Tuesday, February 14, 2012

BUKA MINDA - KEPADA ORANG CINA & INDIA, UMNO ADALAH TERBAIK UNTUK RAKAN KONGSI..

1. Pada TC la jika UMNO tak pertahankan Bangsa Melayu, siapa yg akan pertahankan Agama Islam?? Kaum lain di Malaysia, Pendatang Bangladesh? Myanmar? Vietnam?

 

2. UMNO pertahankan bangsa... melayu, sebab bangsa inilah yg majoriti adalah pengamal ajaran Islam, bangsa inilah yang mewariskan Islam kepada pewaris masa depan...Apa akan jadi jika bangsa melayu makin lemah dan tertindas?

 

3. Jelas DAP juga pentingkan kaum dia jugak, DAP jugak nak kaum dia maju... So apa masalahnya jika umno mnjadi parti berteraskan melayu?

 

4. Begitu juga MCA, kalau bukan krn pemimpin dahulu yg 'fight' utk org cina, tidak lah bngsa tersebut dapat hidup mewah di bumi malaysia yg bertuah ini.

 

5. Manakala parti lain dlm komponen berteraskan bangsa mereka sndiri, bukankah hanya kaum tersebut yg tahu apa permasalahan dalaman kaum mereka?

 

6. mana mungkin kaum cina nak selesaikan masalah kaum india, dn melayu pula nak selesaikan masalah pengganut buddhist, tentu skali akan membuahkan perassan tak puas hati kerana yg uruskan hal tersebut sbnarnya tak begitu tahu akan 'jiwa' masyarakat tersebut.

 

7. Orang luar tidak akan dapat selesaikan masalah mereka, krn budaya, adat resam dn pegangan tidak sama. Yang sama hanyalah norma-norma sejagat, sperti tanggungjawab , amanah dn kasih syg.

 

8. Masalah dlm cahuvinist DAP lebih kepada dasar tidak mahu bertolak ansur dengan bangsa-bangsa lain , sedangkan UMNO masih boleh bertolenransi dengan kepercayaan lain dan memberi kebebasan mereka untuk menjalankan upacara ibadat mengikut cara masing2

 

9. UMNO tak pernah halang perarakan Thaipusam di mana-mana... UMNO juga tak pernah halang kaum cina makan besar di malam Tahun Baru Cina

 

10. UMNO tak pernah marah bunyi loceng kuil, malah org melayu juga boleh menerimanya... Asalkan tidak terlalu mengganggu kehidupan mereka...

 

11. Malah jika tokong-tokong nak bakar colok setinggi tiang letrik pun, takde halangan.

 

12. Belum pernah lagi dengar khabar MP UMNO hantar petisyen membantah pembakaran colok atau bunyi loceng kuil..

 

13. Tapi dah ada bbrapa kes di mana MP cahuvinist dap ni persoalkan azan, dn bbrapa perkara yg bersangkutan dgn agam islam.

 

14. Sepatutnya hal ehwal agama terutamanya jangan di campur oleh pengganut agama lain, biarkan pengganut agama itu sndiri yg selesaikan.

 

15. Ingatlah perpaduan negara berbilang kaum ini amat sukar kar utk di jaga, oleh itu rakyat malaysia perlulah bekerjasama utk mnjaganya demi utk generasi akan datang.


TC: HIDUP UMNO maka hiduplah melayu, cina, india dan lain2 bangsa di muka bumi Malaysia..

No comments:

Post a Comment