Tuesday, November 27, 2012

TERKINI - LAGI MADRASAH DIROBOHKAN OLEH REGIM LGE. KEJAM.

Penduduk Tanjung Tokong di sini menentang tindakan Majlis Agama Islam dan Mufti membenarkan untuk merobohkan Madrasah Al-Taqwa yang berusia 87 tanpa mendapatkan persetujuan jawatankuasa madrasah berkenaan. Madrasah itu ditubuhkan oleh nelayan kawasan itu dan tapak asalnya adalah di tepi laut. Setelah ditebus guna ia dipindahkan ke tapak baru iaitu tapak sekarang.

 Setiausahanya, Shafiq Iqmal Md Elias berkata, beliau kesal dengan tindakan Majlis Agama Islam negeri dan pihak mufti meluluskan untuk merobohkan madrasah itu dan membina semula di tapak asal berhampiran Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong.

 "Kami tidak bersetuju madrasah ini dipindahkan di tempat lain terutama di sebelah Masjid Tuan Guru Tanjong Tokong dan patut dinaik taraf di tapak yang sedia ada dan dimakmurkan terus dari masa ke semasa. "Persoalannya, bagaimana pihak mufti dan Majlis Agama Islam negeri boleh memberi kebenaran untuk merobohkan madrasah berkenaan tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Madrasah At-Taqwa," katanya di sini, kelmarin.

 Menurutnya, selama ini segala pengurusan dan perbelanjaan madrasah diuruskan oleh jawatankuasanya tanpa mendapat bantuan daripada Majlis Agama Islam negeri sehingga wujud bangunan yang sedia ada seperti sekarang. Beliau yang menentang segala usaha untuk merobohkan madrasah itu mendakwa, pembinaan madrasah didirikan secara sah dan sesuai ditempatkan di tapak yang sedia ada untuk mengekalkan sebagai kampung warisan ketika sidang Dun Pada 3 November lalu.

 "Sebarang keputusan tentang masa depan madrasah ini wajib mendapat persetujuan kami yang bertanggungjawab terhadap kelestarian," katanya. Bantahan itu disuarakan oleh wakil dan penduduk kampung itu dengan dihadiri kira-kira 50 orang.

Sementara itu, penduduk, Suraya Kader Ibrahim, 24, berkata, madrasah itu sering diakses oleh penduduk untuk mendirikan solat berjemaah, majlis-majlis ilmu, ceramah, usrah dan solat hari raya. "Tempat ibadat ini sering diimarahkan oleh penduduk setempat terutamanya untuk menguruskan hal-hal yang berkenaan kematian. "Ia tidak boleh dirobohkan kerana banyak kegunaan kepada masyarakat setempat," katanya
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

  1. lalalala...DUNIA AKHIR ZAMAN...tunggu balasan dari ALLAH

    ReplyDelete
  2. selagi merobohkan lebih mudah dari membinanya mereka akan terus merobohkan apa yg ada,

    perubahan yg rakyat harapkan telah menjadi kenyataan,mungkin kerajaan terdahulu lalai serta alpa sehingga madrasah itu mencapai usia lebih 80 tahun, maka kerajaan sekarang dalam masa 4 tahun saja sudah akan merobohkanya,KERAJAAN PILIHAN RAKYAT BERTINDAK CEPAT.

    ReplyDelete