Pas tidak akan membela ahlinya yang dikenakan tindakan melakukan provokasi pada perhimpunan Bersih 2.0, 9 Julai ini. Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata, parti itu sudah membuat keputusan untuk tidak memberikan bantuan guaman atau sebagainya kepada mereka yang ditahan pihak berkuasa.
"Kita tidak akan bertanggunjawab terhadap mereka. Polis boleh ambil tindakan sewajarnya. Peguam kita tidak akan bela ahli yang timbulkan provokasi semasa perhimpunan Bersih," katanya.
Bagaimanapun kata Mohamad, pihaknya boleh beri jaminan 100 peratus bahawa ahli parti itu tidak akan terlibat dengan gejala yang boleh mencetuskan kekacauan.
"Ahli kita akan berkelakuan baik dan patuhi undang-undang. Itu janji saya," katanya.
Menurutnya, Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib sudah arahkan turun menyertai perhimpunan.
"Jadi, kita akan turun. Saya percaya ramai yang akan turun," katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.
Mohamad berkata, apa yang mahu dilakukan parti itu hanya menyertai perhimpunan aman menuntut pihak berkuasa melaksanakan proses pilihan raya bebas dan adil.
TC: kepala dongga hangpa kelakuan baik, mat sapu bersih pun tak senonoh..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
"Ahli kita akan berkelakuan baik dan patuhi undang-undang. Itu janji saya," katanya.
ReplyDeleteMenyertai perhimpunan tanpa permit pun sebagai salah satu cara mematuhi undang-undang?
kah kah kah!