KOTA BAHARU: Jika Barisan Nasional (BN) diberikan mandat untul mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-13, UMNO Kelantan akan menyerahkan semula tanah yang diambil daripada rakyat oleh kerajaan PAS untuk projek Ladang Rakyat.
Janji itu diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
"Jika (BN) dipilih rakyat untuk terajui Kelantan, ambo (saya) janji akan ambil tanah ladang rakyat dan serahkan semula kepada rakyat yang hilang tanah mereka," katanya semasa berucap melancarkan Gelombang Merah Penerangan UMNO Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Mustapa berkata, pihaknya sudah mendengar rintihan rakyat di pedalaman yang mendakwa tanah yang mereka usahakan dengan tanaman selama berpuluh tahun dirampas dan diambil begitu sahaja oleh kerajaan negeri tanpa perundingan.
Bagaimanapun, kerajaan negeri Kelantan menafikan dakwaan penduduk terbabit dengan menyatakan tanah berkenaan adalah tanah milik kerajaan negeri.
Pada 27 April lalu, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Msang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.
Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pelbagai isu akan diperjelaskan dalam program gelombang merah termasuk isu pengagihan air dan nasib peniaga yang dipindahkan ke bazar Tok Guru. - BERNAMA
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
kalu umporno memerintah kelantan semula,maka wujudla kembali disko2,kelab malam,seni yg beunsur syirik dan konsert2 yg malalaikan,tobat aku x nak
ReplyDelete