Saturday, February 12, 2011

APA YANG MELAYU TINGGAL.. SEDIH.. G STRING DENGAN BAJU PADODA JE LAAA.. HUHUHUHU...



MELAYU SATU KETIKA DULU HEBAT DAN GAGAH


Pertama sekali, post yang aku ingin tulis ni SANGAT berbaur perkauman dan RACIST.. Peduli hapaa aku, dah memang aku Melayu Islam..


Pada pandangan aku, ramai generasi muda sekarang, terutamanya pelajar universiti, MELAYU khususnya, terlalu leka, dengan pelbagai unsur2 dan anasir2 yang menyebabkan mereka BUTA. Mereka alpa, terperangkap dalam bayang2 universiti, ilusi sebuah komuniti kecil, kononnya mereka pewaris, akan menggantikan generasi bekerja sekarang, tetapi nasib sendiri pon tak tentu lagi.

Mereka rasa mereka betul, mereka ada kuasa, baru dapat can 1st time mengundi lepas 21 tahun.

PADAHAL, DAFTAR MENGUNDI PUN TIDAK. Aku tujukan kepada golongan Melayu khususnya.

Golongan kedua, yang me-nyah-kan terus politik. Dengan alasan, politik kotor, politik banyak makan rasuah, duit sana, duit sini. Politik banyak mengundang kepada maksiat. Dengan itu, mereka tak mengundi, terus meng-tongsampah-kan politik. Dan aku tujukan kepada golongan MELAYU khususnya.

Golongan ketiga, gila politik. Dari sepuluh perkataan yang keluar dari golongan ni, dah pasti 5 perkataan mesti ada unsur2 politik. Benci sanam benci sini. Terlalu percayakan janji2 manis.

Ayat biasa kita dengar:

"Alah, bagi la can diorang pulak pegang kuasa. Kita belum tahu macam mana performance diorang. Mane tau lagi teruk, kita undi yang asal balik."

"Pemimpin sekarang korup! Sudah masa kita tukar kepada pelapis baru!"



Sebelum itu.......

tahukah golongan2 Melayu yang aku sebutkan sekalian, bahawa:

1. KITA DAH TAKDA APA2 SELAIN KUASA POLITIK.

2. CINA DAH JADI TAMAK. MEREKA DAH ADA DUIT DAN MEREKA NAK KUASA PULA.

3. KALAU KUASA KITA TERGADAI, SIAPA NAK BELA ORANG MELAYU YANG SUSAH? SIAPA NAK BAGI KUOTA KHAS KEPADA PELAJAR2 MELAYU CEMERLANG? SIAPA NAK BAGI DISKAUN UNTUK MELAYU BELI RUMAH? SIAPA NAK BAGI SUBSIDI? PADA SIAPA KITA NAK MENGADU DOMBA?

TAK DAK....... TAK DAK........ TAK DAK.........



Kita tak boleh nafikan, memang DAP nak kuasa. Nak buang hak ketuanan Melayu. Nak buang kuota2 Melayu. Nak hapuskan ASB. Nak hapuskan UiTM.

Nak bagi sama rata pada semua kaum.

Kita lihat Australia.

Apa jadi pada penduduk peribumi diorang? Ada diorang dapat tempat? Ada diorang dapat jawatan2 eksekutif dalam kerajaan?

TAK DAK..... TAK DAK...... TAK DAK..........


Apa nak jadi dengan Melayu? Kita ajak berdamai, dikatanya kita hilang kuasa dan sebagainya.

KITA AKAN HILANG KUASA. KALAU KITA TAK BERSATU.


Jangan sekali2 terlintas dalam fikiran korang nak buat perarakan besar besaran macam menentang Malayan Union dulu. Pisang takkan berbuah 2 kali. Takkan jadi. Orang Cina dah buat persiapan rapi. Mereka ada ceramah2 tertutup di dewan2 persatuan mereka yang tak perlukan permit. Organisasi mereka terancang. Baik MCA atau DAP, untuk kepentingan orang Cina, diorang bersatu.

Kita dimana? Wahai orang2 Melayu? Kita berniaga sebelah2, didengkinya. Kita ada rezeki lebih sikit, dingumpatnya. Kita ada anak cacat, dipulaunya. Bak kata peribahasa Melayu, "Bumi mana tak ditimpa hujan?"




Aku tergerak. Ada pihak dalam pas kata kita menyokong perpaduan bangsa dan umat Islam sejagat.

Apa yang PAS lakukan untuk halan Anwar, Karpal, Guang Eng, Kit Siang dari bermaharajalela? Diorang sendiri berjanji, selagi diorang hidup/langkah mayat diorang, negara Islam takkan terjadi.

Apa yang PAS lakukan nak sebarkan syiah Islam? Bukan PAS hanya buat ceramah politik je ke?

Ada PAS buat badan khas membantu golongan2 mualaf? Ada PAS buat satu gerakan untuk mengajak golongan bukan Islam mendekati Islam?

Ada PAS buat sesuatu untuk mengatasi fenomena Islamophobiayang semakin menular dikalangan bukan Islam dinegara ni?

Ada statistik baru2 ni dikeluarkan dan disiarkan di TV3, aku terlupa mana sumbernya, disiarkan di MHI, bahawa umat Islam yang bersolat cukup 5 waktu sehari cuma tinggal 18% je kat Malaysia ni.

Jangan cerita rasuah, solat kita pun entah kemana.

Apa nak jadi Melayu? Solat diri sendiri, keluarga dan saudara kita tak dapat jaga, macam mana kita nak jaga agama kita?


Nak banggakan dengan tadika PASTI?

brooooo, kata nak mengajak perpaduan bangsa. Buatla tadika PASTI untuk orang dewasa ndan orang tua jugak.

PAS jaga kepentingan PR. Tapi ada PR jaga kepentingan PAS?


Tolak tepi isu subsidi, isu blok minyak, isu rugi itu ini.

Lapangkan dada, duduk berbincang sama2.


Kita nak jaga kepentingan bangsa kita. Kita nak jaga kepentingan pelajaran anak2 kita. Kita nak jaga kepentingan jiran2 dan saudara2 kita dalam pemilikan.



Tahukah korang pendapatan negara semakin susut? Statistik boleh didapati di website Bank Negara. Ini disebabkan banyak pihak tempatan takut nak bukak bisnes dan melabur. Duit peram dalam akaun simpanan. Sama macam simpan bawah bantal. Negara lain sibuk melabur dan buka bisnes baru dalam negara sendiri. Mereka dah tak pedulikan kita dah. Bila kita nak sedar? Wahai Melayu?



Macam mana kita nak bela agama kita sedangkan diri sendiri kita pon belum tentu suap nasinya lagi?
Fikir2kanlah wahai Melayu.

No comments:

Post a Comment