Wednesday, February 8, 2012

MESTI BACA - JUTAAN DALIL KENAPA MESTI TOLAK PAS/PKR/DAP

AYUH … SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA PEMBANGKANG. TOLAK PEMBANGKANG DALAM PRU -13 SEBELUM MALAYSIA HANCUR MUSNAH.

PERCAYALAH, PEMBANGKANG WAJIB DITOLAK KERANA MEREKA…

1. Merelakan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain, khususnya agama Kristian untuk membantu dakwah mereka kepada orang Islam.

2. Merelakan Islam disamatarafkan dengan agama lain atau mempromosi pemikiran pluralisma Islam.

3. Menentang sebarang perpaduan sesama Muslim demi menolak sebarang usaha untuk menjaga dan mempertahankan akidah umat Islam dan kepentingan Islam di negara ini.

4. Mengagung-agungkan penjenayah dan pengganas komunis sebagai hero.

5. Menyamakan tokoh-tokoh mereka dengan tokoh-tokoh Islam yang lampau dan akan datang demi mengaburi/mengelirukan umat dan demi politik.

6. Memandang sinis usaha membenteras gejala murtad, seperti yang dilakukan JAIS di bawah kerajaan negeri Selangor terhadap DUMC, walaupun usaha berkenaan dilakukan oleh pihak-pihak mereka sendiri.

7. Mengakui memperjuangkan Islam, tetapi sedikit demi sedikit pihak yang menyokong ulama diketepikan dan mengangkat orang yang kurang akhlaknya seperti Mat Sabu sebagai pemimpin mereka.

8. Mengharap situasi huru hara dan ketidakstabilan seperti di Timur Tengah berlaku di Malaysia bagi membuka peluang mereka untuk merampas kuasa secara haram.

9. Mendapat kuasa lebih penting dari kesusahan yang bakal dihadapi oleh rakyat jelata.

10. Melakukan sabotaj sekerap mungkin tanpa mengira mahu mengurangkan beban hidup rakyat.

11. Menyetujui hak-hak kebebasan beragama dalam kalangan umat Islam disekat seperti melarang bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara, mempertikaikan ibadat qurban dalam kalangan umat Islam

12. Mempergunakan mahasiswa yang belum matang dan mudah ditipu helah untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan negara.

13.Mempergunakan sistem perundangan untuk kepentingan politik melalui majlis-majlis dan badan-badan tertentu dengan pembohongan mengenai mempertahankan hak asasi manusia.

14. Jika sistem perundangan tidak menyebelahi mereka, mereka akan tuduh sistem berkenaan tidak adil dan mengheret kes ke kancah jalanan.

15. Meneruskan kesanggupan untuk guling di jalan bagi menentang pemerintahan yang sekarang ini yang ditunjangi oleh orang Islam. Ketika diberi peluang memerintah di peringkat negeri sahaja, tidak menunjukkan kemampuan mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

16. Dan terkini, beria-ia meruntuhkan Madrasah yang terletak di atas tanah wakaf khas tanpa sebab melainkan untuk kepentingan komersil kroni Lim Guan Eng sedangkan rumah ibadat lain di sekitarnya naik dengan megahnya.

Dan banyak lagi yang akan menyusul..

No comments:

Post a Comment