Sunday, December 23, 2012
BONGKAR - BUKAN HANYA TANAH ITU JE NGA & NGEH DAPAT DARI NIK AJIS. BANYAK LAGI TANAH DI SELEWENG PAS KELANTAN. MESTI BACA.
KERAJAAN 'PAS' KELANTAN & UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD ...
10, 526 EKAR TANAHAIR RAKYAT KELANTAN......
Percayalah! Tidak akan ada NOKTAH selagi PAS kekal memerintah !!!!
1. PAS sebagai 'Pemegang amanah' rakyat Kelantan semenjak tahun 1990 sememangnya tahu bahawa tanahair Kelantan adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan. Mereka (PAS) diberikan kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk mengurus,mentadbir dan memimpin bukan sahaja kemajuan agama Islam dikalangan rakyat Kelantan tetapi juga segala harta dan tanahair Negeri Kelantan. 'Kepercayaan' ini diberikan dengan harapan PAS 'lebih baik' daripada kepemimpinan UMNO/BN yang sebelum itu pernah diberikan mandat sebagai kerajaan bagi Negeri Kelantan (1978 - 1990).
2. Kes 'UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD' sebenarnya bukan kes yang pertama melibatkan HARTA TANAHAIR Negeri Kelantan. Malah, ia sebenarnya kes-kes yang berkonsepkan sama dengan kes-kes LADANG RAKYAT yang melibatkan hampir 60,000 HEKTAR tanah air Kelantan. Begitu juga dengan kes 'YAYASAN AL-HUSNA' dan Syarikat Ladang Sg. Sui Sdn Bhd serta juga kes 'LIZIZ STANDICO SDN. BHD' dan Kerajaan Kelantan yang melibatkan 1,000 ekar tanah rezab Melayu Kelantan sepanjang tebing Sungai Kelantan.
3. KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI bagi rakyat Kelantan ACUAN/ ALA/ MODEL PAS ini juga sebenarnya bukan hanya bermula tahun 2000an. KONSEP 'mengadai/memajak untuk tempoh 66 tahun, 99 tahun' kepada SYARIKAT-SYARIKAT berstatus PERSENDIRIAN dan BUKANNYA syarikat MILIK atau SEPARA MILIK KERAJAAN KELANTAN (Goverment Link Companies-GLC) bukan Bumiputra apatah lagi bukan syarikat Orang Islam..malah bukan juga Syarikat-syarikat anak Kelantan (baik muslim, Cina atau India) sebenarnya juga TELAHPUN BERLAKU dizaman awal pemerentahan PAS mula bertapak di Kelantan iaitu pada era tahun 1960an dimana Kerajaan PAS Kelantan juga telah terbukti menggadaikan 'KEKAYAAN' Negeri Kelantan kepada sebuah SYARIKAT PERKAYUAN Persendirian dari Singapura (TIMBERLAND LTD.) melibatkan beribu ekar Tanahair Rakyat Kelantan bagi Industrri pembalakkan.
4. Persoalannya sekarang !!! Adakah KONSEP ataupun MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI ala PAS ini - iaitu, memajak 'Kekayaan' kepada INDIVIDU/SYARIKAT LUAR untuk tempoh berpuloh-puluh tahun dengan hanya MEMUNGUT HASIL SEGERA dengan kutipan sewa pada kadar RM 100 ke RM 150 setahun bagi seekar tanah , SATU KONSEP/MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM ???? Atau satu KONSEP EKONOMI yang dapat 'menambahbaikkan keadaan ekonomi Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan keseluruhannya' ????
5. Jika PAS selama kini 'mencerca, menyindir, menghina' KONSEP/MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI acuan UMNO/BN dengan penubuhan Syarikat-Syarikat MILIK/SEPARA MILIK KERAJAAN seperti FELDA HOLDINGS BHD, SIME DARBY BERHAD, dan lain-lain termasuk KONSEP MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA dengan berkongsi pemilikkan tanah-tanah bersama PENEROKA dengan kadar 10 EKAR bagi setiap PENEROKA , kenapa.....
kenapa PAS yang mendakwa diri mereka 'lebih islamik' TIDAK MENWUJUDKAN KONSEP PERKONGSIAN TANAH dengan rakyat Kelantan sebagaimana FELDA berkongsi pemilikkan tanah dengan para Peneroka ? Atau mewujudkan Syarikat2 GLC milik Kerajaan Negeri Kelantan ataupun Perbadanan2 Negeri bagi mengurus, memaju dan mentadbir secara terus didalam membangunkan tanah-tanah rakyat Kelantan !!! Kenapa sampai perlu digadaikan ????
6. Lihat ! Lihat KONSEP EKONOMI KERAJAAN PAS KELANTAN dengan dasar pajakkan 66 tahun atau 99 tahun kepada SYARIKAT/INDIVIDU LUAR.... dimanakah sebenarnya MANFAAT YANG DAPAT DINIKMATI oleh Rakyat Kelantan ????? Malah, apakah KEUNTUNGAN yang pihak KERAJAAN KELANTAN perolehi dengan KONSEP PEMBANGUNAN sedemikian rupa ?
7. Kes UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD melibatkan 10, 576 ekar tanah, tidakkah PAS sebagai JEMAAH PERJUANGAN MENDAULAT & MEMARTABATKAN ISLAM, paling tidak sudahpun dapat 'memartabatkan dan memperjuangkan' nasib ekonomi 100 BUAH KELUARGA ORANG2 ISLAM (jika konsep perkongsian usahasama dengan rakyat Kelantan pada kadar 1 keluarga = 10 ekar tanah, jika setiap keluarga 5 ekar, dah jadi 200 buah Keluarga) ????
Bagaimana dengan Kes Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah yang lebih besar ??? Tidak lagi termasuk kes-kes yang 'tersembunyi' ????
Ihsan dari: Aminuddin Muhammad fb
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment