" Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.". (PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967).
Pada Ogos 1966, "Lidah Rasmi" Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland (SI juga diwakili oleh parti2 dari negara Israel).
Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.
Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.
DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik dan sekular.
Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA "Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil" demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.
Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam"..
TC: Pelik sangat2 dengan PASNGOK, dah nyata DAPig tolak negara Islam.. Bingai ka Bongok PAS ni..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment