IPOH: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, mengumumkan pemberian bonus RM500 seorang kepada kira-kira 2,500 pegawai dan kakitangan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), iaitu kali pertama diberikan kepada PBT di Perak.
Katanya, bonus keseluruhan berjumlah RM1.14 juta itu yang juga sejarah bagi MBI diberikan berdasarkan prestasi PBT berkenaan termasuk berjaya memperolehi lebihan pendapatan terkumpul RM7 juta sejak 2008, selain mempunyai rizab yang mampu menampung operasinya selama lima bulan.
Perkara itu diumumkan ketika pertemuan beliau dengan warga MBI di sini tadi.
TERBAIKKKK.. KERAJAAN PERAK PRIHATIN....
tq singgah blog panglima
ReplyDelete