Sunday, December 16, 2012

BONGKAR - KARPAL AKAN DI BONEKAKAN, SENASIB TUNKU AZIZ. KESIAN LU SINGH.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim percaya Karpal Singh masih lagi relevan dalam kepimpinan DAP dalam membuktikan parti itu parti berbilang kaum meskipun pada hakikatnya beliau hanyalah sekadar 'boneka'.

Tunku Abdul Aziz berkata, Pengerusi DAP itu akan senasib dengannya kerana walaupun pernah menjawat jawatan tertinggi dalam DAP Pusat namun tidak pernah diberikan sebarang kuasa untuk membuat keputusan apatah lagi bersuara.

"Karpal masih penting buat DAP, sekurang-kurangnya sehingga niat mendapatkan Putrajaya tercapai. Jika beliau disingkirkan daripada pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) kali ini juga, ramai akan bangkit membantah.

"Namun, Karpal hanya sekadar 'perhiasan' dalam pucuk pimpinan tertinggi DAP, sama seperti saya. Nama saya sering disebut dalam setiap ceramah dan mesyuarat kononnya DAP diterajui pemimpin Melayu.

"Selama saya dalam parti itu, saya telah diperalatkan untuk mendapatkan undi Melayu sementara Karpal untuk mengaburi mata masyarakat India," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin terdapat sesetengah pemimpin DAP ketika ini sedang berusaha menyingkirkan Karpal daripada mempertahankan jawatannya dalam CEC dalam pemilihan Kongres Kebangsaan DAP ke-16 esok.

Tunku Abdul Aziz berkata, Karpal merupakan seorang pemimpin berprinsip tinggi dan akan terus menentang perkara-perkara yang bertentangan dengan dasar parti selagi beliau aktif berpolitik.

"Kerana prinsip ini, Karpal masih disegani pelbagai pihak, namun saya pasti beliau tahu dirinya hanya digunakan untuk tujuan tertentu. Kebanyakan pemimpin dalam DAP sangat hipokrit, tidak seperti Karpal.

"Sampai bila-bila pun, DAP tidak akan menjadi sebuah parti berbilang kaum, mereka tetap cauvinis dan tidak demokratik. Itu (demokratik) hanya sekadar laungan untuk mendapatkan sokongan serta simpati rakyat Malaysia," tegasnya.

Menurut Tunku Abdul Aziz, beliau menjangkakan Kongres Kebangsaan DAP kali ini akan menjadi 'panas' kerana bakal menjadi medan pertempuran antara puak 'Dinasti Lim' dan akar umbi yang sering bertekak sesama sendiri.

"Akar umbi sudah mula bangkit meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pelbagai isu. Dalam persidangan kali ini, sudah pasti pelbagai perbahasan yang panas akan dibangkitkan.

"Saya pasti banyak 'kejutan' akan berlaku dalam pemilihan pucuk kepimpinan parti. Ahli DAP juga rata-ratanya tidak bersetuju dengan cara Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng menerajui parti," katanya.

Sementara itu, beliau turut menyelar sikap Guan Eng yang ternyata berat sebelah apabila berdepan dengan media arus perdana.

"Saya tidak faham mengapa DAP tidak membenarkan media arus perdana membuat liputan sepanjang persidangan itu, jika benar-benar demokratik dan mengamalkan kebebasan media, kenapa halang media?

"Kenapa ketika perhimpunan agung UMNO dan persidangan parti komponen Barisan Nasional (BN) lain, semua media termasuk propembangkang dijemput, tetapi pembangkang mengamalkan sikap pilih kasih. Kita boleh menilai keikhlasan mereka daripada tindakan ini," ujarnya.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment