Friday, December 14, 2012

PANAS - AHLI PAS BONGKAR ISU MEMALI HANYA MAINAN POLITIK UNTUK UNDI

Kerajaan Pas Kedah dikecam ekoran kegagalan menyalurkan sumbangan dan melaksanakan tanggungjawab sepatutnya untuk membela nasib keluarga mangsa Memali yang masih hidup dalam serba kekurangan dan kedaifan.

Pemimpin Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, sepanjang empat tahun pemerintahan parti itu di negeri tersebut, tidak ada sebarang bentuk bantuan telah disalurkan sedangkan mereka pernah dijadikan bahan politik untuk meraih simpati rakyat.

Lebih mendukacitakan, jelas Zamil, masyarakat Memali itu merupakan satu kumpulan penyokong taksub Pas yang kononnya memperjuangkan Islam sehingga terpengaruh dengan 'dakyah' amanat Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dicetuskan lebih dua dekad lalu.

''Kita mahu bertanya apakah sumbangan Kerajaan Pas Negeri Kedah kepada keluarga Memali sedangkan mereka sudah mempunyai kuasa untuk berbuat demikian?


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

No comments:

Post a Comment