PETANDA KEBANGKITAN REVOLUSI CIPTAAN ANWAR.
Anwar Ibrahim telah disambut dengan cercaan dan balingan objek seperti batu, telor, botal dan kayu dalam siri ceramahnya di Sembrong Johor.
Keadilan Daily yang melaporkan kejadian tersebut kononnya dilakukan samseng-samseng UMNO dan menyebabkan kerosakan pada cermin dan pintu kereta yang dinaiki Anwar.
Keadilan Daily juga menganggap bahawa kejadian ini berpunca dari kebimbangan terhadap karisma Anwar. Namun hakikatnya, kenyataan tersebut tidak lebih sebagai ayat penyedap hati.
Disebaliknya, Anwar kini harus menyemak terhadap dirinya sendiri dan revolusi yang cuba dicetuskannya akhirnya. Telah tiba masanya Anwar menghadap cermin dan memikirkan bahawa inilah petanda kebangkitan terhadap kemarahan rakyat kepadanya.
Anwar wajib menerima hakikat, bahawa ini adalah kebangkitan rakyat dan bukan oleh perbuatan samseng.
Kredit to: Azlantaib.blogspot
TC: Rakyat mula marah dan sekarang di ekspresikan dengan perbuatan. Anwar harus bertaubat..
No comments:
Post a Comment