Saturday, March 31, 2012

BUKTI AIR KELANTAN KOTOR. WARTAWAN MENANG ANUGERAH TERTINGGI.

Kemenangan simbolik perjuangan rakyat Kelantan. Rakyat kelantan bangkit memperjuangkan hak.

KUALA LUMPUR 30 Mac – Wartawan Utusan Malaysia, Mohd. Asron Mustapha menyifatkan kejayaannya memenangi anugerah tertinggi kewartawanan Malaysia iaitu Anugerah Kajai membuktikan bahawa laporan mengenai isu air yang disediakan bersama wartawan Mohd. Termizi Che Anuar dan jurugambar Naim Abdul Aziz adalah benar.

Sambil melahirkan kesyukuran kerana panel penilai mengiktiraf laporan itu, Mohd. Asron berkata, kemenangan tersebut juga merupakan simbolik kepada perjuangan rakyat Kelantan mendapatkan air bersih.

"Saya bersyukur di atas pengiktirafan yang diberi Institut Kewartawanan Malaysia (MPI) dan ia bukti pendedahan yang kami lakukan bersandarkan fakta kukuh.

"Kami mengambil masa dua bulan lebih membuat siasatan, tinjuan serta kajian menyeluruh terhadap isu pencemaran air di Kelantan ini dan hasilnya sangat membimbangkan sebagaimana kami dedahkan," katanya.

TC: Berpuluh puluh tahun tak selesai, cer try test tengok ubah kerajaan di Kelantan.

No comments:

Post a Comment