Wednesday, March 28, 2012

BONGKAR - KENAPA TIADA PERUBAHAN KUALITI AIR DI KELANTAN. RASUAH? SALAH TADBIR? TIRIS?

Kegagalan kerajaan negeri dan AKSB khususnya dalam mentadbir urus perbekalan air kepada seluruh rakyat negeri Kelantan:

1. Kerugian terkumpul AKSB bagi tahun berakhir 2011 dijangkakan mencecah RM11 juta. Untuk itu, pengguna bakal dibebankan dengan cadangan kenaikan harga tarif air yang baru pada 2012 bagi menampung kerugian tersebut.

2. Kegagalan Projek Air Tidak Berhasil (Non Revenue Water/NRW) yang menelan kos RM130 juta. Projek yang bermula pada Julai 2008 dan berakhir pada Ogos 2011 gagal menterjemahkan sebarang kesan positif terhadap sistem bekalan air secara menyeluruh.

3. Kegagalan projek penukaran meter air kepada smart meter berjumlah 80,000 unit dalam Projek NRW, melibatkan kos hampir RM12 juta, namun penukaran hanya setakat 40,000 unit sahaja, setelah diakui kegagalan fungsi meter tersebut.

4. Kegagalan projek pembinaan Telaga Jejari di Jajahan Jeli, yang dicanangkan teknologi terkini, dan diuar-uarkan jajahan tersebut akan tiada lagi masalah bekalan air. Namun hasil sebaliknya berlaku, di mana masih terdapat kawasan di Jeli yang dicatu bekalan air.

5. Kegagalan mengatasi krisis kecemasan bekalan air secara menyeluruh dan bayangkan, AKSB hanya mempunyai enam lori tangki air untuk digerakkan dalam satu-satu masa kecemasan atau ketika berlakunya krisis bekalan air.

6. Kualiti dan tekanan air yang masih membelenggu rakyat secara amnya, malah di kawasan bandar juga masih terdapat kualiti dan tekanan air yang tidak memuaskan.

7. Kekerapan kerosakan pam di loji-loji air utama, seperti Loji Rawatan Air Bukit Remah di Tanah Merah, Loji Rawatan Air Pahi di Kuala Krai dan Loji Rawatan Air Merbau Chondong namun kegagalan tersebut diletakkan ke atas pihak lain untuk mengalih perhatian pengguna/rakyat.

8. Hutang tertunggak dianggarkan RM12 juta, namun tiada tindakan agresif untuk mendapatkan semula bayaran bil tertunggak ini. Mungkin pengurusan tertinggi AKSB sibuk dalam mencapai misi peribadi untuk terus berkuasa dan bertelagah sesama sendiri.

9. Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng, yang menelan kos RM58 juta dan difahamkan kos sebenar hanyalah RM35 juta sahaja. Kenaikan mendadak kos ini telah pun dipersoalkan di peringkat tertinggi AKSB, namun terdapat tangan-tangan ghaib yang menidakkannya.

10. "Masalah Air Di Kelantan Selesai Pada 2027" itulah kenyataan yang dibuat oleh Exco Perumahan, Kerjaraya, Utiliti & Alam Sekitar Negeri pada April 2011. Untuk memaklumkan kepada seluruh rakyat Kelantan bahawa, rakyat terpaksa menunggu selama 16 tahun lagi untuk melihat 100 peratus liputan air bersih di seluruh negeri terlaksana oleh AKSB.

.

"Projek Air Tidak Berhasil (NRW) yang membabitkan kos RM130 juta bermula Julai 2008 hingga )gos 2011 gagal menterjemahkan sebarang impak positif terhadap sistem bekalan air di negeri ini secara menyeluruh.

"Kos tinggi menaik taraf Loji Rawatan Air Pintu Geng yang menelan belanja RM58 juta sedangkan difahamkan perbelanjaannya cuma sekitar RM35 juta dan pada masa sama bekalan air masih tetap dengan kualiti yang rendah," katanya kepada pemberita selepas demonstrasi tersebut di sini baru-baru ini!

Persoalannya disini adalah bagaimana kerajaan Kelantan menggunakan dana sebanyak RM600 juta yang diberikan oleh kerajaan pusat untuk menguruskan AIR di Kelantan! Mengapa begitu banyak perbelanjaan yang digunakan bagi mengurus AIR, tetapi hasilnya tetap sama.( air masih kotor )! Adakah berlaku ketirisan dan penyalahgunaan dana oleh kerajaan Kelantan melalui AKSB?

By: Adi Putra Syafiq FB (tq bro, tahniah)..

No comments:

Post a Comment