DAP Mula mempersoalkan kewibawaan Usahawan Melayu
Dipetik dari Harakah Daily 4 April 2012
KUALA LUMPUR, 4 April: Kerajaan diminta menjelaskan adakah benar syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mendapat kontrak perolehan kereta perisai bernilai RM7.55 billion.
Perkara itu dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2011) 2012 bagi Kementerian Kewangan.
Beliau juga mendakwa, Syed Mokhtar turut mendapat kontrak projek double-tracking yang bernilai RM10 billion dan projek terowong MRT yang bernilai RM8.2 billion.
Bagaimanapun, dalam perbahasan itu, Tony meminta kerajaan memberikan satu laporan terperinci mengenai empayar milik individu terbabit yang dilihat tiada hadnya.
SATU-SATUnya anak melayu yang tersenarai sebagai 10 orang yang terkaya di Malaysia mula dipertikaikan oleh DAP.
Mereka tidak pula mempertikaikan Robert Kuok, orang terkaya di Malaysia yang cuba mensabotaj perniagaan Gardenia milik Melayu, ataupun Ananda Krishnan, Teh Hong Piow, Lee Shin Sheng, Tony Fernandez dan tycoon2 Cina India yang lain yang juga menikmati projek2 besar dari kerajaan.
Kebiadaban serta keberanian puak-puak DAP lahir dari kelemahan orang Melayu kita sendiri yang sangat mendewa-dewakan pimpinan DAP ini sehingga ada yang menyamakan mereka dengan Khalifah Islam sebelum ini.
No comments:
Post a Comment