Saturday, February 11, 2012

Kalau BN Nak Menang Di Perak... Mesti Baca Ni....





Situasi di Perak telahpun menggambarkan bahawa BN wajar mengemukakan hampir 50% adalah terdiri dari calon2 baru, masih muda 38 tahun ke atas, terpelajar, ringan tulang, setia berkhidmat dan juga Islamik (Calon UMNO). Ini bermakna BN Perak wajar mengemukakan muka2 baru dan gandingan muka2 lama yg kuat bekerja. Kunci kejayaan PRU 13 adalah rajin bekerja utk rakyat, seperti “rakyat didahulukan pencapaian di utamakan”. Calon parti2 komponen juga amat wajar diambilkira kesiapsiagaannya agar keberkesanannya dapat menyumbang kepada kemenangan BN nanti.

“BN Winnable Candidate” yang bagaimana untuk memastikan ia terus memerintah di Negeri Perak Darul Ridzuan.?

Walau apa pun hakikatnya, BN wajar dan perlu mendapatkan mandat yang memberangsangkan dan mengemudi semula Negeri Perak ke arah yang lebih berwawasan, mampan ekonomi dan mesra masyarakat di dalam PRU 13 nanti.

Jika PRU 12 , BN menang 28 kerusi, DAP 18, PKR 7 PAS 6, dan memaksa Kerajaan BN tumbang disebabkan faktor2 sabotaj dan balas dendam, maka di PRU 13 ini, BN wajar dan mesti membuat yg terbaik untuk mengekalkan pemerintahannya.

Untuk memerintah dgn selesa BN wajar memenangi 41 kerusi dari 59 kerusi yg dipertandingkan. Pecahan kerusi tersebut yg wajib dimenangi adalah dari UMNO = 34, MCA = 3, MIC = 3 dan Gerakan = 1.

Oleh itu, BN Perak wajar menggerakkan kerja dgn "Full Gear" dari sekarang utk mencapai kemenangan mutlak yg kapak janggakan tidak bermasalahpun, namun kesepakatan dan setiakawan wajib ada didalam menyusur, menggalur serta memastikan puncak kemenangan itu sentiasa berada di tahap terbaikkk...

UMNO Perak wajar mengambil semula kerusi2 berikut :

1.Titi Serong
2.Kuala Kurau
3.Gunung Semanggol
4.Selinsing
5.Kuala Sepetang
6.Changkat Jering
7.Lubuk Merbau
8.Changkat Jong

MCA Perak pula mesti mengambil semula kerusi:-

1.Pokok Assam
2.Kepayang
3.Simpang Pulai
4. Teja

MIC Perak juga wajar mengambil semula kerusi mereka seperti:-

1.Hutan Melintang
2.Sungkai
3.Behrang

dan Gerakan Perak wajar juga mengambil kerusi mereka di:-

1. Aulong.

kredit to: kapaktajam tajam blog spot


Wassalam dan Selamat Maju jaya BN..

    No comments:

    Post a Comment