Polis sedang memburu sebanyak 11 suspek yang terlibat dalam kes rogol di negeri ini sejak tahun 1998 sehingga kini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, kesemua suspek yang diburu itu dikategorikan sebagai amat berbahaya dan dikehendaki.
Katanya, mereka ialah Khong Eng Kim, 28; Goh Lhye Lai, 47; Lian Chia Seng, 40; Ng Soo Huat, 56; Sin Yih Woay, 31; Che Mat Awang, 67; Mohd. Qasim Abdul Hamid, 24; Mohd. Hadi Sufian Abd. Rahim, 27; Yusri Saidin, 25; S. Araavannan, 25, dan Peter Paul, 30.
"Kesemua suspek diminta menyerah diri di mana-mana balai polis. Orang ramai yang mempunyai maklumat atau mengenali mereka boleh menghubungi balai polis berhampiran," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment