Thursday, December 6, 2012

HOT - Hasil Pasir Selangor Ke Poket Individu Lagi. Banyak Sangat Makan Tu @Khalid_Ibrahim

Isu perlombongan pasir secara berleluasa yang mula timbul setelah Kerajaan Negeri diambil alih oleh pihak Pakatan bukan lagi perkara baru.Isu ini amat menggemparkan malah sebelum ini juga beberapa dokumen pernah dikeluarkan bagi menyokong dakwaan tersebut.Koordinator BN Selangor, Dato' Sri Ir Mohd Zin Mohamed berkata,kesan dari perlombongan yang tidak terkawal ini dapat dilihat sekarang apabila berlakunya ketidakseimbangan dalam ekosistem. 

"Saya tidak mahu menyentuh mengenai kemungkinan berlakunya penyelewengan mahupun kecurian pasir seperti yang didakwa oleh beberapa pihak.Namun begitu,ini tidak bermakna perkara tersebut tidak berlaku.Pihak kami mendapat maklumat bahawa berlakunya salah laku dalam operasi perlombongan pasir ini dan saya ingin bertanya kepada pihak Kerajaan Negeri terutamanya anak Syarikat yang bertanggungjawab ke atas operasi perlombongan pasir iaitu Kumpulan Samesta Sdn Bhd (KSSB) mengenai jumlah sebenar pasir yang dilombong serta kawasan-kawasan yang diberikan permit untuk melombong.

Saya percaya, semakan antara pengeluaran pasir yang direkodkan dengan yang diterima oleh pembeli dalam pasaran adalah tidak selari. Apa yang lebih penting pada saya ialah kesan daripada perlombongan yang berleluasa ini.
Untuk pengetahuan anda, aktiviti pengorekan pasir yang mula beroperasi samada melalui lombong mahupun sungai akan habis dalam tempoh 1 hingga 3 tahun bergantung pada jumlah pasir yang ada," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media mengulas isu perlombongan pasir di Selangor dan kesannya terhadap alam sekitar. 

Tambahnya,kesan daripada perlombongan ini ialah kolam-kolam takungan yang ditinggalkan begitu sahaja.Tambah merungsingkan,sesetengah kolam ini berada begitu hampir dengan ban dan ianya menunggu masa untuk runtuh.

Perlombongan pasir secara 'large scale' dan tanpa kawalan di kawasan tepi tebing pula mengakibatkan sungai menjadi cetek seterusnya aliran air yang deras akan mula menghentam ban dan ini juga cenderung mengakibatkan ban runtuh.Hakikatnya,aktiviti perlombongan pasir secara berleluasa akan memberi kesan kepada rakyat terutamanya jika berlaku hujan lebat dan limpahan air. 

"Saya percaya, kerajaan Pakatan akan mendabik dada memberikan nilai kutipan hasil pasir yang lebih tinggi berbanding ketika zaman Barisan Nasional memerintah. Untuk makluman semua, ketika zaman Barisan Nasional memerintah,pasir bukan merupakan hasil utama kerajaan Negeri.

Ketika zaman Barisan Nasional memerintah,hasil utama adalah dari sektor pelaburan,industri dan pertanian. Ini kerana, kerajaan Barisan Nasional lebih memikirkan kesan jangka panjang yang bakal dihadapi oleh rakyat jika aktiviti perlombongan pasir dibuat secara tidak terkawal.Dalam mengejar kemajuan, kita tidak boleh terlepas pandang soal kebajikan dan kesan jangka panjang.

Setelah lebih empat tahun Pakatan memerintah dan aktiviti perlombongan pasir yang bermula sejak September 2008, kesan itu telah terbukti berlaku sekarang. Beberapa kawasan di Sepang sendiri mengalami banjir dan kita semua maklum bahawa ianya berlaku kerana ban yang telah pecah serta sungai yang cetek akibat longgokan pasir di beberapa kawasan," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Sepang. 

Sehingga kini, pihak Kerajaan Negeri masih lagi tidak memberikan penyelesaian konkrik terhadap masalah ini sebaliknya hanya memperbaiki ban sedia ada. Ini tidak akan menyelesaikan masalah untuk jangka masa panjang. Tindakan pihak Pakatan menuduh bahawa berlakunya ban pecah akibat aktiviti pertanian penduduk langsung tidak masuk akal dan dilihat sengaja berdolak dalih dari mengakui punca sebenar masalah ini. "Isu perlombongan pasir merupakan masalah serius.

Saya juga difahamkan, ini bukan kali pertama berlaku ban pecah malah ianya pernah berlaku sebelum ini. Adakah kita mahu perkara yang sama berulang ??? Dimanakah ketelusan kerajaan negeri dalam memantau perkara ini ??? Saya difahamkan bahawa Menteri Besar telah menghentikan operasi pemantauan perlombongan pasir oleh pihak Task Force Tanah dari pejabat tanah Kuala Selangor, Puchong , Kuala Langat dan Sepang.

Kita juga tahu MB gagal menunaikan janji beliau apabila hanya mengutip RM32.5 juta hasil pasir dari tahun 2009 hingga 2011 sedangkan beliau berjanji akan mendapat RM150 juta setahun dari hasil pasir ketika sidang DUN pada tahun 2009.

Kemanakah hasil pasir ini pergi ??? Kenapa jumlah kutipan tidak konsisten dengan jumlah lombong pasir yang begitu banyak?," tambahnyaSehubungan dengan itu,Barisan Nasional Selangor komited untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat Selangor terus terpelihara.Kerakusan untuk mengorek pasir secara membuta tuli hanya akan mengakibatkan bencana jika tidak dipantau dengan baik.

RENUNG-RENUNGKAN

Kredit to: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/12/hot-news-kisah-pasir-haram-di-selangor.html?m=1


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment