Bersih adalah badan bukan kerajaan yang ditaja 100% oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya untuk menuntut keadilan dalam sistem pilihan raya Malaysia. Antara tuntutan Bersih 2.0 (bukan 3.0)pada Julai 2011 adalah seperti berikut :
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI
2. MENREFORMASI UNDI POS
3. GUNA DAKWAT KEKAL
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL
6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM
7. HENTIKAN RASUAH
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR
Berkenaan itu ,Kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.
Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.
Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.
Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.
Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.
Kredit to: emma harith fb
Bukan ke ada pooling agent dari setiap parti, bukan ke ada counting agent dari setiap parti, agak2 le macam mana le nak tipu. Provoke provoke juak haram ni..
TC: Psssst, dengar kata lebih 70% petugas sukarela spr juak pembangkang, betul keeee.. Patut penyokong BN yg kena sertai Bersih ni.. Mana tau, kot kot depa ni........
No comments:
Post a Comment