Friday, March 9, 2012

Tan Sri Aishah Ghani Tegur Orang UMNO


KUALA LUMPUR 8 Mac - "Jangan jadi seperti 'gunting dalam lipatan' yang akhirnya akan merosakkan parti."

Itu prasyarat utama yang ditegaskan oleh veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO jika mahu melihat parti yang sekian lama menunjangi negara itu kekal relevan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak dalam parti perlu bersatu dan memberikan kerjasama baik selain mengetepikan perlakuan khianat antara satu sama lain.

''Jangan buat banyak kerenah dan khianat dalam parti. Kalau buat perangai buruk, kita tidak akan berjaya. Apa yang penting, mereka mesti bersatu.

''Bagi saya, BN masih relevan dan mampu mengembalikan kepercayaan rakyat walaupun ada banyak rintangan. Tetapi rakyat kini sudah faham. Namun apa yang dikesali, terlalu banyak yang mahu menjadi pengacau.

TC: bagi TC sangat benar apa yang dinyatakan beliau.. Syabas..

2 comments:

  1. Asmkm...Salam Perjuangan...sya ingin memohon link di blog hebat tuan...Blog tuan telahpun sy linkkn di blog sya...Terima kasih...

    ReplyDelete
  2. Insya allah akan di link, skrg di luar kawasan.. Terbaekk..

    ReplyDelete