Wednesday, December 19, 2012

MUFTI PERAK BARUA UMNO / ANJING UMNO!!! DAHSYAT DAKWAAN INI

Sukar menerima teguran dan enggan bermuhasabah merupakan ciri-ciri utama para penyokong dan pemimpin PAS. Mereka sentiasa berpendapat, mereka sahajalah yang betul. Orang lain semua salah. Apa-apa yang mereka lakukan, semuanya mengikut ajaran agama Islam. Orang lain, tidak tahu apa-apa tentang ajaran agama Islam.

Dan yang paling penting sekali, para pemimpin PAS sahajalah yang cukup mengetahui segala hal dan tidak pernah melakukan kesalahan.

Itulah yang ditunjukkan oleh para penyokong PAS apabila sekali lagi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menegur Presiden PAS, Abdul Hadi Awang agar menarik semula AMANAT HAJI HADI yang dibuat pada tahun 1981 di Banggol Peradong, Manir.

AMANAT HAJI HADI merupakan faktor utama yang memecah belahkan masyarakat di Malaysia, terutama sekali masyarakat Islam apabila Hadi Awang dalam ucapannya yang berapi-api itu menegaskan sesiapa sahaja yang tidak menyokong PAS, apabila ditentang, maka penentangnya adalah SYAHID termasuklah derma yang dihulurkan ke dalam TABUNG UNIT AMAL.

Walaupun sekarang ini, PAS sudah menjilat PENTAKFIRAN yang telah mereka lakukan selama berdekad-dekad terhadap UMNO terutama sekali pada tahun 1963 menerusi 'fatwa' Dewan Ulama PAS Kelantan, dan menjadi kemuncak pada tahun 1981 menerusi AMANAT HAJI HADI yang mendorong tercetusnya TRAGEDI BERDARAH MEMALI pada tahun 1985, namun keengganan mereka untuk mengakui kesalahan yang telah dilakukan, memang mengkagumkan.

Kalau GERAKAN dan PPP menerusi Presiden masing-masing dua minggu selepas TRAGEDI 13 Mei 1969, cepat-cepat mengakui kesalahan parti masing-masing yang mana para penyokong mereka telah terlibat secara langsung dengan peristiwa berdarah tersebut, selain meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia, ketegaran PAS sudah setara dengan kedegilan dan keangkuhan DAP yang sehingga kini masih menyalahkan UMNO sekalipun para pemimpinnyalah yang begitu bersungguh-sungguh membangkitkan sentimen kebencian terhadap orang Melayu, Bumiputera dan Islam dalam rapat-rapat umum pada Pilihanraya Umum Ke-3 pada tahun berkenaan.

Bezanya, DAP hanya terlibat dalam soal mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu dan bantuan yang diperuntukkan oleh Perlembagaan kepada Melayu-Bumiputera serta institusi Islam, sebaliknya PAS mempertikaikan sesuatu yang lebih besar.

Para pemimpin PAS dan penyokongnya, telah mengambilalih tugas Allah Taala iaitu mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengan mereka sehingga mendorong kepada perpecahan yang lebih besar.

Hari ini, sesiapa sahaja yang menyeru Hadi Awang agar menarik semula AMANATnya itu, akan diangkat serta dilabelkan sebagai BARUA UMNO. Sesiapa sahaja yang menegur salah laku dan sikap melampau PAS akan segera dilabelkan sebagai PENGKHIANAT UMAT ISLAM dan seringkali pengkhianat umat Islam akan disetarakan dengan UMNO walaupun hakikatnya, PAS sebenarnya yang lebih banyak mengkhianati umat Islam, terutama dari segi perkembangan ilmu pengetahuan.

1969, Nik Abdul Aziz dan ramai pemimpin PAS menghukumkan KAFIR dan TERKELUAR DARI ISLAM kepada sesiapa sahaja yang mempercayai bahawa manusia telah mendarat ke permukaan Bulan kerana pada fikirannya, manusia tidak akan melepasi langit dan bulan pula merupakan satelit yang berada di atas langit!

Ketika Harussani menegur para pemimpin UMNO, paling kuat berkokok dan bertepuk tangan adalah PAS. Tetapi apabila Harussani menegur PAS dan para pemimpinnya, taraf Mufti yang ada padanya dipandang rendah. Bahkan ada juga guru-guru pondok yang beranggapan, ilmu mereka lebih tinggi daripada Harussani walaupun pada masa yang sama, mereka juga mengetahui tentang AL-MAJIDnya Allah Taala yang mana segala KEHENDAK-NYA adalah hikmah kepada umat manusia di muka bumi ini.

Barangkali puak-puak yang berasakan mereka terlebih bijak daripada orang lain itu kerana mereka orang PAS terlupa bahawa Allah Taala telah mengingatkan tentang apa yang mereka persoalkan itu menerusi Ayat 26 Surah Ali-'Imran. Dan terlebih malang, mereka yang sentiasa melihat orang lain yang tidak satu kumpulan dengan mereka sebagai golongan yang terlebih bebal, terlupa pula tentang ingatan Allah Taala pada Ayat 11 Surah Al-Hujurat.

Apakah puak-puak yang berasakan mereka terlebih pandai daripada orang lain, mengingkari sebahagian ayat-ayat al Quran kerana tidak sekata dengan kepimpinan PAS tetapi begitu bersungguh-sungguh mahukan orang lain beriman dengan ayat-ayat al Quran yang mereka jadikan sebagai umpan dan modal politik sebagaimana saranan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat?

Susah sangatkah untuk puak-puak ini menerima hakikat bahawa Hadi Awang adalah manusia biasa dan dalam pengajian tasauf, manusia itu adalah 'BARANG BAHARU' dan setiap 'BARANG BAHARU' maka sifat bodol, alpa, lalai dan berubah-ubah adalah ciptaan yang seiringan dengannya?

Mereka terlupa atau sengaja ingin menafikan bahawa Allah Taala itu adalah AT-TAWWAB sebaliknya memilih untuk terus menjadi penderhaka hanya semata-mata teguran tersebut ditujukan kepada kepimpinan utama PAS iaitu Presidennya sendiri?

Kredit to: http://theflyingkick.blogspot.com/2012/12/mufti-perak-dianjingkan-penyokong-pas.html?m=1


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

2 comments:

  1. jgn la bckap..bila xsebulu je dgn parti ko...trus kata mufti tu anjing umno...orgkain ada perasaan gak...kalau org dh xsuka dgn pembawaan parti ko yg menyesetkan...faham2 je la...jgn nk paksa..ko tu yg xde akal....sesal xsudah ibu ko melahirkan kamu....bodoh mcm lembu....

    ReplyDelete
  2. hmm...,,


    -->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--

    Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
    mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB

    http://mulok.library.um.ac.id/

    ReplyDelete