Jika sebelum ini beliau sentiasa menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen dari pagi hingga malam, tetapi kelibatnya tidak kelihatan hari ini dan dipercayai 'kehilangan' Maarof ada kaitan dengan pendedahan mengenai MC selama 21 hari yang diambilnya.
Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala memberitahu, suaminya tidak dapat menemaninya berkempen hari ini kerana mempunyai urusan lain.
"Dia (suami) ada tugas lain dan tidak dapat bersama saya hari ini. Dia ada komitmen yang harus diselesaikan," katanya semasa ditemui pemberita di sini hari ini.
Ditanya sama ada isu MC suaminya akan memberi kesan kepadanya, Cikgu Mala berkata: "Bagi saya isu ini tidak akan memberi kesan kepada baki perjalanan kempen yang tinggal dua hari lagi."
Normala yang pada mulanya enggan menjawab isu itu meminta pihak media sendiri mendapatkan kesahihan dan kenapa MC itu dikeluarkan oleh doktor tersebut...
HAHAHAHA.. DAH KANTOI, LARI LAAAAAA...
No comments:
Post a Comment