Wednesday, December 19, 2012

MUTAKHIR @kosmo BAPA "BALUN" ANAK GADISNYA SENDIRI

Seorang lelaki, dipercayai mengalami masalah kesihatan mental, memBALUN anak nya berusia 15 tahun sebelum membakar rumahnya dua jam kemudian di Taman Serdang Utama, di sini, hari ini.

Bapa berusia 53 tahun itu, bagaimanapun, tidak melarikan diri malah berada di kawasan rumahnya yang hangus sebelum ditangkap polis yang tiba di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, DSP Lam Chien Fei berkata lelaki itu menyerang dan memukul anaknya pada kira-kira pukul 4 pagi sebelum isterinya membawa mangsa bersama tiga anak yang lain ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan.

Semasa ketiadaan keluarganya, lelaki itu telah bertindak membakar rumahnya pada kira-kira pukul 6 pagi, katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Lam berkata semasa ditangkap dan disoal siasat, lelaki itu mengaku telah membakar rumahnya dan pihak polis percaya dia mempunyai masalah mental.

Katanya lelaki itu kini ditahan reman sehingga Rabu ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun keseksaan atas kesalahan melakukan khianat dengan api serta Seksyen 324 kanun yang sama kerana mendatangkan kecederaan. — BERNAMA


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

2 comments:

  1. masaalah mental pun boleh stim lagi? keh keh keh. Balun anak sendiri tu sifat binatang. Balun depan belakang, binatang dan iblis pun respek sebab tak tamat lagi kaji mereka kat situ.

    Sapa kata DAP rasis adalah rasis Di Tendang Terajang

    ReplyDelete
  2. pasal sebut balun tu yang aku baca

    ReplyDelete