Seorang janda anak satu hanya mampu menangis apabila wang tunai yang dibawa untuk membayar denda tidak mencukupi.
Wanita warga Indonesia dikenali sebagai Diana, 41, dijatuhkan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Tapah, kelmarin apabila didapati bersalah atas kesalahan berkhalwat.
Tertuduh yang hanya membawa wang tunai sebanyak RM1,000 seakan-akan tersentak apabila Hakim Mahkamah Syariah Rendah Tapah, Muhammad Faizal Abdul Wahab menjatuhkan hukum denda RM2,700.
Hakim Muhammad Faizal turut memberikan peluang kepada wanita itu untuk membuat rayuan, namun enggan berbuat demikian menyebabkan janda anak satu itu dihukum penjara dua bulan bermula tarikh ditahan.
Diana bersama pasangan, La Saludi, 29, ditahan Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama lslam Perak (Jaipk) dalam Ops Bersepadu, atas kesalahan berkhalwat di sebuah rumah kongsi ditapak pembinaan projek perumahan Taman Sekiah Makmur Behrang Ulu, 22 November lalu.
Pasangan itu yang mendakwa suami isteri gagal menunjukkan surat nikah ketika diminta oleh anggota Jaipk pada jam 3.10 pagi. La Saludi turut dihukum penjara dua bulan kerana gagal membayar denda RM2,700 yang dikenakan ke atasnya.
Dalam perkembangan sama, Mahkamah Syariah Rendah Tapah turut menjatuhkan hukum penjara dua bulan ke atas pasangan warga Indonesia di tapak pembinaan perumahan di Slim River pada 22 November lalu, kira-kira jam 1.30 pagi.
Mahad Rasuli, 48, didapati bersalah berkhalwat bersama anak saudaranya, Mistiyah, 38, oleh Hakim Mahkamah Syariah Rendah Tapah.
Kedua-dua tertuduh dikenakan denda RM2,700 tetapi gagal untuk membayar dan mereka dipenjarakan selama dua bulan di Penjara Tapah dari tarikh ditahan.
Keempat-empat warga Indonesia itu ditahan di bawah Seksyen 54 Enakmen Undang-undang Islam (Perak) 2004 yang boleh dijatuhkan hukum denda tidak lebih RM3000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali jika didapati bersalah.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
Pendatang asing yang bersalah di mahkamah patut dihantar pulang sahaja selepas menjalani humkuman.
ReplyDeleteKunjungan balas.
ReplyDeleteTerima kasih kerana hadir di blog saya. Blog anda telah dipautkan dalam senarai Blog followers "Q-Z". Diharap anda juga akan memautkan blog saya di blog anda.
Papagomo patut kena saman di
TENDANG TERAJANG