Thursday, November 15, 2012

BONGKAR.. Isteri Pemimpim Cover Suami Rogol Gadis 15 Tahun..

Cerita ni yg benar benar berlaku, dan tiada yang benar dari yang benar-benar belaka. Kak wan jgn dok perasan ye, kot terasa tak tau lah ye..

Seorang pembantu rumah berusia 15 tahun dipercayai menjadi mangsa rogol majikannya selepas gadis terbabit membuat pendedahan kepada pihak berkuasa ketika berhadapan dengan tuduhan mencuri dan tidak memiliki permit oleh isteri suspek.

Gadis terbabit yang berasal daripada Aceh, Indonesia itu mendakwa dia telah beberapa kali dirogol oleh suami majikannya yang berusia 64 tahun.

Difahamkan, gadis berkenaan baru tiga bulan bekerja di rumah pasangan itu di Rasah Kemayan dekat sini.

Menurut sumber, sejak bekerja di rumah keluarga itu, gadis terbabit mendakwa dia beberapa kali dirogol sebelum kejadian itu disedari oleh isteri suspek yang berusia 54 tahun.

"Isteri suspek yang dipercayai mahu menutup kejadian itu kemudiannya bertindak membawa mangsa ke sebuah rumah di Rembau sebelum menghubungi polis dan menuduh gadis terbabit mencuri beberapa barangan kemas miliknya selain tidak mempunyai permit," katanya di sini, semalam.

Sumber itu berkata, polis yang menahan gadis terbabit kemudiannya melakukan siasatan lanjut dan terkejut apabila gadis itu mendedahkan bahawa dia sebenarnya menjadi mangsa rogol majikannya.

"Pemeriksaan perubatan yang dijalankan di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban mengesahkan mangsa dirogol," katanya.

Susulan daripada dakwaan itu gadis terbabit kemudiannya membuat satu laporan di Balai Polis Seremban 2 pada Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamarudin mengesahkan kejadian.

Menurutnya, suspek yang merupakan seorang pesara ditahan kelmarin selepas menyerah diri di Balai Polis Seremban 2 sebelum ditahan reman selama tujuh hari untuk membantu siasatan.

TC: hmmmm, tang mana yg pemimpin tu TC, tuuuuuuu suami kan pemimpin keluarga..


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment