan terbuka pemimpin masyarakat setempat bahawa mereka akan membantu Mohd. Azahar untuk menang dengan majoriti lebih besar.
"Kita semua (jentera BN) sudah berkerja kuat dan saya yakin pengundi di sini akan memilih calon kita. Mohd. Azahar sendiri pun berusaha keras sejak dari hari penamaan lagi," katanya.
No comments:
Post a Comment