Hashim Jasin (Pas-Sanglang) berkata, Mursyidul Am Pas (Datuk Nik Aziz Nik Mat) pernah menyebut jika Umno melaksanakan hukum Islam pada jam 12 tengah malam, Pas akan dibubarkan pada jam 12.05 tengah malam.
Bagaimana pun, beliau berkata setakat ini tidak pernah terlintas dalam hatinya untuk menyertai Umno kerana ia masih gagal melaksanakan apa yang dikehendaki oleh Islam.
"Saya tidak akan menyertai Umno kerana ia menolak hukum Islam," katanya ketika ketika perbahasan Bajet 2013 peringkat jawatankuasa, semalam.
Beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Shahidan Kassim (BNTambun Tulang) yang ingin tahu sama ada wakil Pas itu akan menyertai Umno jika gagal dalam pilihan raya umum (PRU) akan datang kerana doa mereka agar 'Umno KO' tidak dimakbulkan.
Shahidan berkata, Umno akan terus meraih kemenangan cemerlang dalam PRU akan datang kerana ALLAH SWT merestui perjuangan selama ini.
Hashim berkata, jika mahu menyertai Umno, beliau boleh berbuat demikian sejak dahulu lagi iaitu ketika berkhidmat dengan Pejabat Agung Pas di Kuala Lumpur.
"Saya mempunyai ramai kawan dari Umno termasuk dalam kalangan timbalan menteri dan setiausaha parlimen (ketika itu).
Mereka mengajak saya tetapi saya menolak kerana tidak dapat menerima perjuangannya.
"Jadi saya tidak akan menyertai Umno walau apa pun yang terjadi," katanya.
Sementara itu, Shahidan membidas Hashim kerana menuduh Umno menolak Islam sebaliknya menegasksn parti itu berjuang untuk agama, bangsa dan tanah air.
"Biarlah Mursyidul Am Pas seorang yang menuduh Umno tolak Islam. Saya harap YB tidak terikut-ikut dengan keadaan itu.
"Saya kesal Pas tidak konsisten dengan perjuangannya. Dulu Pas kata nak menegaskan negara Islam tetapi kini mahu melaksanakan negara berkebajikan," katanya.
Menurutnya, Umno sudah lama memperjuangkan negara kebajikan dengan menyalurkan pelbagai kemudahan kepada rakyat sejak merdeka lagi.
"Pas tidak berani mempertahankan perjuangannya disebabkan menghadapi tekanan dari rakan dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan PKR," katanya.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
No comments:
Post a Comment