Thursday, August 9, 2012

WAJIB BACA. ISU ROYALTI MINYAK DI KELANTAN - APA YANG ANDA PERLU TAHU..

Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang.

Kerajaan Persekutuan hanya menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada Petronas menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] di mana Petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.
Begitu juga dengan Kerajaan Negeri

Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya (tanpa boleh batal (irrevocable) kepada Petronas untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 9 Mei 1975.

Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.

Oleh itu, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh Petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.

Sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, UNCLOS 1982 dan Akta Pelantar Benua 1966 [Akta 83], semua hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli (termasuk petroleum) di pelantar benua (continental shelf) adalah terletak hak kepada Kerajaan Persekutuan dan bukannya Kerajaan Negeri.

Tiada apa-apa keterangan yang menunjukkan Kerajaan Persekutuan ada menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada mana-mana Kerajaan Negeri sama ada menerusi mana-mana undang-undang atau perjanjian. Hak tersebut sentiasa berada di tangan Kerajaan Persekutuan dari dahulu sampai sekarang.

Kerajaan Persekutuan hanya menyerah hak eksplorasi dan eksploitasi sumber asli di pelantar benua kepada Petronas menerusi Akta Kemajuan Petroleum 1974 [Akta 144] di mana Petronas telah diberi kuasa sepenuhnya untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum di pelantar benua yang berada di dalam kedaulatan wilayah Malaysia.

Begitu juga dengan Kerajaan Negeri Kelantan telah menyerahkan sepenuh haknya(tanpa boleh batal (irrevocable) kepada Petronas untuk menjalankan kerja-kerja berkenaan eksplorasi dan eksploitasi petroleum sama ada di daratan atau laut dalam kawasan perairan wilayahnya menerusi Suratcara Peletakhakkan yang dibuat menurut peruntukan subseksyen 2(2) Akta Kemajuan Petroleum 1974 (Akta 144) pada 9 Mei 1975.

Dalam isu tuntutan Kerajaan Negeri Kelantan ini, keterangan menunjukkan bahawa kedudukan medan/telaga minyak yang terlibat iaitu PM301 dan PM302 berada di kawasan yang melebihi dari 100 batu nautika dari tikas air surut Negeri Kelantan.

Oleh itu, adalah jelas bahawa Negeri Kelantan tidak layak mendapatkan bayaran tunai di bawah Perjanjian 1975 bagi mana-mana medan atau telaga minyak yang dijumpai oleh Petronas yang tidak berada dalam sempadan tanah negeri atau perairan wilayahnya sendiri iaitu tidak melebihi 3 batu nautika yang diukur dari tikas (paras) air surut.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

  1. PAS Pis Pus tak suka Fakta,
    PAS Pis Pus suka Fitnah
    PAS Pis Pus suka merompak
    PAS Pis Pus suka melacor
    Jadi kalau nak memberahikan PAS Pis Pus..
    Bariskan bini orang untuk dijadikan lauk...

    ReplyDelete
  2. bijak sngguh bloggers ni... keterangan yg membuta hati..

    ReplyDelete
  3. ko ni wat malu aku je org tepen...udah le...tukar nama blog tu...ltk je nama ko sndiri...jgn malukan aku ni sebagai otai tepen...phuii!!

    ReplyDelete
  4. Kalau gitu, kelantan lah yg merompak harta dan duit rakyat negeri-negeri lain!!! Tak usah bagi duit banyak-banyak kat kelantan ni, tak tahu bersyukur!!!!

    ReplyDelete