Tuesday, March 6, 2012

KRISIS MINYAK MASAK DI TAIPING BERMULA. DEALER IDEOLOGI PR CUBA SOROK SEBELUM SPBA DI UMUM?

Seharian semalam TC mencari minyak masak apabila stok minyak masak kat rumah TC dah nak habis. Start dari kamunting sehingga ke Bukit Gantang TC mencari jenama gred A semuanya tiada stok. Bermula dari kompleks, supermarket dan kedai2 kecil xde pulak jenama yang TC inginkan.

Kerana hangat hati, TC pun carilah jenama yg agak biasa sudah. Pun takde, hai lain macam je ni. Macam jenis visawit, saji, seri murni, daisy mana perginya stok2 ni. Yang ada cuma Cap ikan dan Bunga raya. Mula TC terfikir apalah yang pemborong ini cuba lakukan.

TC mula bertanya pada pekedai. Jawapan deme, lori tarak anta la abang. Sebulan sekali pun susah mau dapat ini minyak sekarang. Kalau ada pun botol2 kecik atau minyak yang di peket.

Adakah ini strategi Pemborong sebelum YAB PM nak umum kenaikan SPBA menjelang 17 Mac ini. Mungkin deme berkira kira untuk menaikkan harga minyak dengan tersoroknya minyak-minyak dengan harapan pengguna amat memerlukan.

TC amat berharap Kementerian atau Jabatan yang di pertanggungjawabkan dapat turun padang memantau keadaan ini sebelum ia kian meruncing. Pengguna mungkin akan menyalahkan kerajaan kerana tidak mengambil berat hal rakyat sedangkan perkara ini di lakukan pemborong yang mengambil kesempatan.

Cuba selidik sikit, adakah pemborong ini berpaksikan Pembangkang yg mungkin ini adalah salah satu strategi untuk menaikkan darah rakyat pada kerajaan menjelang PRU 13. Entah le, check le tengok.

TC: Buat kerja, Jangan dok nganga....

1 comment:

  1. Kementerian Perdagangan tido kot tak pun terlalu banyak kerja membenteras DVD haram sampai lupa minyak, kena mintak bantuan felda lah tingkatkan pengeluaran.

    ReplyDelete