Sunday, February 12, 2012

MENTERI2 DAN TIMBALAN JANGAN TIDUR.. YAB PM DAH SOUND TU..

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Arahan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak supaya menteri meningkatkan keupayaan sistem penyampaian menggunakan pendekatan lebih berinovatif dan inklusif wajar dipatuhi demi kepentingan rakyat dan imej positif kerajaan pimpinannya di mata umum.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, nasihat Perdana Menteri itu perlu dilaksanakan yang bukan bertujuan untuk menang pilihan raya sebaliknya sebagai tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.

Menurutnya, kerajaan sentiasa merancang dan melaksanakan program untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat sehingga sanggup menyediakan peruntukan begitu besar setiap tahun.

"Rakyat yang mengetahui perancangan dan pelaksanaan program kerajaan akan memantau sendiri keberkesanannya mengikut tempoh yang dijanjikan kerajaan.

"Memang diakui ada sesetengah program tidak dapat dilaksanakan mengikut masa ditetapkan berikutan masalah teknikal atau kekangan peruntukan, namun ia tidak boleh dijadikan alasan kegagalannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, semua menteri wajar memantau setiap program di bawah kementerian masing-masing untuk mengetahui tahap pencapaian semasa dan mengkaji punca kelemahan di peringkat awal.

Ini bagi memudahkan kerja-kerja penambahbaikan di samping ia dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.

Menurutnya, pegawai kerajaan yang diamanahkan juga akan mengambil inisiatif lebih baik apabila mengetahui semua program kerajaan dipantau sendiri menteri mereka.

"Perdana Menteri sememangnya serius apabila melakukan sesuatu dan berharap hasil pencapaian cemerlang.

"Sejak memegang jawatan, Datuk Seri Najib sering turun padang untuk meninjau keperluan rakyat di samping memantau projek kerajaan yang sedang dilaksanakan," katanya.

Kata Ahmad Zahid: "Cara ini harus menjadi ikutan menteri dan pegawai tinggi kerajaan supaya semua program kerajaan berjalan lancar dan disenangi rakyat."


TC: Anda berada di jawatan anda tu krn rakyat....jadi sila faham...kalau kami dah menyampah dgn anda...anda boleh babai...

kepada sesiapa yg terasa tu...silalah undurkan diri secara 'terhormat' sblum anda di undurkan...

No comments:

Post a Comment