Friday, November 16, 2012

Parlimen Singapura Hapus Hukuman Mati Mandatori Semata2 Survival Bangsa Majoriti?

Parlimen Singapura meluluskan rang undang-undang bagi menghapuskan hukuman mati mandatori bagi kesalahan penyeludupan dadah dan kes bunuh, memberi harapan baru kepada berpuluh-puluh pesalah yang sedang menunggu hukuman mati bagi kedua-dua kesalahan itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarka Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, Parlimen secara rasmi meluluskan pindaan tersebut yang membolehkan hakim menukar hukuman mati kepada penjara seumur hidup di bawah keadaan tertentu.

Sebelum ini, beberapa kumpulan hak asasi manusia mendesak hukuman tersebut, yang dipraktik sejak era penjajahan British, dimansuhkan, namun kerajaan berkata, hukuman mati perlu bagi kebanyakan kes serius sebagai langkah pencegahan.

SINGAPURA HAPUSKAN HUKUMAN MATI MANDATORI DAN MALAYSIA MANSUHKAN ISA TETAPI BILA PULA MALAYSIA NAK HAPUS HUKUMAN MATI MANDATORI DAN BILA PULA SINGAPURA NAK MANSUHKAN TAHANAN TAMPA BICARA?

Kredit to: Nadi Rakyat Perak FB

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment