Monday, December 3, 2012

KUYUP - YB DISIMBAH CAT MERAH. KESIAN YB ITU

Tindakan segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dengan menyimbah cat merah ke atas kain rentang dan gambar wakil rakyat amat dikesali.

Tinjauan Sinar Harian di Senggarang, mendapati dua gambar pada kain rentang wakil rakyatnya iaitu Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi dan Adun Senggarang, Ja'affar Hashim diperlakukan begitu.

Ja'affar ketika dihubungi semalam, berkata, kesan simbahan cat merah hanya disedari pihaknya awal pagi kelmarin, dan beliau tidak mengesyaki sesiapa terlibat dalam kejadian berkenaan.

Katanya, beliau faham setiap individu mempunyai fahaman politik masingmasing, namun perlulah ada rasa hormat menghormati antara satu sama yang lain, dan janganlah melakukan sesuatu perkara yang tidak bermoral seperti itu.

"Kita perlulah berlawan dalam politik ini dengan cara yang baik. Jangan kerana sebab berbeza fahaman politik, kita hilang hubungan ukhuwah serta timbul pula perasaan dendam dan sebaran fitnah.

"Jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati, pintu kita sentiasa terbuka.

Kita sedia untuk bersemuka, berbincang dan jika malu, boleh juga guna cara lain seperti khidmat pesanan ringkas (sms).

"Asalkan perkara atau masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang baik dan bukannya seperti ini yang menunjukkan betapa rendahnya tamadun kita kerana terlalu ekstrem terhadap politik," katanya.

Menurut Ja'affar, dia mengharapkan individu yang melakukan tindakan itu akan sedar tindakan yang dilakukannya adalah salah dan tidak melakukannya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asistant Komisioner Din Ahmad ketika dihubungi masih lagi belum menerima laporan polis berkaitan kes berkenaan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak terlalu terikut-ikut dan dapat mengawal diri masing-masing.

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment