Saturday, July 16, 2011

GEMPAR.. Pas Dah Jadi Si Luncai di Selangor

Cadangan Pas Selangor mengadakan perhimpunan besar2an di Stadium Malawati, hanyalah satu helah untuk membersihkan nama Anwar Ibrahim yg sedang berhadapan kes liwat di mahkamah. Persoalannya mengapa nak heret rakyat dalam agenda politik kotor mereka?

Perhimpunan yg dicadangkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad kononnya untuk menangkis tohmahan terhadap perhimpunan haram Bersih itu tidak seharusnya diadakan kerana ia tidak membawa apa2 manafaat kepada rakyat & hanya membuang masa.

Yg jelas, Bersih itu sendiri merupakan sebuah pertubuhan tidak berdaftar manakala perhimpunan yg dianjurkan di ibu negara, Sabtu lalu jelasnya melanggar undang2 negara.

Mereka perlu sedar sebagai Ahli Parlimen mereka mempunyai suara di Dewan Rakyat dan mereka sepatutnya menggunakan saluran di dewan berkenaan. Rakyat telah memilih mereka untuk menyampaikan suara mereka di Parlimen.
Jika mereka memilih untuk terus melakukan demonstrasi secara haram di jalanan dan bukan menggunakan saluran Parlimen, apa gunanya mereka menjadi Ahli Parlimen?


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment