Thursday, July 7, 2011

ULAMA' PAS DAKWA AMBIGA AGEN YAHUDI!!?

Beberapa Ahli Dewan Ulama' PAS di peringkat kawasan Gombak menyatakan pendirian sekali lagi membantah Rusuhan BERSIH waimah ianya diadakan di dalam dewan. Ini kerana jika BERSIH diteruskan, ternyata Pakatan dilihat cuba mencabar titah Yang DiPertuan Agong yang sebelum ini melarang sebarang perhimpunan yang bakal mencetuskan ketidakstabilan politik tanah air.

Salah seorang Ulama' PAS yang enggan dikenali berkata, PAS sewajarnya tidak membiarkan Ambiga berterusan mengawal segala keputusan yang sewajarnya tidak mengenepikan pandangan Ulama'. Perlu dingatkan bahawa Yang DiPertuan Agong juga merupakan Ketua Agama Islam dan segala pandangan Baginda mesti diputuskan Majlis Syura yang melibatkan tokoh2 Islam.

Inilah salah satu budaya Islam yang diterapkan di dalam PAS sebelum ini semakin hilang dek kerana tunjuk kepada Pemimpin2 Bukan Islam yang mahukan kuasa termasuklah Ambiga. Mereka turut khuatir dengan perkembangan Pakatan yang semakin agresif membela Pemimpin2 yang membawa perjuangan Sosialis seperti Aktivis2 Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Walhal tanpa disedari, segala amalan2 yang diterapkan di dalam sehingga kini disekat Pimpinan Pakatan dan ianya bakal menghakis serta merta perjuangan PAS. Dengan ini, mereka mengulagi pendirian bahawa Ambiga bakal menghancurkan perjuangan Islam secara halus yang seterusnya menyekat pandangan PAS secara total.

Sumber: UMNO Kuala Selangor FB

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

No comments:

Post a Comment